Saturday, 7 May 2011

akhirnya.......Chachoengsao, Thailand! Bahagian 2


Adooooi…..lepas dah dugaan kat Malaysia, x taulah lps ni apa nak jadi plak hehe. Masa nak keluar pening plak, mana exit nie, sbb semua pintu ada tulis, custom declarelah, non-declare lah, rasa kat Malaysia xde plak pintu cam gini, jakun gak aku ya, tak ingat plak masa first time pergi Bangkok dulu. Last2 adalah sorang mamat kastam ni tunjuk tangan suh jalan, dah keluar, nmpk plak ada satu group org pegang kertas nama org yg nak di jemput tapi kebanyakkan wakil hotel.
Mana plak Khun Toi ni, bini MD, xde plak saya nampak nama saya kat kertas tue, handphone abis bateri plak, macam mana nie. Last2 tergerak hati nak jalan kedepan lagi dan ternampaklah sorang pompuan separuh umur tgh pegang kertas nama saya, Alhamdulillah! Potpet2 mulut dia melepaskan rasa lega lepas jumpa kami,  sambil ckp dah sejam dy tunggu, kesian dahlah bini MD hehe
Dan buat pertama kali saya mengucapkam sawadika…. tapi kesian pada suami saya yg terpaksa menaikkan beg yg besar tu bersama driver khun toi ke dalam van Volkswagen yg mewah macam opis tue. Saya mati2 ingat khun toi tu nama bini MD, rupenya setiap org di Thailand tak kira lelaki atau perempuan, akan di panggil khun sebagai panggilan hormat. Dan setiap org di Thailand ada nama samaran atau nickname, sehinggakan dalam borang permohonan kerja pun ada ruangan nama samaran, mcm2lah dorang nie…
Airport dari tempat tinggal kami mengambil masa 30 minit campur berhenti kat traffic ligth dgn tol dgn jem hehe. Sementara kami di tempatkan di sebuah kediaman yg mcm hotel pun ada, mcm apartment pun ada berhampiran dgn kilang, mmg dekat sgt tapi kalau jalan kaki jauh ler hehe. Lepas letak barang kat bilik kami yg terletak di tingkat 2 (ada katil siap dgn bedsheet baru,TV, peti ais, almari dan bilik air, bolehlah kalau utk sementara, kalau lama susah gak sbb x leh masak!), khun toi bawa kami ke Bandar chachoengsao utk membeli brg keperluan. Abis  gaklah B2,000, beli comforter sbb dlm bilik kami tu ada aircond jer, xde kipas, dan beli mknn seperti roti, air buah, yogurt utk sarapan esok. Lepas membeli belah kami pergi mkn, inilah mslh pertama kami di Thailand, sib baek ada nasi mkn bersama ikan, xlah sedap mana tapi boleh lah nak alas perut.  Kalau ikut nak mkn mcm2 kat sana tapi dah tentu x halal dan paling best banyak pork!
Malam tu kami tidur seolah dah sebulan tak tido, tapi ada mslh lain bila kami belum lagi berjumpa dgn org islam jadi kami tak tau waktu2 solat di sini. Terpaksalah suami saya mengqadakan solatnya buat hari ini dan sib baek gak saya tgh bercuti hehe. Esoknya pukul 6 pagi waktu tempatan dah terang menerang. Sebab dlm bilik saya ni ada satu tingkap takde langsir, jadi bila matahari dah naik teranglah bilik nie. Mata plak x mengantuk, memandangkan waktu di Thailand lewat sejam dari waktu di Malaysia sbb tu saya dah x mengantuk walaupun baru pukul 6, sbb kat Malaysia dah pukul 7 hehe. Bangun pagi saya minum air jus jambu dgn menggunakan bekas yogurt (takde gelas, saya plak cuma bwk bekas air dan bekas mknn Tupperware) dan mkn roti di sapu yogurt. Cukuplah kot utk alas perut pagi2 nie. Semalam saya dah konfem dgn Stephan dtg kilang pukul 8 dan dah ckp dgn driver yg akan ambik dan hantar saya sementara ni. Tepat pukul 8 baru kami turun dari bilik, x sangka plak suami saya cam perempuan yg kami nampak masa kami mula2 sampai kat hotel tu ialah driver kami. Dia dah siap menunggu kat bawah, bila nampak kami, terus dia bawa kami ke kereta pikap miliknya. Oleh kerana suami saya tinggi jadi dia  duduk di kerusi hadapan manakala saya plak kene duduk blkg, bayangkan mcm naik kereta 2 pintu,  nak pergi belakang terpaksa saya mengecilkan diri yg sediakala besar ni hahaha.
Sampai di kilang yg saya dah pergi semalam, Stephan dah dtg, tapi saya x nmpk batang hidung dia, saya call, rupenya dia dlm opis kontena. Stephan bawak saya plant tour kat bangunan yg kosong, dia tunjuk di mana opis saya dan layout. Bermulalah perjalanan saya di Thailand.  Buat masa ini cuma ada seorang jer Manager yg juga mula bekerja hari yg sama dgn kami, nama dia khun Montian, tgk muka cam india, tapi dia mmg org Thailand.  Dialah yg bawa kami mkn lunch bersama seorang lagi Technician Maintenance, nama dy khun Tam. Bila nak mkn mmg bawa mslh pada kami, tapi kalau x mkn mmglah x boleh gak, lainlah kalau di rumah kami tinggal ada dapur! Mujur mereka ni faham dan org kedai tu pun faham gak, dia tunjuk kan mana ikan (pla), udang (chai), telur (khai), ayam (kai) dah tentu siang2 x halal punya hehe. Daging lembu pengganut Buddha x mkn tapi dorang mkn daging babi plak, sabar jelah skrg ni, x mkn lapar plak, terpaksa tawakal…..ya allah ampunkanlah dosa hamba-hamba mu ini. Petang balik dari kerja, driver kami, lupe nak kenalkan, nama dia khun peng . dia bawa kami ke Bandar yg paling dekat, Pulapa, kat sini ada kedai mkn org islam, dia jual nasi ayam, nasi itik, nasi daging, ayam goreng tepung selain tu ada jugak mknn lain yg di masak org bukan islam tapi insyallah  halal, sbb dorang cuma jual ulam2, kue teow telur, udang dan lala, aneka bubur, lauk2 mknn laut, kuih talam pun ada. Disini juga kami berkenalan dgn seorang islam thailand yg x brape pandai ckp inggeris tapi sikit2 boleh lah, dia jugak beritahu kami waktu2 solat dan berbesar hati nak bawa suami saya ke masjid esok utk solat jumaat,,,alhamdulillah!

