Wednesday, 30 March 2011

Ikan Kerisi Masak Asam

Adohaaai.....hujan lebat plak pagi2 ni, sib baek saya dah siap2 beli lauk kelmarin, kalau tak, apalah yg saya nak masak hari ni. Tapi alhamdulillah, bukan kah bagus hujan turun membasahi bumi (mcm lirik lagu plak hehe). Hari Ahad lepas cuaca sgt panas, bayangkan saya bukak air cond dari tgh hari sampai ptg, tutup kejap, malam bukak lagi fiuhhhh. Hari senin pulak hujan lebat selepas pukul 8 pagi, berhenti tgh hari sambung ke petang. Semalam seawal pagi dia dah hujan, kalau hujan awal2 pagi makne suami saya terpaksalah bawak kereta pg kerja. Cuaca tak menentu sekarang ni, susah nak predict. Tapi walaumacamanapun saya dah plan nak masak asam ikan kerisi gak hari ni, tak kiralah walau xde perencah.


Semalam saya sepatutnya tunggu keputusan daripada bos hasil drpd perbincangan mereka semalam. Saya fikir saya akan balik Klang minggu ni utk ke kedutaan Thailand, tapi bos ckp mereka akan dtg minggu depan, dan saya agak saya akan uruskan dokumen perjalanan mereka2 yg masih berminat nak jadi multipilcators kat sana sekali. Tak kesahlah janji saya ada byk masa nak packing, masalahnya saya cuma sorang huhuhu.


Inilah dia ikan kerisi masak asam, tapi percayalah Ikan Merah masak asam kat Batu Laut lagi sedap, tiada bandingan dan sukar dilepaskan hehe. Percaya atau tak kakak saya siap hirup kuah dia lagi, teruk betul! Yelah kalau dah sedap, mana boleh tahan kan....masak asam saya kali ni original punya, tiada campuran perencah segera, sedap gak hehehe.
Ikan kerisi ni suami saya kata adik beradik ikan merah gak, cuma dia kecik dan perut dia byk taik, tapi isi dia sedap, walaupun goreng sajer, isi dia tetap sedap. Sisik toksah ckplah, mmg byk, saya sebenarnya tak berapa gemar nak siang ikan yg bersisik, sebab kalau tak kene cara menyiang dia akan bersepah2 sampai ke lantai, nak kutip punyalah susah, baik basah atau kering!
Toskan ikan kerisi yg telah siap di buang sisik, dibuang taik dan insangnya. Kisar serai, sedikit halia dan lengkuas serta beberapa biji cili api. Sebenarnya tak perlu utk campur dgn cili api kalau cili kering yg kita akan gunakan sediakala pedas. Tapi cili kering yg saya beli kat pantai selamat mmg tak pedas. Mak mertua saya bg tips, kalau nak beli cili kering yg pedas, cili tu pendik2, lebar dan berkilat. Tapi yg selalu jual kat pasaraya kerinting panjang, kurus dan berkedutkan! Campurkan bahan kisar tadi dgn cili kering yg siap di kisar (kalau tak biasa kisar cili kering utk simpanan dlm peti ais, kisar bahan tadi bersama cili kering dan bawang). Masakkan ni bagusnya dari segi kesihatan dia tak menggunakan minyak, rebus jer. Mula2 rebus air tak payah byk2 dalam kuali yg berpenutup, selepas mendidih masukkan semua bahan kisar tadi, beberapa keping asam keping (lg masam lagi bagus), juga masukkan potongan bunga kantan (nak letak daun kesum boleh, xnak pun boleh), tutup kuali untuk melembutkan bunga kantan. Selepas 3 minit lebih kurang, baru masukkan gula, kiub ayam gaul, kemudian masukkan ikan kerisi dan kekacang (selalunya saya letak sayur bendir dan tomato tapi sbb simpanan sayur masih byk, yg paling sesuai kekacang, saya letak jelah, x kesah janji ada sayur kan...). Tutup kuali dgn api kecil, selepas 4 hingga 5 minit agak2 ikan dah masak, buka tutup kuali dan tutup api, siap! 

Semalam suami saya tak ot, dia ada temujanji dgn kawan dia ttg photography. Tak sangka pulak byk permintaan wedding photography. Sebelum ni sebelum saya dapat offer bekerja di Thailand bersama suami, kami mmg plan nak buat wedding photography secara serius, kebetulan kawan saya Ita juga nak berkecimpung dalam bisnes pakej perkahwinan ni, kira join venture ler. Tapi apakan daya, takde rezeki kami kesitu, ada ke arah lain. Entah kenapa dekat2 nak pergi berhijrah ni murah pulak rezeki, ramai pulak yg tanya dan berminat. Serba salah suami saya, so skrg kami tgh cari kawan2 yg ada kamera DSLR yg berminat nak jadi photographer sambilan.

Seronok saya semalam sbb dpt berkreatif, bos mintak saya buat process flow bersama gambar2, dan paling best saya terjumpe format dalam MS Excel 2007 untuk process flow yg menarik, pe lagi ralit buat smlm sampai pukul 3 ptg tp malangnya file dia terlampau besar, saya tak boleh nak e-mail. Bermakne saya terpaksa main tipu hehehe

Cantik kan, tak kesahlah kalau ada org kata tak cantik, janji saya suka hehehehe


Tuesday, 29 March 2011

Ayam Masak 5 Rasa

Saya rasa saya dah jadi makin pelupa, mungkin sbb dah lama tak menggunakan akal maklumlah kerja di rumah, kalau nak kerja, kerja, kalau tak nak, x payah kerja hehe. Semalam saya memang betul2 dah kehabisan idea nak masak apa utk makan malam kami tapi tiba2 saya rasa macam nak masak asam ikan kerisi (kalau ikan merah lagi sedap tapi mahal sgt, ikan kerisi pun jadiklah hehe), selalunya saya masak guna perencah brand Nyonya, Masak Asam Portugis kalau tak silap, adalah perkataan portugis tue! Semua ni bermula bila kami mula2 diperkenalkan dengan Restoren Asam Batu Laut dekat2 dengan Morib, Selangor. Aya, adik saya yg perkenalkan, masa mula2 sampai di sana saya macam tak percaya, sbb kedai tu betul2 di muara sungai lepas tu kedai papan, kalau macam kat restoren muara tg gila/harapan kat port klang tu ok lagi, ini macam jeti lama zaman2 P.Ramlee hehe. Tapi bila dah rasa masakkan dia, ya allah tuhan ajer yg tau, sea food, cina yg masak tapi halal. Mereka hanya menyediakan masakkan sea food ajer. 


Kami pernah masak sendiri dgn guna ikan kerisilah, tanpa ada perencah bantuan, tapi ntah macam mana 1 hari saya sajer beli perencah brand nyonya ni, masyallah, masakkan dia lebih kurang sama, senang pun senang. Selepas tu saya terus menggunakan perencah ni kalau teringain nak masak asam. Semalam selain beli ayam, saya beli gak ikan kerisi, siap berebut2 dgn 2 org kakak nie, saya selak dia angkut, saya selak dia angkut, yg sorang lagi guna penyepit, dia jer pegang dari awal, mcm dia sorang nak beli ikan, klaka pun klaka gak hehe. Tapi malangnya perencah brand nyonya tu takde plak, mmg kdg2 ada, kdg2 takde kat pantai selamat, sebelum ni saya beli kat Tunas Manja kat bandar, malas nak pergi bandar saya cari kat Eng Hong. Walaupun tinggal kat bandar kecik tapi ada byk pasaraya alternatif yg berhampiran. Malang lagi takde jugak brand yg saya carik, sudahnya saya beli perencah yg saya tak pernah masak, saya lupe brand apa, tp saya rasa Maggi, Ayam Rempah 5 Rasa. Saya beli 2, sbb kalau 1 selalunya tak rasa, walaupun ayam cuma beberapa ketul.


Sebab kenapa saya kata saya semakin pelupe, saya lupe nak ambik gambar hehe. OKlah masakkan dia, suami saya  kata macam masak kurma. Tapi semalam suami saya siap ratah ayam tu, tambah nasi cam beselah! Masakkan ni macam ayam letak tepung jagung, dia sarankan utk campur dgn cendawan cina, kacang pis, karot dan jagung (ala yg dah siap peket tu, utk masak nasi goreng cina selalunya) tapi sbb saya fikir kat peti ais ada byk sayur, saya hanya gunakan kacang panjang yg di potong pendik2, kene kreatif kalau nak memasak. Sedap mmg sedap, owh sebelum tu saya campurkan dgn cili api, selain tu saya juga goreng ayam tu separuh masak (gaul dgn garam, sos tiram dan tepung jagung). Lepas masak saya rasa mcm tak sabar nak makan, sudahnya saya ratah ayam cam gitu jer, sedap siut makan panas2 hehe


Semalam pagi selepas suami saya pergi kerja, hujan, lebat gak, tapi pukul 12 tgh hari hujan berhenti dan ada matahari plak, alhamdulillah....mmg dia nak bg saya pergi beli lauk, sbb tu hujan berhenti. Selepas saya balik duduk jap, hujan balik. Tapi hari ni cuaca sejuk, selalu kalau hujan pun kita ttp rasa bahang. Ingatkan hari ni saya boleh cuti bukak air cond, belah malam plak rasa panas hehe. Suami saya dah faham sgt dgn bini, dia, dia tak suruh tutup bila hari semakin malam, tapi dia cuma ckp kaki dah sejuk hehe

