Kelmarin kakak saya beritau dorang nak dtg minggu ni utk angkut barang2 saya ke rumah abah di Klang, seronok saya dengar, bukan apa, dah lama sgt tak jumpe dgn adik beradik saya, yg paling saya rindu anak buah saya yg nakal dan bijak tue, chachaniena hehehe. Tapi tak taulah dia dtg atau tak, adik lelaki saya baru jer bukak kedai hp, adik ipar pulak sibuk buat final assignment sebelum habis course kat UITM.
Tiba2 suami saya sms mintak saya mintak tolong Ita buat surat resign. Nak buat mmg boleh tapi tarikh tak pasti, takut kalau awal, lambat plak kami bertolak. Dan saya baru jer dapat tau, bos saya akan datang pada hari Khamis ni untuk berjumpe saya dan multiplicators lain yg masih berminat untuk membantu kami dalam projek ni selama 6 bulan sahaja. Tak sabar plak nak tunggu hari Khamis ni, bukan apa, hari Khamislah saya akan tau bila saya perlu ke kedutaan Thailand utk menguruskan visa dan tarikh saya akan bertolak ke sana, yg paling penting tarikh kami akan memindahkan barang dari rumah sewa di Pekan dan meninggalkan Pekan utk satu jangkamasa yg panjang.....atau lebih tepat lagi, tiada lagi kehidupan di bandar Pekan selepas ni. Kalau saya ke Pekan pun sbb nak uruskan rumah yg mungkin akan di sewa! Sedihnya.......
Saya nak cerita ttg proses pemberhentian kat kilang Hicom. Ita kata, kalau ikut pada prosedur, sesiapa yg nak berhenti, hendaklah memberi notis sebulan, jika tidak mereka perlu membuat bayaran sebulan gaji sebelum berhenti dlm masa 24jam. Bila saya check dalam offer letter pun mmg dorang tulis gitu. Tak kiralah org tu dah konfem atau blum. Patutlah ramai yg berhenti cabut gitu jer, lepas dapat gaji. Suami saya dah pening kepala fikir pasal bende ni, yelah pusing mana pun dia tetap rugi. Kalau dia bg surat berhenti skrg kene tunggu sebulan baru leh berhenti, kalau tak kene byr gaji sebulan kalau berhenti tak cukup sebulan notis. Kalau cabut jer, rugi plak dgn ot dan gaji untuk 2 minggu ni. Tapi nasib baiklah selepas suami saya jumpe Cik Kamal, adalah sedikit kelonggaran, janji bagi surat berhenti (kalau tak syarikat akan saman, klaka plak suami saya dgr, mcm ugutan utk budak2 kecik hehehe).
Kelmarin, suami saya tak ot, saya plak belum masak bila dia balik, pelagi saya terus ckp malas nak masak, kami makan kat kedai makan ct sop ayam kg a.k.a keluarga bahagia hehe. Tapi saya rasa kenyang lagi sbb baru bedal KFC. Kelmarin saya mmg plan nak pergi Watson kat bandar, nak beli losyen vaseline saya yg dah abis. Siap buat kad Watson lagi, dgn harga RM12. Pelik saya ni, dari hari tu org tu suh buat, saya taknak ini dah dekat2 pergi baru saya buat. Takpleh boleh jer saya bg kad ni pada Aya, adik saya. Lagipun dia selalu shopping kat Watson hehe. Dan pada masa yg sama mmg saya plan nak beli KFC, sbb mknn tgh hari takde, lauk semalam dah abis pagi tadi sbb suami saya buat sarapan, mkn dgn roti canai segera! Asalnya saya nak pergi sebelah pagi, tapi tak tau apa yg saya buat pagi kelmarin, membawak ke tgh hari, pukul 12.30 saya dah lapar giler, siap berbunyi perut. Sebab dah lapar sgt saya pun masaklah mi goreng sedap. Kalau saya tunggu makan KFC, mesti menggigil badan. Selepas solat zohor dalam pukul 2.30 saya ke bandar, kalau ikut dah kenyang mkn mi goreng sedap tak perlulah beli KFC, tapi beli gak...dah nama Ernie, macam manalah suami saya tak panggil saya musang hehehe. Saya beli snackplate spicy, cheezy wedges dan paling kelaka, masuk2 KFC saya ternampak 3 layer tea. Mmg sebelum ni saya tau ada 3 layer kat KFC tapi saya lupe, mungkin sbb selalu masuk KFC org ramai giler kat kaunter, ini saya sorang jer kat kaunter. Saya tanya boleh bungkus tak, kelakakan mmgla boleh, tak tau nape saya tanya, mungkin teruja agaknya sebab mmg saya dah mengidam lama. Kalau kat Klang bersepah kat kedai mamak, nak ngan taknak jer.