Buah-buahan jgn ceritalah, skrg musim buah, durian kat sini di jual dgn cara siap di belah dgn pisau, kita cuma perlu bawa ulasnya aja yg di simpan dalam plastik beralas polisterin. Jangan tanya rasa, masyallah  lemak berkrim , manis pergh, tak boleh cerita dgn kata2 gamaknya. Buah-buahan lain sama seperti di Malaysia, seperti jambu batu, jambu air, rambutan, manggis, dokong, setiap hari mesti bli, setiap hari gak abis hehe. Kalau pergi 7 eleven atau lotus tesco (kecik jer x mcm di Malaysia besar2) yg berlambak di setiap kawasan penempatan mesti beli roti, sib baek ada tulis dlm  bahasa inggeris kalau tak silap2 termakan roti serunding babi hahaha. Roti kat sini ada bermacam perisa, mmg tak dapek kat Malaysia punya.
Apa pun Alhamdulillah selama kami di sini, kami di layan dgn baik oleh org tempatan, ingat boleh diet rupenya mkn lagi x hengat, terpaksa saya melupakan hasrat untuk menguruskan badan buat sementara waktu, tapi saya perlahan-lahan mengurangkan mkn nasi, cuma mkn lunch jer. Tapi nasi dia dah lembut pahtu sedap plak, mmg sukar dilepaskan huhuhu

akhirnya.......Chachoengsao, Thailand! Bahagian 1

Alhamdulillah, sampai jugak kami ke Thailand, selepas lebih 3 bulan menunggu di rumah....Taman Jambu, Pekan (rindunya.....), menjejakkan kaki ke sini, bukan mudah rupanya, byk betul rintangan dan dugaan, tapi Allah maha berkuasa dan pemurah, ujian demi ujian akhirnya kami sampai juga ke bumi Gautama Buddha!!!