Monday, 28 March 2011

Ahad

Hari ni adalah hari yg paling membosankan pada saya, mungkin sbb hari2 saya boleh lepak kat rumah sambil tgk tv dan makan, bela badan hehe. Jadi bila hari Ahad yg sepatutnya saya habiskan masa bersama suami, saya masih lagi seorang di rumah and do nothing but the same thing everyday! Seperti yg di rancang suami saya pergi pertandingan memancing dgn Man kat Tg Sepat, saya yg pada mulanya ada sedikit perasaan nak ikut, last2 ambik keputusan duduk rumah, lagipun saya fikir suami saya akan balik tgh hari. Pagi semalam mmg saya mengantuk tahap cipan, tapi saya gagahkan diri bangun utk menunaikan tanggungjawab saya sebagai hamba allah, tapi lewatlah sikit. Memandangkan pertandingan memancing bermula pada pukul 8, suami saya bergegas bersiap yg pada masa tu dah pukul 7 suku. Saya pulak tak siapkan sarapan, pertama sbb dah lewat kedua sbb saya mengantuk hehe, selalu saya dah siap mandi sebelum suami pergi kerja, tapi hari ni saya tak buat apa2 pun selain menyetonekan diri hehe (ayat baru). Selepas suami saya pergi, saya boleh sambung balik tidur kat bilik, lepas tu sedar2 dah pukul 9.45, itulah kalau sambung balik tidur lepas subuh, teruk! Saya bangun pun sbb saya rasa lesu dan tak sabar nak mandi.


Lepas mandi saya bersarapan, buat mi goreng sedap, yg memang sedap sambil minum nescafe ummmmp! Kalau nak kemas rumah mmg saya takde mood lansung, tapi saya terpaksa jugak basuh kain, yg dah tinggi menggunung tu, kemudian lipat kain yg juga tinggi menggunung akhir sekali jahit seluar kerja saya dan suami. OKlah daripada melepek depan tvkan tak buat apa. Tapi tiba2 saya ada idea utk menyenaraikan brg2 dlm rumah dan lokasi saya nak letak barang2 tu. Saya ada 2 tempat utama, rumah abah saya dan rumah mak mertua saya. Memandangkan rumah mak mertua saya paling hampir, kebanyakkan barang akan saya simpan di rumahnya termasuk peti ais, mesin basuh, air cond dan set bilik. Manakala brg2 kain seperti cadar dan baju yg saya tak bawak saya simpan rumah abah. Semua ni sbb rumah mak mertua saya ada sang tikus, byk dah brg2 kat rumah mak mertua saya yg dia bedal. Tapi sebenarnya rumah abah pun ada anai2 sebelum ni, sekarang dah takde selepas semua tempat2 yg dia buat sarang sudah dimusnahkan. 


Ada juga barang2 saya plan nak bagi aya, adik saya yg nak kawin tu, sebagai hadiah perkahwinan hahaha. OKlah tu, kurang sikit brg dia nak beli walaupun second hand tp semua brg2 tu masih elok. Saya ada berbincang dgn adik saya tentang brg yg saya nak simpan di rumah abah, adik saya kata boleh jer atau kalau tak muat boleh tumpang rumah izam, adik lelaki saya. Rumah dia besar ada 4 bilik, tinggal 3 org jer.....bagus gak idea tu, nnt saya bincang dgn adik ipar saya, Aliya hehe. Lepas saya jumpe Stephan, bos saya tempoh hari, saya plan nak bawak beberapa brg ke sana, jimat pun jimat tak payah beli. Barang2 yg saya nak bawa termasuk TV LCD kesayangan saya, home theater kalau suami saya setuju dan beberapa brg dapur seperti periuk, kuali dan pinggan mangkuk fiuh, berapalah harga courier dia ek....


Kenapa saya kata semalam hari yg membosankan walaupun saya ada aktiviti 5S, semalam selain suami saya pergi memancing, dia juga di tugaskan oleh abg nya utk mengambil mak mertua saya yg baru balik dari KL yg di jangka sampai ke terminal bas kuantan pada pukul 4 ptg. Memandangkan suami saya ada berhampiran Kuantan, jadi bolehlah dia menjalankan tanggungjawabnya. Kebetulan bas lewat bertolak dari KL, jadi mak mertua saya pun sampai dalam pukul 5 lebih. Suami saya bersama Man bawalah mak mertua saya balik ke Lepar. Dan suami saya sampai rumah pukul 9.30 malam........tak kesahlah janji saya dah buat sedikit kerja perpindahan hehe. Tapi ada satu lagi berita yg kurang best, suami saya kata TV di rumah mak mertua saya dah nak rosak, mula2 dia kata remote, tapi lepas tu dia kata TV pun dah nak rosak.......!!!!! Bermakne saya terpaksalah berpisah dgn TV kesayangan saya huhuhu. Takpelah mak mertua saya dah puas susah lebih2 lagi jaga suami saya hehehe, kenelah saya berkorban sikit utk suami tersayang.


Tapi kerja saya belum setel, skrg tugas saya cari kotak, syarikat courier dan lori.....besar tugas ni, mencabar lagi! Semalam jugak saya mkn lauk semalamnya, ikan bakar dan sop sayur, malam pulak saya suh suami beli burger jer!

Ikan Bakar, Sop Sayur dan Air Kelapa Laut.....Udang Galah Masak Pedas!

Wah macam best jer menu saya hari sabtu kan, tp mmg saya makan besar pun hari sabtu lepas, xde celebrate apa2 pun tp mgkin sbb nak rasa duit belanjer suami saya, selepas berhempas pulas ot lebih seratus jam bulan lepas hehe. Seperti yg saya plan untuk masak hari tu, saya laksanakan hari Sabtu lepas. Malam selepas Pah belanjer char kue teow saya anggukkan kepala bila Pah tanya saya pergi pasar tani esok, tapi last2 saya tak pergi pun, sbb saya xde plan nak beli apa2, kepala tgh berserabut fikir pasal brg2 yg nak dipindahkan nie. Tapi saya kelua gak pergi pantai selamat beli sayur untuk buat sop. Saya beli cendawan tiram, kobis panjang dan kekacang.



Inilah dia menu saya pada hari Sabtu, tah nape terlebih rajin plak hari tu....Ikan ni saya bungkus dengan daun pisang (saya ambik sebelah rumah hehe), selepas perap dengan garam dan kunyit, selalunya x letak kunyit tapi tah nape smlm g letak pulak hehe.....letakkan dalam kuali yg hanya di sapu minyak masak sedikit, api yg kecil, tutup kuali, pastikan ikan di terbalikkan selepas lebih kurang 10 minit. Kicap cilinya seperti yg saya biasa buat, manakala kuah asamnya plak, asyik fail jer buat, pernah skali jadi tapi bila dah lama tak buat, tak berapa jadi....saya mungkin terlebih letak air asam jawa, dicampur dgn hirisan cili api dan bwg merah serta sedikit gula.
Sopnya pula, kali ni saya buat sop pedas mcm kat kedai makan, bahan2 seperti buat sop, tumbuk bwg merah, bwg putih, cili padi (lenyek2kan jer), oppss hampir lupe, sebelum tu tumbuk lada putih. Tumis bahan2 tadi, letak air sehingga mendidih baru masukkan sayur-sayuran yg telah di potong2 kemudian baru letak asam keping, garam secukup rasa dan kiub ayam. Siap. 

Yang ini pula air spesial utk hari ni, sajer jer beli sekali sekala, kalau tak sik minum nescafe o panas atau air sejuk kosong (atau air wap, mak mertua saya panggil, sama ada sbb air yg disimpan adalah air yg di masak berwap atau sbb dalam peti aiskan sejuk berwap!) Ini namanya air kelapa laut, suami saya suka, lebih syok minum masa cuaca panas. Selalu klu suami saya balik tgh hari mkn, dia hanya akan mkn sikit jer, tapi kali ni dia pulun gak, kami berdua kepedasan sampai merah2 bibir hehe, mau taknya, dalam sop ada cili api, dlm kicap ada cili api, dalam kuah asam ada cili api....giler!

Hari ni seperti biasa suami saya ot, tp saya ada ckp nak pergi kuantan jalan2, yelah sik dok umah jer, bosan. Memandangkan esok suami saya ada aktiviti, memancing.....hobi, pe salah hari ni saya menjalankan aktiviti hobi saya pulak.....window shopping! Tapi sebenarnya kami tak pergi window shopping pun, memandangkan kami dari rumah pukul 8 malam, tak byk aktiviti shopping dpt dilakukan di Kuantan selepas pukul 9 mlm ke atas. Suami pada mula ajak tgk wayang, tp takde ceriter yg box office, tgk DVD lagi baik, lagipun setelkan pemindahan wang suami saya drpd bank Muamalat ke CIMB pun mkn masa sehingga 9 lebih. Hajat nak beli big apple dan indulgence cake kat secret recipe pun tak tercapai sbb suami saya ckp jgn ikutkan hati. Akhirnya kami pergi jalan2 cari makan jer kat Tg Lumpur hehe, udang galah masak pedas, kupang masak pedas dan tomyam campur!

