Adooooi…..lepas dah dugaan kat Malaysia, x taulah lps ni apa nak jadi plak hehe. Masa nak keluar pening plak, mana exit nie, sbb semua pintu ada tulis, custom declarelah, non-declare lah, rasa kat Malaysia xde plak pintu cam gini, jakun gak aku ya, tak ingat plak masa first time pergi Bangkok dulu. Last2 adalah sorang mamat kastam ni tunjuk tangan suh jalan, dah keluar, nmpk plak ada satu group org pegang kertas nama org yg nak di jemput tapi kebanyakkan wakil hotel.
Mana plak Khun Toi ni, bini MD, xde plak saya nampak nama saya kat kertas tue, handphone abis bateri plak, macam mana nie. Last2 tergerak hati nak jalan kedepan lagi dan ternampaklah sorang pompuan separuh umur tgh pegang kertas nama saya, Alhamdulillah! Potpet2 mulut dia melepaskan rasa lega lepas jumpa kami, sambil ckp dah sejam dy tunggu, kesian dahlah bini MD hehe
Dan buat pertama kali saya mengucapkam sawadika…. tapi kesian pada suami saya yg terpaksa menaikkan beg yg besar tu bersama driver khun toi ke dalam van Volkswagen yg mewah macam opis tue. Saya mati2 ingat khun toi tu nama bini MD, rupenya setiap org di Thailand tak kira lelaki atau perempuan, akan di panggil khun sebagai panggilan hormat. Dan setiap org di Thailand ada nama samaran atau nickname, sehinggakan dalam borang permohonan kerja pun ada ruangan nama samaran, mcm2lah dorang nie…
Airport dari tempat tinggal kami mengambil masa 30 minit campur berhenti kat traffic ligth dgn tol dgn jem hehe. Sementara kami di tempatkan di sebuah kediaman yg mcm hotel pun ada, mcm apartment pun ada berhampiran dgn kilang, mmg dekat sgt tapi kalau jalan kaki jauh ler hehe. Lepas letak barang kat bilik kami yg terletak di tingkat 2 (ada katil siap dgn bedsheet baru,TV, peti ais, almari dan bilik air, bolehlah kalau utk sementara, kalau lama susah gak sbb x leh masak!), khun toi bawa kami ke Bandar chachoengsao utk membeli brg keperluan. Abis gaklah B2,000, beli comforter sbb dlm bilik kami tu ada aircond jer, xde kipas, dan beli mknn seperti roti, air buah, yogurt utk sarapan esok. Lepas membeli belah kami pergi mkn, inilah mslh pertama kami di Thailand, sib baek ada nasi mkn bersama ikan, xlah sedap mana tapi boleh lah nak alas perut. Kalau ikut nak mkn mcm2 kat sana tapi dah tentu x halal dan paling best banyak pork!
Malam tu kami tidur seolah dah sebulan tak tido, tapi ada mslh lain bila kami belum lagi berjumpa dgn org islam jadi kami tak tau waktu2 solat di sini. Terpaksalah suami saya mengqadakan solatnya buat hari ini dan sib baek gak saya tgh bercuti hehe. Esoknya pukul 6 pagi waktu tempatan dah terang menerang. Sebab dlm bilik saya ni ada satu tingkap takde langsir, jadi bila matahari dah naik teranglah bilik nie. Mata plak x mengantuk, memandangkan waktu di Thailand lewat sejam dari waktu di Malaysia sbb tu saya dah x mengantuk walaupun baru pukul 6, sbb kat Malaysia dah pukul 7 hehe. Bangun pagi saya minum air jus jambu dgn menggunakan bekas yogurt (takde gelas, saya plak cuma bwk bekas air dan bekas mknn Tupperware) dan mkn roti di sapu yogurt. Cukuplah kot utk alas perut pagi2 nie. Semalam saya dah konfem dgn Stephan dtg kilang pukul 8 dan dah ckp dgn driver yg akan ambik dan hantar saya sementara ni. Tepat pukul 8 baru kami turun dari bilik, x sangka plak suami saya cam perempuan yg kami nampak masa kami mula2 sampai kat hotel tu ialah driver kami. Dia dah siap menunggu kat bawah, bila nampak kami, terus dia bawa kami ke kereta pikap miliknya. Oleh kerana suami saya tinggi jadi dia duduk di kerusi hadapan manakala saya plak kene duduk blkg, bayangkan mcm naik kereta 2 pintu, nak pergi belakang terpaksa saya mengecilkan diri yg sediakala besar ni hahaha.