Inilah dia 3 layer kat KFC. Ada org kata 3 layer ni manis, pada saya tak, mungkin boleh kata ini minuman yg sihat, sebab dia hanya menggunakan gula melaka/merah sebagai ajen pemanis hehe, lepas tu letak susu cair dan teh o tanpa gula atau susu!
Kat kedai makan CT Sop Ayam Kg, saya order mi goreng jer, nak order nasi rasa kenyang sgt sbb mkn KFC hehehe, suami saya plak order nasi goreng ikan masin dgn telur bungkus. Lepas mkn saya rasa kenyang giler plak, tgh hari tadi lapar giler hehe.
Pagi semalam saya tak buang masa, saya call mak Reza, Makcik Ruhaya, yg bekerja di Pos Malaysia. Tujuan saya call sbb nak tanya pendapat dia tentang penghantaran barang ke Bangkok, yelah mana tau, kalau harga staf lebih murah hehehe. Tapi rupanya mak reza tak tau sgt pasal operasi, dia dalam bahagian siasatan. Mula2 makcik nak tolong tanyakan utk saya, tapi bila saya fikir2 baik saya sendiri yg tanya, lagipun mmg saya tau ada free toll number. Walau macam manapun saya suka dgn laman web Pos Malaysia yg sgt efisien, sbb saya kata gitu, saya ada bukak web Fedex, UPS dan DHL tapi nak kene ada akaun dulu baru boleh tengok rate. Di web Pos Malaysia, semuanya jelas, cuma ada satu dua tak berapa jelas sgtlah. Ada dua jenis penghantaran, Airmail dgn Surface mail, Airmail ni melalui kapal terbang, utk 20 kilo harganya dlm RM210, manakala Surface mail melalui kapal laut, utk 20 kilo harganya cuma RM52, jauh lebih murah tapi masa penghantaran maksimum 3 bulan, giler kalau dlm masa 3 bulan, saya siap balik ke Malaysia, brg tak sampai lagi hehe. Kotak mesti bungkus dgn kertas minyak kaler coklat, berukuran ukurlilit tidak melebihi 2 meter, boleh kot kotak yg saya ada ni. Tapi saya nak pergi pos ofis kat bandar utk konfemkan kotak yg saya nak guna nie.
Awal2 semalam saya siapkan senarai, bukan senarai sebenarnya tapi gambar barang2 yg saya nak bawak ke rumah abah simpan. Kebanyakkan jenis kain, sbb saya takut kalau simpan kat rumah mak mertua kene makan tikus, sayang jer. Mungkin gak saya tumpang kat rumah adik saya, Izam macam toto, bantal dan selimut. Kalau ada org nak tumpang tidur rumah dia boleh guna. Lagipun saya fikir, bulan 6 ni Aya kawin, mesti sedare mare nak tidur rumah. Kalau ikut tak payah buat senarai pun takpe tapi sebab kakak saya suruh, saya buat jer, kalau tak dia ckp saya tak buat kerje hahaha. Pahtu saya keluarkan semua baju kurung dan blouse dalam almari di bilik tidur, fiuh byk lagi barang rupenya, sebelum tu saya asingkan mana nak simpan dan mana nak bawak. Bungkus dalam plastik, nnt boleh terus bawak balik Klang mgg nie. Kakak saya awal2 dah call tanya boleh tak dorang dtg Jumaat ni, dia nak mintak cuti, sbb masing2 tgh free, saya kata boleh jer, sbb brg2 semua dah bungkus, mana yg nak simpan di Klang dah standby. Semalam saya masak awal, pukul 4 ptg saya dah siap masak tom yam ayam, sbb suami saya kata dia dah tak ot minggu ni, kelmarin balik kerja dia kata dia lapar sgt. Dia balik smlm kami terus makan malam, dalam pukul 5.45ptg kot, tapi suami saya tak tambah nasi, kenyang katanya minum byk sbb cuaca panas! Takpelah lauk ni boleh buat mkn lunch esok, nasi pun tak byk sgt tinggal, mungkin yg senduk awal2 tadi dah byk gamaknya.