Balik rumah saya tengok ceriter cerekarama, khalifah, jln ceriter dia best gak tapi saya terlepas bahagian akhir sbb leka sgt tengok konsert hore pak nil. Dalam konsert ni Pak nil kenalkan semua ahli keluarga dia, termasuk ipar duai, anak2 buah dan anak lelakinya (anak perempuan dia kat Australia blajar), kalau tengok anak dia cam tak percaya, sbb badan besar, cam nerd2 sikit....hehe (jgn marah dik). Yelah sebelum ni dia kan suka low profile sikit bila citer bab keluarga, especially anak2 dia, tapi kali ni dia tunjukkan semua.....

Saturday, 26 March 2011

Ketam

Hari Khamis lepas saya sepatutnya masak ikan bakar dan sop sayur akhirnya bertukar menjadi Ketam Bercili, magik tak hahaha. Ketam tu suami saya beli kat pasar malam Rabu yg juga tempat sama saya beli ikan selar. Semuanya berpunca daripada bateri kereta saya yg tiba2 kong selepas saya dah siap2 nak pergi Pantai selamat beli sayur.....adussh, dahlah masa tu ustazah dan suami tak kerja, tak taulah dorang perasan atau tak, klu perasan malu gak, dahlah siap2 nak keluar siap bukak gate, kunci pintu rumah, last2 masuk balik rumah dgn perasaan malu dan bengang hehe. Pe lagi perkara pertama yg saya buat ialah menghubungi suami saya dan ceritakan segalanya, pastu saya terfikir bateri saya tu baru jer tukar bulan tujuh tahun lepas, tak sampai pun setahun dah 2 kali kong. Selalunya bateri ada warranty setahun, saya pun pe lagi carilah resit. Selalunya saya simpan tapi ntahlah mungkin sebelum ni tak pernah berlaku cam gini. Yg paling best saya siap cari dalam kereta, dalam laci, dalam kotak dan akhirnya saya mengemas semua tempat2 yg saya cari resit tu, nak jadi ceriter, kalau tak liat nak kemas hehehe. Tapi mujur kat bateri tu sendiri ada letak tarikh bateri di beli, no tepon kedai yg saya beli jadi sedikit sebanyak leh jadi bukti bateri tu ada masalah dan ada warranty. 
Lunch suami saya balik dgn Yanto, ambik bateri untuk pergi caj, pukul 2 suami saya datang balik, bawak bateri lain, saya ingat dia beli baru, rupenya pinjam cina kedai bateri tu, sbb bateri kami dia nak buat kajian tengok berapa lama boleh bertahan selepas penuh caj! Sebenarnya selain saya nak beli sayur saya plan jugak nak beli mknn tgh hari saya kat luar, bila dah jadi camni takde lain dalam fikiran saya selain nak buat mi goreng sedap! Tapi itulah bila dah dinama rezeki, suami saya bagi nasi bungkus yg dia beli dari kwn kilang, siap bayar utk seminggu hehe, dia kata sedap, mmg pun, walaupun cuma nasi kosong dgn sambal ikan tongkol dan timun sekerat dua, saya mkn sehingga menjilat jari. Kali kedua dia balik ke rumah hantar bateri dia siap menjenguk ke meja makan tanya, nasi bungkus tadi dah makan! Sebab lunch tu dia kelua ngan Yanto, dorang pun pe lagi mkn kat luar ler. Tapi itulah, bagi mknn kat isteri yg tgh lapo, walaupun bungkus mcm bungkus rambut baru lepas potong tapi kalau dah lapo, tak sampai sejam tinggal dah clear hehehe


Kali ni saya masak ketam bercili, beberapa minggu lepas saya masak kari ketam. Tapi kali ni saya ikut sikit resepi Chef Wan, goreng dulu ketam yg sudah di gaul dgn garam, sos tiram, telur dan tepung jagung!

Gambar ni sajer saya ambil secara dekat, dekat bahagian isi sbb nak bagi sesiapa yg tengok terliuk hehehe

Mula2 tumis serai yg dititik, halia yg dihiris, daun limau purut dan cili kering blender (sudah bercampur bwg merah dan bwg putih), tumis sehingga garing, gunakan balik minyak yg digunakan utk menggoreng tadi. Kemudian masukkan karot yg sudah di potong2, kalau nak letak sayur lain pun boleh kalau tak nak pun boleh (saya letak sbb nak abiskan karot yg tinggal separuh hehe), garam, gula dan kiub ayam. Selalunya saya tambah cili api yg dilenyek utk memedaskan masakkan ni, tapi hari ni saya sajer buat dia kurang pedas. Sebelum masukkan ketam yg sudah di goreng tadi, masukkan sos tomato dan sos tiram utk lebih rasa. Sebab tadi saya cuma goreng utk mengeringkan ketam, mungkin di bahagian dalam tak berapa masak (sepatutnya deep fry, tp sbb saya nak kurangkan penggunaan minyak, saya cuma goreng utk menggaringkan bahagian luar jer). Selepas masukkan ketam tadi, gaul sama rata dgn perlahan2, masukkan air sikit dan tutup kuali sekejap (bertujuan utk memasakkan bahagian isi, kalau kurang masak, isi akan melekat pada cengkerang). Last sekali sebagai hiasan taburkan dgn daun sop.


Seperti biasa kalau makan nasi kuah kurang, kami akan makan bersama kicap, dan sendiri mau ingatlah, mmg penuh perasaan makan, nasi bertambah, tapi masih ada lagi tinggal kat kuali utk mkn tgh hari esok!

Hijrah

Semalam buat pertama kali selepas 3 bulan saya hanya bekerja di rumah, saya ke tempat kerja lama atau lebih tepat tempat kerja suami saya hehe. Dan saya sgt2 gembira hari ni sbb saya dapat berita yg paling menggembirakan yg saya tunggu setelah sekian lama, saya akan mula bekerja di negara org tidak lama lagi, arios Malaysia. Tak, bukan saya tak suka dgn Malaysia, inikan tempat tumpah darah saya takkanlah saya nak tinggalkan macam tu jer, lagipun semua saudara mara dan sahabat handai ada kat sini, tapi sesuatu yg saya idamkan sekian lama, berhijrah utk mendapat kehidupan yg lebih baik......walaupun cuma 2 jam saya di sana tapi terlepas rindu saya dgn tempat kerja lama dan bekerja seperti org lain, berjumpa dgn kwn2 lama, best!!!!


Tapi bila balik rumah, saya dan suami saya tiba2 jadi pening, pandang sekeliling rumah, bukan apa, tgh fikir caner nak pindah sok, dgn brg2 yg banyak fiuh.....sib baek, hari tu adik beradik saya dah tolong kemas sikit2 (byk gak), kalau tak mati saya nak kemas berdua. Malam tadi Pah belanja makan malam kat tmpt Char Kue Teow sedap sebelah Petronas peramu tu, ada dia ckp kalau nak mintak tolong cakaplah, dia bleh tolong tapi dlm masa yg sama dia ckp esok saya nak pergi kuantan tidur rumah makcik, lepas tu ahad nak kerja sampai malam, mgg depan plak nak pergi KL, kenduri cukur jambul anak najib!!! Pah2 saya akan merindui dia. Sudahnya saya fikir baik saya kemas sendiri jer bermula senin nie, sambil2 tu saya suruh suami saya cari kotak, plastik letup2 hahaha, utk bungkus brg2 kaca yg saya nak bawa kesana nnt dan usya2 lori Issagami, mana tau leh tumpang, sekali bawak jer. Kalau lori 3 tan, mau dua tiga trip mampus nak bayar......OK hari isnin 5S rumah, mana yg boleh simpan dalam plastik, simpan dulu. Saya ingat baju2 dan cadar saya nak bwk ke Klang jer, bukan apa risau nnt simpan rumah mak mertua saya, abis digigit tikus, mak mertua saya siang2 dah ckp hehe. Pening2, kalau rumah baru saya dah siap, kan senang boleh saya letak jer kat situ, sewakan rumah tu dgn brg2 skali, tapi ikut kata developer tu bulan 5 pulak, nampaknya saya kene balik lama sikit bulan 6 ni, selain perkahwinan adik saya, saya boleh uruskan rumah baru dan cari penyewa.


Ermmm.....saya dah kene mula buat list barang2 yg ada di rumah ni, dan asingkan mana yg saya nak letak rumah mak mertua, mana yg saya nak letak kat rumah abah di Klang dan mana yg saya nak bawa ke sana!

Thursday, 24 March 2011

Pasar Malam atau Pekan Sari

Semalam saya pada mulanya nak masak ikan bakar dgn sop sayur tapi last2 beli makanan siap kat pasar malam jek! Pasal tajuk hari ni, mmg dari kecik saya panggil pasar malam, walaupun dia mula petang hehe, tapi sejak saya tinggal di Pekan, saya dgr org panggil pekan sari, saya tak berapa ambik pot sgt pada mulanya, sehingga mak mertua saya dok ckp beli kat pekan sari simpang muazzam! Pada fikiran saya ada pasar tani kat simpang muazam tu, last2 barulah saya tau, org sini mmg panggil pasar malam, pekan sari...klaka, slow betul saya ni! Pagi tu saya tengok citer glee lagi tapi season 1, saya tak sangka ada jugak isteri yg sanggup berpura-pura mengandung konon untuk menyelamatkan rumahtangganya, last2 bila suami dia dapat tau, berpisah!!!! Sia2 jer, itulah bende2 ni jgn buat main2, walau untuk sebab apa pun, elok2 hubungan tu boleh ok jadi hancur. 