Tapi bukan sajer dlm masa 3 bulan menunggu dugaan yg kami kena tempuh, seminggu sebelum bertolak, rasanya perdana menteri pun tak sesibuk kami, bermula dengan packing barang2 di rumah Taman jambu untuk pindah, tapak kaki pun tak rasa apa, naik kematu. Badan jgn citerlah, dah mcm penat kerja kontrak angkat simen!!! Allah jer tau betapa penat gilernya. Bila nak pindah barulah tau betapa byk brg dalam rumah yg kategori kecik tue hehe. Sebelum pindah, dugaan lagi di kedutaan Thailand buat visa, tak sangka rupenya dorang ni particular sgt, padahal x pernah dgr plak org malaysia jadi pendatang haram atau buat hal kat thailand, tak taulah kalau kat sempadan. Hanya saya sorang jer ada surat tawaran dari company yg saya bekerja skrg, suami saya tak ada. Sudahlah hari rabu sehingga jumaat cuti, kalau saya buat hari isnin saya boleh dpt visa hari selasa, tapi kalau buat hari selasa nak dpt bila, alamat senin depan ler....malam tu saya kejar MD saya untuk surat tawaran suami saya. Kebetulan MD saya ada meeting mlm tu, pukul 12 mlm baru dia abis meeting, sudahnya sampai tertidur saya, bila saya terjaga pukul 2 pagi baru masuk surat tu, alhamdulillah. Dan alhamdulillah gak umak abah saya ada printer dan copier colour, pe lagi gunakan dgn gembiranya hehe. Alhamdulillah lagi sbb kedutaan thai cuti lama, pukul 4.30 ptg selasa dah boleh amik visa suami saya yuhuuuu


Hari pindah rumah, adalah hari yg paling penat di dunia, sebelum tu sib baek saya dah angkut barang2 balik ke klang dulu, kalau tidak x taulah! Mau 2 trip lori.....tapi alhamdulillah, pah dtg tolong hari sebelum pindah, tolong2 bungkus kurang ckit penat kami yg berdua jer nie. Esok org pertama sampai reza dan fiza/hana, pastu ustazah, laki ustazah abg midi, paling terkejut aji umah ujung tu pun dtg tolong, memang dorang  ni  terbaik lah. Pah dtg lewat sikit, tolong beli sarapan dan air. Tapi mak, akak ngan a.jak sempat lagi nyopping kat pasar kemboja hahaha. Sblm balik ke lepar, kami pergi jumpe kak julie (dy siap bekal kuih utk kami, panas2 lagi), pahtu jumpe kak ani ngan abg aris, pastu jumpe jiman dgn za. Bila sampai lepar brg dah turun dari lori, kerja a.jak dgn sape ke namanya anak cik rajemah ngan pak hasan (tut... balak hahaha). Tapi lagi sekali kaki ni naik kematu semasa memindahkan brg2 ke dalam. Tgh kemas2 kira2 tgk brg yg nak bwk balik ke klg tak muat walau dgn estima. Call bantuan dtg, ina dan aya dtg lepar dgn chitra angkt brg lepas 2 jam balik klang balik, dorang ni lagi terbaik dan terbest!

Hari selasa kami tiba2 teringat pasal international driving license, pegilah buat kat JPJ, sib senang dan cepat. Abis gaklah 3 ratus lebih, mmg kalau dah jpj, caj x hengat hehe. Dan tibalah hari berangkat, sekali lagi kami di uji, beg yg paling besar kami pernah pakai berat lebih dari berat yg di benarkan, 42kg. Kami pun terpaksa beli beg lain yg harganya 2 kali ganda dari harga kat mydin! lagi dugaan bila beg besar yg kami beli tu, lock dy tak boleh bukak, padahal kami tak lock pun, terpaksalah cari tools untuk kopak beg. Alhamdulillah, ina berjaya bukak, tak sangka dy ada skil pecah rumah hahaha. Tapi beg kami tetap lebih drpd had utk 2 org penumpang, 8 kilo, ntah betul ke tak, padahal saya dah bayar awal2 untuk 60kg untuk 2 org. Abis gaklah RM320, hampeh...

Sampai thailand, beg besar ni skali lagi buat hal tak ada kat tempat collection beg. Tapi alhamdulillah, saya x tahan nak buang air kecik, saya suh suami saya tunggu kalau2 beg tu ada, saya pergi toilet, dkt sebelah toilet, ada tulis oversize beg collection, dan saya nampak beberapa org tunggu kat situ. Mmg betulah beg kami yg besar dan menyusahkan ada kat situ hehehe....