Sampai di kilang yg saya dah pergi semalam, Stephan dah dtg, tapi saya x nmpk batang hidung dia, saya call, rupenya dia dlm opis kontena. Stephan bawak saya plant tour kat bangunan yg kosong, dia tunjuk di mana opis saya dan layout. Bermulalah perjalanan saya di Thailand. Buat masa ini cuma ada seorang jer Manager yg juga mula bekerja hari yg sama dgn kami, nama dia khun Montian, tgk muka cam india, tapi dia mmg org Thailand. Dialah yg bawa kami mkn lunch bersama seorang lagi Technician Maintenance, nama dy khun Tam. Bila nak mkn mmg bawa mslh pada kami, tapi kalau x mkn mmglah x boleh gak, lainlah kalau di rumah kami tinggal ada dapur! Mujur mereka ni faham dan org kedai tu pun faham gak, dia tunjuk kan mana ikan (pla), udang (chai), telur (khai), ayam (kai) dah tentu siang2 x halal punya hehe. Daging lembu pengganut Buddha x mkn tapi dorang mkn daging babi plak, sabar jelah skrg ni, x mkn lapar plak, terpaksa tawakal…..ya allah ampunkanlah dosa hamba-hamba mu ini. Petang balik dari kerja, driver kami, lupe nak kenalkan, nama dia khun peng . dia bawa kami ke Bandar yg paling dekat, Pulapa, kat sini ada kedai mkn org islam, dia jual nasi ayam, nasi itik, nasi daging, ayam goreng tepung selain tu ada jugak mknn lain yg di masak org bukan islam tapi insyallah halal, sbb dorang cuma jual ulam2, kue teow telur, udang dan lala, aneka bubur, lauk2 mknn laut, kuih talam pun ada. Disini juga kami berkenalan dgn seorang islam thailand yg x brape pandai ckp inggeris tapi sikit2 boleh lah, dia jugak beritahu kami waktu2 solat dan berbesar hati nak bawa suami saya ke masjid esok utk solat jumaat,,,alhamdulillah!
Buah-buahan jgn ceritalah, skrg musim buah, durian kat sini di jual dgn cara siap di belah dgn pisau, kita cuma perlu bawa ulasnya aja yg di simpan dalam plastik beralas polisterin. Jangan tanya rasa, masyallah lemak berkrim , manis pergh, tak boleh cerita dgn kata2 gamaknya. Buah-buahan lain sama seperti di Malaysia, seperti jambu batu, jambu air, rambutan, manggis, dokong, setiap hari mesti bli, setiap hari gak abis hehe. Kalau pergi 7 eleven atau lotus tesco (kecik jer x mcm di Malaysia besar2) yg berlambak di setiap kawasan penempatan mesti beli roti, sib baek ada tulis dlm bahasa inggeris kalau tak silap2 termakan roti serunding babi hahaha. Roti kat sini ada bermacam perisa, mmg tak dapek kat Malaysia punya.
Apa pun Alhamdulillah selama kami di sini, kami di layan dgn baik oleh org tempatan, ingat boleh diet rupenya mkn lagi x hengat, terpaksa saya melupakan hasrat untuk menguruskan badan buat sementara waktu, tapi saya perlahan-lahan mengurangkan mkn nasi, cuma mkn lunch jer. Tapi nasi dia dah lembut pahtu sedap plak, mmg sukar dilepaskan huhuhu