Hari ni saya nak cerita pasal pasar malam tapi sebelum tu semalam saya berjaya mengemop dapur yg dah beberapa hari saya plan hehehe. Lepas tu saya kumpulkan design2 t-shirt utk saya tunjukkan pada Stephan hari Jumaat ni, owh ya saya sebenar rasa lega sikit, harap2 penantian saya akan berakhir, petang semalam Stephan call saya beritau dia nak jumpa saya di opis MBM bersama Peter Siedl sambil2 tu tgk brg2 yg kami nak bawak ke Thailand. Cepatlah sikit saya dah tak sabar nak kerja (back to action), selalu dok asyik dengar criter Pah ngan Ita jer geram gak, sbb tak dapat main peranan. Sebenarnya saya rindu dgn suasana kerja, terutama kerja di ATSM dulu, rindu nak gaduh masa meeting, rindu nak tengok muka org buat salah hahaha, rindu dgn keadaan pressure dgn auditor masa audit, dan paling rindu nak makan kat pantry dgn ita dan pah, pahtu ulas balik berita TV3 sambil nyumpah2 hehe


Pasal pasar malam, semuanya sbb criter Kemboja Putihla, pada asalnya saya plan nak beli bahan2 utk buat ikan bakar dgn sop sayur di sana, tp bertukar menjadi beli mknn dah siap hehe. Saya nak tengok sampai abis gak citer tu, yg abis pada pukul 5.30, kalau plan nak masak saya akan pergi kul 5ptg makne 1/2 jam saya miss! Nak tgk malam, mungkin ada criter yg best, teruk btul Ernie. Selepas berbincang dgn suami pasal nak beli mknn apa kat pasar, kami sepakat nak beli nasi ayam berempah. Tapi malangnya, sampai kat sana saya tetiba jadi keliru, rupanya gerai nasi ayam berempah yg biasa saya beli tu ada kat depan skali, row tgh2, tp cam kosong, saya hampir2 nak jalan belah2 gerai sayur plak, rupenya ada 2 gerai kat situ yg tak bukak! Alamak camner ni, takpe jgn panik, cari alternatif, selalunya saya ada contingency plan tapi hari ni saya takde....Saya pun berjalan2 sambil jeling2 kat gerai peneram, sate (hari ni saya taknak beli), nasi ayam (ada dua tiga gerai, yg mana ek!). Dekat hujung ni ada gerai nasi ayam yg nampak best, ayam dia besar, takpe jalan dulu tgk lauk plak. Aiseyman besarnya udang galah ngan ketam biru nie, takde dlm agenda, saya cari ikan kembung, tp yg ada cuma ikan pelalin jer. Tapi ada satu gerai ni ikan selar kuning dia nampak fresh, boleh lah.....Dan tanpa berfikir lebih lagi saya terus pusing ke kedai nasi ayam tadi, beli dua kemudian beli murtabak daging, kene tunggulah plak. Dah naik 3 hengget wa ckp lu murtabak!, dulu 2hengget setengah jer....


Selepas dapat apa yg saya fikirkan, saya terus ke gerai air abg koboi, nak beli air kelapa. Sebelum sampai ke gerai tu saya lalu dkt gerai ikan bakar, dah lama saya tak beli, tapi hari ni saya tak rasa nak beli, ramai betul org kat sini, tiba2 saya tgk gerai tu dah jual nasi kukus, tp yg mula2 saya nmpk ayam berempah dia, sama mcm ayam berempah nasi kukus yg saya beli di pasar malam kuantan. Chisss bila masa plak org ni jual nasi kukus, napelah saya tak jalan kat sini tadi dulu, kalau tak mesti saya dah beli nasi kukus ni, nasi dia nmpk lembut, tak sedap lain criter janji try dulu!!!! Dah takde rezeki nak wat caner, lain minggulah jgn mgg depan dia tak jual udah, mcm gerai pizza....Last skali saya beli ayam goreng dua ketul dgn hati ayam singgit, mana tau kurang ayam nak mkn nasi ayam hehe


Sebelum pg pasar malam, saya terkejut gila bila nampak siput babi dok tgh berusha panjat kereta saya kat cermin depan dah nak sampai bumbung kereta dah, ntah bilalah dia start, pagi tadi takde rasanya. Dulu masa Pekan banjir teruk, suami saya ada ckp, kalau siput babi panjat pokok tinggi2 makne nak banjir. Lepas tu masa siram pokok ptg tu saya nmpk siput babi panjat pokok lidah buaya plak, tapi kat pokok daun pandan dia ada kat bawah plak, jatuh kot! Saya mula fikir bukan2, ialah jepun baru jer dilanda tsunami beberapa mgg lalu, risaunya saya, ujan plak sebelum ni tak berhenti2, tapi hari ni tak hujan plak, cuma mendung sesekali. Tapi yg paling best bila saya ceriter kat suami saya, dia kata sebab kereta tu dah lama tak kene air (dia suh saya basuh!), jadi mungkin siput babi tu rasa selamat kalau duduk atas kereta saya, x kene air hahaha. Mungkin saya jer yg risau tak tentu pasal, xde apa2 lah, insyallah.


Semalam suami saya balik lewat sikit, saya agak dia mesti pg pasar malam, mmg betul, balik2 dia bwk sebungkus ketam (yeye), taufa gula merah dan kuih peneram, saya punya suka sbb saya mmg dah plan nak beli kuih peneram 5 hengget tadi, tp saya lupe, mgkin sbb saya tak bwk beg, tgn plak dah penuh....I love u lah! Ptg tadi saya ada sms mcm2 kat suami saya psl pasar malam, termasuklah ketam biru dan udg galah besar tadi, x sangka plak suami saya boleh singgah, dia kata nak jalan2 tgk, tp paling best dia beli ketam...love u lagi!


Malam tadi tgh syok2 tgk citer Valentines Day, Bob dtg, suami saya kata dia masih berminat nak beli mesin rumput suami saya, yelah mesin tu pun baru lagi, guna pun beberapa kali jer, daripada simpan jer kat umah mak atau abah bila kitorang bertolak sok, baik jual. Lagipun suami saya dah bg projek2 dia kat Bob, kalau takde mesin dan harap mesin org lain susah gak, baguslah boleh gak Bob buat2 nambah duit, OT pun kurang ya Bob...
Tgh hari semalam, pukul 1 saya tgk criter Glee musim kedua, episod malam smlm. Sejak kerja di rumah, saya dah sampai hafal siaran ulangan ceriter yg saya gemari. Kalau tak dpt tgk mlm tu saya akan tgk siaran ulangan hehe. Lepas tu saya plan nak call adik saya, aya tanya psl ending criter Hero Kg, cerekarama mlm sabtu lepas, boleh saya tertidur 10 minit sebelum abis, ngantuk tul. Yalah kebetulan suami saya takde malam tu, pg kuala pahang, nak amik gambar kawannya mancing katanya. Kalau suami saya ada, dia tentu dah kejutkan awal2 hehe. Selalunya aya tak tgk tv sgt sbb di conquer oleh kakak saya hehe, tp sbb dia da masukkan dlm fb kata yg criter ni klaka, saya agak dia mesti tgk criter ni sampai abis. Punyalah nak tau camner ending, dan paling best aya criter dgn semangatnya hehe. Sambil2 tu saya tanya pasal anak sedare kesayangan saya, chacha. Aya criter hari tu dia suruh ayah dia call atuk (abah saya), tp kebetulan abah takde kat rumah jadi dia hanya bercakap dgn ucu (aya), bila ayah dia suruh tanya "ucu dah makan?", dia tak tanya tp jawab, "dahhhhhh", bila ayah dia suruh tanya, "ucu mkn apa?", dia tak tanya lagi, tapi dia tolong jawabkan, "acik toyo", maknenya nasi dgn telur.....hahaha, sbb tulah saya selalu rindu kat dia, sbb dia kelaka, mmg rindu sgt!  


Dan sepanjang petang tu, aya asyik call saya mintak pendapat pasal anak tudung, dah dpt dlm web anak tudung yg dia cari, takde stok plak. Sebab saya pun free, so saya pun tolong2 dia cari web yg berkaitan dgn anak tudung, mana tau ada rezeki, ada stok plak, leh beli online. Last skali dkt2 pukul 7, sampai saya terlewat mandi, selalunya saya dah sedia dok depan tv pukul 7 utk tgk criter, begitukah cinta, baru saya dpt 1 web yg saya agak ada stok tudung yg aya nak....harap2 anak tudung yg dia cari ada stok!

Wednesday, 23 March 2011

Poster, Logo dan Paprik

Semalam mmg saya dah plan tak nak pg beli brg utk masak, sbb saya dah beli awal2 bahan utk buat Paprik Ayam hari Isnin. Dan kebetulan semalam hujan tak berhenti daripada pukul 8 pagi. Hari ni saya cuba buat kerja seperti yg saya dah senaraikan, sekurang-kurangnya yg berkaitan dengan kerja komputer. Pagi saya cuma tengok ceriter glee season 1 jer, pukul 9 dah abis. Tapi itulah saya ni kalau dapat bende yg boleh sparkkan saya, saya pasti akan melekat kat tempat tu sampai tak ingat nak makan atau berasa letih. Perkara pertama yg saya lakukan ialah cari contoh poster yg berkaitan dgn kualiti. Paling best saya terjumpa satu web yg mmg ada pelbagai jenis poster yg berkaitan dgn kualiti, bukan itu sajer tp bahan yg cukup menarik, malangnya poster ni hanya di pasarkan di sekitar AS, harga mmg berpatutan. Saya sehingga terfikir nak menceburkan diri dalam perniagaan consultant, dgn membeli poster2, buku2 dan DVD yg berkaitan dgn sistem produksi. Kalau saya dpt durian runtuh saya pasti akan beli, lepas tu jual balik kat Malaysia hehe. Kerana terlalu leka saya hampir terlupa makan, tapi mujur saya terus solat Zohor selepas azan berkumandang, kerana beberapa hari ni saya selalu lewat solat.


Ini contoh poster yg mungkin berguna untuk projek Pah...

 Inilah yg saya katakan tadi, kalaulah saya boleh dapatkan bahan2 ni, saya pasti akan ubah suai dan jual di pasaran Malaysia!


Tengok, caner dorang boleh terfikir nal buat cam gini!


Lepas saya copy apa yg patut, saya cari bahan yg berkaitan dengan ikan utk projek suami saya pulak. Memang alhamdulillah semua menjadi semalam. Saya jumpa web yg ada  beberapa contoh logo yg ada bentuk ikan, mmg cantik, saya copy sebagai rujukkan suami saya nanti. Saya rasa lebih baik kalau suami saya sendiri yg design, sbb dia tentu tau apa yg dia nak! Tapi sebelum pukul 7 malam, saya cuba buat satu contoh logo dgn gambar ikan yg suami saya pilih, x sangka pulak dia teruskan design saya tu, dengan tambah beberapa perkataan dan merujuk contoh yg saya copy awal2 tadi.


Ini pulak contoh logo yg menggunakan bentuk ikan yg saya paling suka....cute!

Inilah logo kelab memancing suami saya, tak tau dah finalise belum, tapi saya rasa dapat feedback yg baik daripada ahli2 yg lain!


Semalam seperti yg saya plan, masak paprik ayam utk mkn malam. Sekarang saya dah start ikut ceriter Kemboja Putih yg bermula pada pukul 4.30ptg hingga 5.30ptg, walaupun saya tau ada ulangan di TV9 pada pukul 8.30 malam tp sebab malam selalunya ada ceriter lagi best, baik saya tengok petang hehe. Ceritanya tentang kemboja gadis kg yg baru berkahwin tapi telah dirogol dan di bunuh oleh sekumpulam pemuda2 kg yg liar termasuk cucu penghulu, sebab saya baru jer tengok, skrg kemboja dalam proses membalas dendam kepada semua lelaki yg menghancurkan hidupnya tu. Tapi paling kesian suami kemboja masih tak dpt terima kenyataan isteri dia dah mati, dia jadi weng2, dan dalam cerita ni seolah2 kemboja masih lagi tinggal di dalam rumah mereka. Hanya suaminya jer yg nampak. Tapi hantu kemboja ada berjumpa dgn kawan baiknya di dalam mimpi utk meminta pertolongan! Best gak jalan ceriternya, tp paling tak best cepat sgt dia abis....Oleh kerana ceriter tu abis pukul 5.30, jadi saya akan mula masak juga pada pukul 5.30, selepas solat asar hik2


Inilah dia montaj ceriter Kemboja putih....


Inilah dia paprik ayam yg saya masak semalam, dulu kalau saya masak paprik, mcm2 sayur saya masukkan tp skrg saya cuma letak kacang panjang dan sedikit karot. Kali ni saya tak tumbuk bahan2 perencah, tapi saya cuma hiris. Hiris bawang merah (byk sikit), bwg putih, halia, daun limau purut, cili api (lenyekkan jer) dan titikkan serai. Tumis bahan2 tadi sehingga naik bau, pastu masukkan sesenduk cili kering blender. Sebab saya terlupa nak keluarkan ayam daripada peti ais, saya masukkan ayam dulu dalam tumisan tadi, letak sos tomato dalam 2 sudu, air sikit, tutup kuali utk mengempukkan ayam tadi. Selepas rasa2 ayam tu dah separuh empuk, baru masukkan sayur kacang pjg dan karot. Letak garam, gula dan kiub ayam secukup rasa, dan akhir sekali tutup api sebelum letak buah tomato. Sebagai lawannya saya buat telur dadar, sedikit kiub ayam, sedikit mayonies dan daun sop.





Tuesday, 22 March 2011

Kari Ayam

Semalam apa yang saya plan semua tak menjadi, cuma apa yg saya tulis dalam list banyak yg dah di lakukan. Saya sepatutnya mop dapur dan vacum rumah seawal pagi, tp last2 saya cuma vacum rumah dan mop lantai yg ada kesan2 taik cicak di ruang tamu dan bilik itupun dekat2 pukul 5 baru mula hehe. Semalam seawal pagi hujan renyai2, mmg rasa malas nak buat apa pun, nak tgk tv pun citer tak best. Tapi saya mengakulah saya update blog dari pagi sampai kul 12, ialah 3 hari nya citer.


Paling best saya beli lauk utk masak pun blah petang, pukul 3, teruk betul! Tapi yg paling saya tension bila internet terlalu slow, saya nak cari bahan utk logo kelab mancing suami saya, saya nak cari bahan utk tolong pah buat poster kualiti dan saya nak cari free download MS Visio (yg ini plak kata free tapi ada letak harga kat software yg nak download tu, tak paham!), tp sebab internet terlalu slow, saya jadi bosan utk download image yg memakan masa berejam dan proses memuat turun yg tak berjaya lansung!!!! Pernah tak anda rasa satu hari yg membosankan, semalam ialah hari bosan saya.....arrrrrh!


Tapi bosan2 pun saya masih lagi boleh menyediakan makan malam utk suami saya. Ntah kenapa dari pagi saya terfikir nak buat kari ayam. Tak sangka pulak, suami saya cerita semalam dia makan mi kari, tapi ayamnya tulang dan leher jer. Dia ternampak kari ayam, ingat nak ambik tapi mesti makcik kantin tu caj mahal punya. Sudahnya suami saya tak jadi amik, mkn jelah mi kari yg tak seberapa tu hehe. Itulah kata org kalau dah sehati sejiwa, walau suami saya tak beritau awal, tp saya dah boleh berfikir bende yg sama, bukan sekali bende ni berlaku, byk kali kami terfikir bende yg sama, terutama pasal makanan.....


Gambar ni saya baru amik pagi tadi, sebab semalam lepas hidang teruja sgt nak makan hehehe. Saya rasa lagi lama saya bekerja di rumah, makin gebu badan saya, xpelah harap2 di Thailand sok saya akan berjaya mengurangkan berat badan. Dulu selepas saya keguguran saya tak makan nasi selama sebulan, suami saya selalu tanya bila saya nak makan bersama dgn dia, sbb dia boring makan sorang. Dah skrg dia tanya saya plak bila nak diet cam hari tu....x paham betul lelaki nih!
Kari ayam  saya ni biasa jer, bahan2nya tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api. Tumis bahan2 yg di tumbuk tadi, bersama daun kari. Rumah saya mmg byk daun kari, sbb seingat saya inilah pertama kali saya tgk pokok kari yg sgt besar. Itulah hasil tgn suami saya dgn kesuburan tanah yg penuh dgn taik ayam secara semulajadi. Dulu ustazah cerita kontraktor Indonesia bela ayam, bila projek dah siap, dorang tinggalkan jer ayam tu, pe lagi ayam tu pun bebas ke rumah2 org. Yg paling feveret rumah saya, sbb rumah saya xde rumput, pasir dan tanah dan pokok2 jer, itu yg dorang suka, lepak2 kat bawah pokok sambil membaja tanah. Masa mula2 saya datang rumah ni, adalah pokok ubi yg hampir nak mati, ubi dia besar gila, org panggil ubi gajah. Saya agak mmg betullah tanah kat umah saya ni subur giler, tapi tgk tangan gak, bila saya tanam, pokok2 tu hidup tapi kecik, bila bapak saya tanam barulah pokok tu membesar dgn besar hahaha dan bila suami saya tanam, semua menjadi. Tanam pokok betik, bukan sajer tak berhenti berbuah, tapi buahnya sedap dan manis, siap ada jiran yg tak kenal tebalkan muka mintak sebiji hehehe. Tapi kami mmg selalu bagi org mgkin sbb tu buah tak berhenti. Tapi selepas beberapa ketika suami saya tebang pokok betik tu sbb dia kata dah tua. Dia tanam pokok betik lain, jgnkan nak berbuah, tp tak besar2, bantut! Dulu suami saya tanam apa pun berbuah dan berbunga lebat, seperti pokok cili. Sekarang pokok2 tu membesar tapi tak pernah berbuah dan tak berbunga. Dulu pokok daun pandan rimbun sgt, suka org tgk, lepas suami saya buang, dia tumbuh halus2 jer, pokok limau purut, limau mandarin, buah naga, lengkuas, serai, misai kucing membesar mmg membesar, tapi daun jer, buah lansung takde, bunga plak hidup segan mati tak mau! Pokok kari tadi anak bersepah2, sbb dia tumbuh dari akar tapi daunnnya buruk sbb byk ulat....dan tiba2 bertahun saya tak pernah nampak ayam yg selalu lepak di halaman rumah saya, yg mengganggu ketenteraman sy pagi2 buta, mgkin dah jadi korban, ialah ayam liar. Tapi beberapa mgg lepas tiba2 ada beberapa ekor ayam lepak di rumah saya. Pelik gak selepas beberapa tahun menghilang tiba2 ada balik, ayam siapa nie? Perumahan baru yg berhampiran rumah saya dah setahun org duduk kenapa baru skrg ayam tu di lepaskan, pelik????


Berbalik pada kari ayam saya tadi, selepas tumis bahan2 tumbuk tadi dan daun kari, selepas naik bau, masukkan rempah kari yg sudah di bancuh dgn air. Kacau masukkan garam, gula dan kiub ayam, kentang dan sedikit air, tutup periuk utk mengempukkan kentang. Selepas pasti kentang telah separuh empuk masukkan ayam yg telah di bersihkan, gaul sehingga sebati. Saya tak tau apa yg saya fikirkan, saya tak beli santan padahal dua tiga kali saya lalu di tempat santan diletakkan di pantai selamat dan saya memandang kotak santan sambil berfikir, hari ni saya akan masak sesuatu yg tak pakai santan, mengong! Tapi mujur saya ada beli santan serbuk, yg mmg saya beli hari tu utk contingency plan. Bagus tak plan saya, saya hanya menggunakan separuh jer serbuk santan yg berbau pandan tu, tp kari ayam saya ttp sedap, alhamdulillah.


Selain daripada tu, saya mmg ada simpan 3 ketul ikan keli yg sudah di gaul dgn garam dan kunyit. Goreng ikan keli tu sehingga garing, tp jaga2 sbb dia akan meletup2. Satu padanan yg baik, kari ayam dan goreng ikan keli.....nyam2. Semalam saya masak nasi 1 1/2 pot (pot periuk nasi) selalu saya boleh simpan sikit utk mkn tgh hari saya, tp smlm nasi habis, suami saya mmg bese bertambah, saya pun sama...mmg smlm lapar sgt!

Monday, 21 March 2011

Masak Lemak Cili Api Keli Bakar, Hikayat Merong Mahawangsa dan Nasi Kukus

Fiuh, ada 3 hari punya cerita saya nak cover ni hehe, walau sebenarnya banyak bende saya nak buat, buat pertama kali saya listkan apa yg saya nak buat hari nie. Tapi yang paling penting saya kene update blog, ia dah jadi macam rutin seharian saya, pelengkap hari saya atau diari hidup saya!


Bermula dgn makan malam hari jumaat, hari jumaat suami saya tak ot sbb sabtu dan ahad dy akan ot, so kalau petang jumaat saya akan ajak suami saya pg minum ptg di kedai mamak atau jalan2 cari makan. Tapi biasanya saya akan kalah dgn hobi suami saya, memancing. Dia siap ckp ptg jumaat nak ajak saya jalan2 dan memancing....duhh, not in my list pg memancing, tp bukan saya x pernah pg ikut dy, sampai pukul 2 pagi pun ada, memancing di benteng, kuantan atau nama sbnr taman esplanade. Bukan dapat ikan pun, tp itulah kalau org dah minat, siap buat kelab lagi, "lentur team", dan paling best saya yg kene design utk logo kelab dia!!!! Berbalik pada mkn malam saya di malam jumaat, saya mmg suka pergi pasar jumaat depan umah 500, tp setiap kali juga suami saya ajak pg makan jer di restoren. Lagipun malam tu final raja lawak. Dan selalunya saya akan ajak mkn char kue teow, tp malam tu kedainya tutup, mgkin org kedai tu ttp kedai sbb nak tgk raja lawak kot hehe. Kami pun pergilah tempat kedua dlm list, CT Sop Ayam Kg atau A.K.A Keluarga Bahagia. Saya order kue teow tom yam manakala suami pula order nasik goreng kerabu...kat sini tom yam dia paling sedap di Pekan, pd pendapat sayalah!


Hari Sabtu hari yg paling bz buat saya, suami yg sepatutnya ot, pening kepala pulak pagi2, jadi tak dapatlah ot, dia sambung tido, sakit sangat kepala katanya. Saya yg mmg plan nak pg pasar tani/pagi, pada mula nak pg awal pagi tp terkandas kat depan TV, padahal dah pernah tgk citer tu, tp sbb dah lama, hampir lupa, saya tgk lagi. Bila tgk cuaca di luar, mcm panas, kalau saya pg lewat buatnya makin panas, terbakar kulit hehe, sudahnya saya keluar pukul 9. Saya ingat nak ajak suami, tp kesian pulak, tgk tidonya lena, pahtu nak keluar sekali dgn pah, dy kata nak pg pukul 9 gak. Takpelah kalau ada rezeki jumpelah dy kat pasar. Sampai mujur tak byk kereta, saya parking belah dalam dekat dgn pasar tani. Saya fikir nak tangkap sekor ayam pencen, masak apa lain citer, sok2 fikir. Tapi xde pulak, cuaca yg tadi panas jadi mendung, hari tu saya ada plan nak buat pajeri terung, tp bila nmpk gerai ikan keli, baru tgk gerai dah terfikir nak masak lain. Malang lagi, keli kecik xde plak, yg ada keli besar tp dah siap potong2. Saya pg belah jual2 sayur, takde yg menarik, tp pelik nape takde org mintak derma sekolah ugama hari ni!!! Cuti kot hehe. Tapi tiba2 saya terus buat keputusan nak buat masak lemak cili api ikan keli bakar, besar pun besarlah, cari pucuk paku ngan kelapa parut. Selalu kelapa parut harga singgit, tp ada plak tanda harga kat plastik bungkus tu singgit pat posen, pandai betul makcik ni nege, yelah kelapa dah mahal!!!


Lepas siap beli saya terus ke kedai suratkhabar, beli Kosmo/Sinar harian, ternampak plak cina jual suratkhabar tu pakai baju uniform mcm suami saya punya, Hicom daa....hehe. Lepas simpan brg2 beli tadi dalam kereta, saya bergegas ke pasar pagi, sbb saya ada misi hari ni, beli tudung kakak ipar saya kirim. Sbb dy dah bg contoh dan bagi duit terpaksalah beli. Pusing2 sambil2 tu usya tudung sendiri dan brg2 lain yg dah saya survey beberapa mgg lepas. Akhirnya saya berjumpe dgn tudung yg di kirim, tp warna dy agak cerah sikit, takpelah kalau nak cari yg lain mmg sama ada nmpk serabut atau mahal sgt. Saya usya jugak kedai tudung yg saya aim beberapa mgg lepas, tp saya tau harga dia mesti mahal, cuma saya berkenan sbb dy ada corak yg memenuhi citarasa saya. Saya tanya harga, 40 hengget dia kata, mak oi mahalnya, tp mmg cantik dan berjenama. Saya terfikir di kepala, kalau dpt durian runtuh ni, mau saya beli 10 helai hehe. Tapi sudahnya saya beli tudung yg saya tak plan utk beli, harga pulak boleh tahan, saya beli 2 helai, paten baru katanya.




Sebelum balik saya sempat cari tudung kosong dan anak tudung di bahagian luar, jumpa pulak dgn kak ani, saya tgk Rayyan semakin comel, dorang baru jer sampai. Tapi saya tak beli apa2lah, terus ke kereta dan balik. Dan sampai sudah juga saya tak jumpa pah, mcm bese! Dlm perjalanan hujan turun, dan semakin lebat bila saya sampai pantai selamat. Kesian kak ani n family, hujan pulak! Saya mmg plan nak pg p.selamat tp saya lupa nak beli apa. Payung dlm kereta yg paling besar, sempat saya basah sebelum dpt bukak payung tu hehe. Masuk dlm saya beli barang2 yg saya rasa perlu tp saya ttp tak ingat barang apa yg sepatutnya saya beli. Balik rumah, suami masih  tido, saya kejutkan bangun, makan ubat, saya dah beli active fast, 100 plus dan vitagen sbb dia kata dlm badan byk angin, susah nak membuang. Saya terus pg siap2 bahan utk masakkan. Tapi tgh siap2 brg utk masak, baru saya teringat saya sebenarnya nak beli sos cili!


Ini resepi mak mertua saya, sebelum ni seingat saya saya tak pernah makan ikan bakar masak lemak, rasanya arwah mak saya pun tak pernah masak. Mula2 saya gaul ikan keli tadi dgn garam dan kunyit. Selepas tu saya bakar atas dapur gas jer. Kalau mak mertua saya bakar atas dapur arang dan guna arang sendiri (tempurung kelapa yg di bakar sehingga menjadi arang, mak mertua saya kata arang yg beli tu ada campuran kimia, tp saya tgk mak mertua saya bakar tempurung guna petrol, sama jer kot hehe). Tak kesahlah janji syaratnya kene bakar sehingga lagi elok bila ada kesan2 bakar, yg hitam2 tu, jgn bakar bubuh petrol sudah hehehe. Tapi saya sbnr rasa ikan keli atau yg sewaktu dgnnya ni elok di bakar atau digoreng sbb dia ada byk lendir dan kalau tak pandai masak, akan berbau hanyir. Dan sebelum tu pastikan anda basuh ikan keli dgn tepung gandum utk membuang lendir2nya. Lagi satu suami saya baru ingatkan, di bhgn ketiak ikan keli hahaha, bawah sirip ada satu mcm biji kemerah-merahan yg mesti kita buang sbb bende nilah yg akan membuatkan ikan tu berbau hanyir.

Ini lah masak lemak cili api ikan keli bakar yg sudah siap di masak tunggu utk di makan sajer hehe. Bahan2 memasaknya sama seperti masak lemak cili api biasa. Tumbuk bwg merah, bwg putih, cili api mengikut tahap kepedasan masing2, saya letak 15 biji cili api, dan sedikit lengkuas. Saya x pasti kenape nak letak lengkuas, tp mgkin ada kene mengene dgn jenis ikan yg di masak (mak mertua saya yg ajar). Kemudian tumis bahan2 yg ditumbuk tadi, selepas naik bau masukkan ikan bakar tadi, gaul sehingga sebati dan selepas itu barulah masukkan santan. Seperti biasa masukkan juga bahan perasa, garam gula dan kiub ayam. Saya masak guna periuk tanah liat, lagilah ummmph. Jgn lupa pucuk paku rebus utk di jadikan ulam, lainlah kalau ada org yg mkn mentah2!!

Suami saya puji masakkan saya seperti masakkan mak dia, mmg berselera dy mkn, pening pun hilang. Lepas berehat sekejap suami ajak saya pg tgk wayang, esok nak memancing katanya. Saya ada plan nak ajak dia tgk wayang hari ahad, sbb awal2 dia ada kata dia tak ot. Saya pun oraitlah janji dapat jalan2 hehe. Sebelum wayang bermula kami ada byk masa, pe lagi pg usya2 lense kamera, sambung balik gelang emas saya yg terputus, ketatkan cermin mata saya (cina tu kata kalau tukar getah pun dia akan longgar selepas beberapa mgg sbb lubang pada cermin semakin besar) dia suruh tukar cermin, tapi saya plan nak buat lain, takpelah lain kali, akhirnya kami pg minum di food court, suami saya mkn wafer strawberi saya mkn kaya ball dan roti bulu (hahaha mak mertua saya yg bagi nama tu, sbb atas roti tu ada serunding mcm bulu). 
Cerita HMM ni mmg best, salute dgn KRU sbb mampu buat filem sehebat ini, syahbas. Tetiba teringat buku sastera arwah mak, Hikayat Merong Mahawangsa, saya pernah baca tapi dah lupa lansung ceritanya. Tak sangka KRU boleh terfikir utk membuat filem adaptasi drpd hikayat ni. Saya tak pasti kebenaran cerita ni, tp kalau tengok pada jalan cerita seolah2, Merong Mahawangsa adalah asal usul raja2 melayu di sekitar Asia Tenggara ni, wallahualam!
Selepas menonton tak rancang pun nak pergi mana, tapi suami saya ajak pergi pasar malam Kuantan, seingat saya sebelum kawin kami pergi sekali jer. Ada beberapa peniaga kami kenal sbb mereka juga berniaga di pasar2 malam di sekitar Pekan. Di sini juga ada pengutip derma utk mangsa tsunami jepun. Bukan sajer tu, ada juga org buta, org tua takde kaki, perempuan bersama anaknya yg meminta sedekah. Kami mengagih2kan duit kepada semua, sedekah. Last sekali kami beli nasi kukus ayam utk makan malam, sebelum tu suami saya ajak makan di sebelah bengkel Yanto, kawan suami saya. Tapi tiba2 pening suami saya dtg balik, tak kesahlah lagipun kat pasar ni nasi kukusnya nmpk sedap gak. Mmg sedap, sebelum ni saya pernah beli nasi kukus masa bulan puasa, tp nasi dy keras, lepas tu saya terus taknak beli. Tak sangka pulak nasi kukus ni lembut, ayam besar, gulai pun sedap cuma masin sikit, dan paling bagus peniaga tu, saya sgt puji sbb saya byk kali jumpa peniaga tak kesahlah jual apa, muka ketat jer, dari kita nak beli terus tak jadi, menyampah! Peniaga ni penat mcm mana pun dia boleh bagi layanan yg baik siap ckp terima kasih dgn kuat lagi, macam tulah nak meniaga.

Sebab malamnya kami mkn kenyang, esok pagi kami bgn lambat hehe. Bangun siap2 nak sarapan, sebab jam dah tunjuk pukul 11 pagi, suami ajak makan dekat kedai bersebelahan IKM, tapak pasar malam hari rabu. Saya order nasi lemak ayam, suami pula roti telur, tapi lepas tu saya menyesal beli nasi lemak, sbb sambalnya berminyak buat saya rasa loya. Ptg sepatut saya pergi yasin rumah pah tapi sbb rasa tak sedap badan, saya batalkan. Saya ajak suami pg makan kat kedai mak su di Tg Lumpur, goreng2 tp kami berdua tertido sehingga pukul 6, mgkin letih sgt. Sudahnya suami ajak pg pasar malam taman maulana, lapa katanya. Sbb tgh hari tadi kami cuma makan mi goreng sedap. Lagi pun pagi tadi suami saya mkn roti telur, mgkin sbb tu dia terasa lapar. Saya pelik suami saya cuma beli keropok dan karipap jer, mgkin dia nak ajak saya makan malam di luar. Rupa2nya dia nak pergi rumah pah, saya tak tau pulak pah jemput budak lelaki waktu malam. Pada mula saya malas nak pergi, tp bila fikir saya nak makan apa mlm ni, saya pun pergilah lagipun suami saya ckp malam ni cuma mkn2 jer. 

Tak sangka pulak, malam ni kami mcm reunion, kebetulan ita pun dtg malam jugak, pe lagi mcm org yg tak pernah jumpa 10 tahun. Tapi sekurang2nya kami tak bergosip pasal org yg sama kami gosip selama ni hehe. Kami byk bercakap psl pengurusan Hicom yg hampeh....hehehe. Ingat nak sekejap jer, rupanya sampai ke pukul 10 malam. Yg best suami ita yg pada mula ajak ita balik, walaupun masa tu dia tgh berborak dgn suami saya, dan masih berborak selepas ita dan anak2 keluar menuju ke kereta hehehe. Seronok dapat jumpa sekali sekala nie, kesian cik pah bila dia tak dpt nak menyertai kami hikhikhik.

Malam tu saya tengok cerita kelaka seram, "cinta peah dan kisut". Cerita dia kelaka tp ntahlah sebelum tido saya boleh terbayang2 pulak, byk kali saya baca ayat kursi utk memastikan saya tak akan bermimpi psl hantu hehehe. Suami saya awal2 dah hanyut.....



Friday, 18 March 2011

Nasi Goreng Udang

Semalam saya buat nasi goreng jer untuk makan malam, sbb pagi2 sebelum suami saya pergi kerja hujan lebat lagi, maknenya kenalah suami saya  bawa kereta dan saya takde kereta untuk membeli lauk hahaha. Tapi seperti biasa saya ada contingency plan, iaitu plan C. Mujur saya ada simpan udang sikit masa buat Tom Yam udang hari tu. Dan saya juga boleh buat telur dadar yg saya dah siap bahan campurannya semalam tapi tak jadi sebab suami saya beli ayam goreng kat pasar malam...fiuh!


Dan seperti biasa, bila saya masak nasi goreng mesti saya lupa nak amik gambar. Tapi saya nak criter jugak macam mana saya masak nasik goreng malam tadi. Seperti semua org buat (org yg biasa masaklah hehe), kita kene masak nasi awal2 lagi, sbb kalau nasi yg baru lepas masak selalunya masih lembab, kalau buat nasi goreng dy akan jadi basah, lembik! Lepas tu sediakan perencah, dgn menumbuk cili seberapa byk mengikut tahap kepedasan seseorang, bersama bwg merah dan bwg putih. Kali ni saya tak masukkan sayur ke dalam nasi goreng saya, sbb dalam telur dadar dah ada karot. Saya guna perencah nasi goreng ayam sri aji (itu jer yg ada dlm simpanan saya). Tumis bahan tumbuk tadi sehingga garing, masukkan udang, sehingga betul2 masak kemudian baru masukkan nasi, gaul sehingga rata dan kering.


Untuk telur dadar pulak, saya criter balik bahan-bahan apa yg saya gunakan. Karot yg siap disagat, sedikit kiub ayam (jgn byk2 nnt masin) dan sedikit mayonies (juga jgn byk2 takut terlembik telur dadarnya), akhir sekali baru masukkan telur, kacau sehingga sebati. Semasa menggoreng walaupun kita pasang api yg sederhana, ia seolah2 tak panas, sbb telur tu tak kembang, jgn tertipu! Kerana kita letak karot, ia jadi berat, sbb tu seolah2 dia tak nampak macam naik. Sebab saya dah tertipu, saya kuatkan api, akibatnya bahagian bawah gelap, nasib saya terfikir nak terbalikkan cepat, kalau tidak mesti hangus hahaha.


Macam mana pun gandingan nasi goreng udang dan telur dadar karot mmg sedap, bukan suami saya sajer yg bertambah, saya pun sama, makan macam 4 hari tak makan hehe

Thursday, 17 March 2011

"The Capture of Green River Killer"

Jangan terkejut dgn tajuk nie...mmglah selalunya saya akan ceritakan tentang apa yg saya masak atau apa aktiviti saya setiap hari. Tapi hari ni saya nak ulas sikit pasal cerita yg saya tonton di HBO semalam dan hari ni. Dia ada 2 episod, mungkin panjang sgt dan byk bende yg nak diceritakan. Semalam saya tengok pun tanpa di rancang, sebab saya rasa mcm cerita pembunuhan biasa, dan saya mula tengok agak lewat sedikit. Tapi saya masih dapat paham apa yg cuba disampaikan.





Cerita ni di buat berdasarkan kacamata salah seorang mangsa, Helen Ramus yg sehingga pembunuh di kenalpasti mayatnya masih belum ditemui. Seolah2 mangsa ini sedang bercakap di dalam fikiran seorang detektif, David Reichert atau Dave. Pembunuhan ni berlaku di sebuah bandar kecil di King County, Washington, AS berhampiran sungai yg bernama "Green River", bermula pada tahun 1982. Sebelum ini saya yakin ramai yg pernah terfikir, macam mana seorang gadis boleh terjebak di dalam kancah pelacuran. Tapi saya juga yakin kebanyakkan nya berpunca daripada latar belakang keluarga. Opss itu tak bermaksud kalau org yg berlatarbelakang keluarga yg kaya dan berpengaruh tak mungkin terjebak, semuanya bukan disebabkan kemiskinan tp disebabkan bagaimana institusi keluarga itu berfungsi. Helen lari dari rumah kerana tidak tahan dgn penderaan yg dilakukan oleh teman lelaki ibunya. Manakala ibunya pula bukanlah seorang ibu yg bertanggungjawab, dy lebih rela kehilangan anak drpd kehilangan teman lelaki. Helen memilih untuk menjadi pelacur jalanan, yg baginya amat mudah utk memperolehi wang. Helen hilang selepas dia menaiki trak pikap seorang lelaki yg tidak dikenali untuk mengejar trak pikap lain yg disangka milik pembunuh!

Helen memulakan kariernya selepas beberapa mayat wanita yg dilapurkan hilang ditemui, jumlah yg lebih daripada 30 org. Kesemua mangsa dikenal pasti sebagai pelacur atau gadis yg lari dari rumah. Selama penyiasatan dilakukan, Detektif Reichert atau Dave, menghadapi pelbagai rintangan termasuk hampir memporak perandakan rumah tangganya dan hampir bergaduh dgn semua anggota polis yg terlibat. Dia terlalu obses dengan kes ini, walaupun telah berjumpa dgn beberapa bukti namun kerana pada tahun 80an, teknologi DNA masih dalam kajian, kesemua org yg disyaki terpaksa di bebaskan. Namun penyiasatan masih tetap diteruskan walaupun tidak mendapat kerjasama kapten yg mengambil pendekatan mudah dgn menutup kes kerana bukti yg tidak mencukupi untuk membawa kepada pembunuh sebenar. Biasalah org atasan, senang jer kerja, tak jumpa bukti, tutup jer kes! Sehingga akhir hanya tinggal Dave dan seorang anggota polis wanita yg masih tetap yakin pembunuh masih bebas dan bukti masih boleh diperolehi.
Dalam situasi yg hanya tinggal 2 org tenaga kerja untuk menyiasat kes ini (kurangkan penggunaan duit rakyat utk menyiasat pembunuhan pelacur), Dave di naikkan pangkat sebagai Kapten dan secara halusnya untuk mengeluarkan dia dari terus menyiasat kes yg tiada kesudahan ini (anggapan org atasan). Sehinggalah pada tahun 2001, DNA di gunapakai dalam setiap siasatan yg melibatkan pembunuhan untuk mengenalpasti mangsa dan pembunuhnya. Dave sekali lagi membuka kes bersama rakannya yg setia, mujur mereka menyimpan DNA yg di ambil pada 4 org mangsa yg di temui untuk di kenalpasti. Kesemua DNA itu sepadan dengan pembunuh yg di syaki, Gary Ridgway, seorang pengecat trak. Dave pernah mendapatkan waran untuk mendapatkan bukti di rumah Gary pada tahun 1987 termasuk mendapatkan DNA Gary, tetapi tiada apa yg dapat dikaitkan dgn pembunuhan itu. Walaupun bukti seperti jadual penggunaan trak yg berlainan di perolehi. Tetapi itu tidak membawa kepada bukti untuk menyabitkan Gary sebagai pembunuh yg dicari. 
Tetapi malang sekali lagi selepas peguam Gary berjaya membebaskannya dari tuduhan dengan alasan DNA yg diambil untuk di kenalpasti sudah berusia hampir 2 dekad, mungkin kepadanan yg diperolehi adalah silap. Namun ini semua tidak mematahkan semangat Dave utk terus mencari bukti, lebih2 lagi bila semua siasatan lama menjelma kembali di ingatan. Helen pernah hampir menjadi mangsa dan memberitahu dy mencakar pembunuh di bahagian lengan dalam keadaan gelap dan tidak dapat mengecam wajah pembunuh. Dave pernah berjumpa Gary di rumah dan perasan seolah2 Gary cuba menutup lengannya tp tdk mensyaki apa2 kerana pada ketika itu trak pikap yg ada di rumah Gary adalah menyerupai trak pikap yg digambarkan Helen. Dan yg lebih menyakinkan Dave tentang Gary adalah pembunuh sebenar selepas, pertemuan Dave dgn pembunuh bersiri, Ted Bundy yg pada ketika itu akan menjalani hukuman mati terngiang di ingatan. Ted bersedia membantu Dave dengan memberi gambaran pembunuh yg dicari Dave mengikut perspektifnya, bahawa pembunuh adalah seorang yg mmg tidak menyerupai seorang pembunuh, seorang yg berkeluarga, menyayangi isteri dan anak, pendik kata seorang yg dihormati dalam masyarakat. Dan tidak akan mengaitkannya dgn pembunuhan itu jika hanya dilihat dari paras rupa.
Sekali lagi Dave dapat mengaitkan Gary dgn pembunuhan itu dgn cuba mengenal pasti cat yg di jumpai pada badan 3 org mangsa. Ianya mmg padan dgn cat yg digunakan Gary utk mengecat trak ditempat kerjanya. Dan pada kali ini Gary tidak terlepas, namun Gary hanya dihukum penjara selama 48 tahun atas jumlah mangsa bunuh yg di jumpai, bukan hukuman mati (dan di kali 10 untuk setiap kesalahan gangguan kepada bukti, menjadikannya 480 tahun) tanpa parol, kerana dia memberi kerjasama menunjukkan lokasi di mana dia membuang mayat2 mangsa bunuhnya, keputusan ini dipersetujui oleh semua keluarga mangsa. Dave buat terakhir kalinya, dalam masa 20 tahun sebelum menutup kes, berjumpa dgn Gary untuk bertanyakan beberapa perkara yg  menghantui fikirannya selama ini. 


Gary mengaku, dia seorang yg berkerja pada siang hari dan bekeluarga tetapi bertukar personaliti pada malam hari. Dia akan berpusing-pusing di kawasan pelacur-pelacur jalanan berada tetapi tidak akan mengambil pelacur di hadapan org ramai, sebaliknya dia akan meletakkan trak pikap yg sering bertukar atau bertukar warna di lorong2 dan membiarkan pelacur menghampiri. Mereka akan di bawa sama ada kerumahnya (dia bercerai dgn isterinya selepas isterinya mengetahui dia melanggani pelacur), di dalam trak atau di dalam hutan untuk melakukan seks. Apabila di tanya bagaimana mangsa di bunuh, mangsa akan berada dalam keadaan membelakanginya dan selepas melempiaskan nafsu, mangsa akan dicekik apabila kepala dinaikkan selepas bersetubuh sehingga mati. Mayat mangsa akan di buang yg kebanyakkan berhampiran dgn Green River. Gary juga di bawa ketempat-tempat dia membuang mayat, dan 40 lebih sahaja daripada yg di bunuh dijumpai setakat ini daripada 71 org yg diakui di bunuhnya. Tetapi Gary membuat pengakuan bahawa dia mungkin membunuh lebih daripada jumlah yg di akui yg terlepas daripada pengiraannya. Gary menyatakan dia mmg gemar membunuh, dan membunuh adalah kerjayanya, sekiranya jika dia tidak tertangkap dia mungkin membunuh lagi tetapi tidak sekerap dulu. Dia pernah menikam seorang kanak-kanak 6 tahun semasa berumur 16 tahun kerana ingin tahu bagaimana rasanya membunuh org. Dan dia mengaku kali terkahir dia membunuh adalah pada tahun 1998. Gary juga ditanya tentang kenapa dia memasukkan batu ke dalam kemaluan mangsa, jawapan Gary ialah kerana dia tidak mahu ada org yg mengambil kesempatan ke atas mayat mangsa bunuhnya yg di akui sebagai hartanya. Gary mengaku melakukan seks ke atas mayat2 mangsa bunuhnya!
Semua ini mungkin disebabkan oleh zaman kanak-kanak Gary yg berIQ rendah, sering melihat pertengkaran yg ganas antara kedua ibubapanya dan yang paling memberi kesan adalah dimarahi dan di malukan oleh ibunya di hadapan keluarga kerana masalah kencing malam. Sejak itu Gary menghadapi konflik tarikkan terhadap seks dan kebencian terhadap ibunya.


Selain itu Gary pernah membuat ekperimen dengan membunuh mangsa sambil memandang mukanya yg merayu utk tidak membunuh, mangsa itu adalah Helen. Malangnya dia tidak mengingati di mana dia menanam mayat Helen, walaupun dia tidak akan dapat melupakan wajah Helen semasa di bunuh sehingga akhir hayatnya. Natalie adalah kwn baik Helen yg terputus sahabat selepas Helen mengajak kawannya utk menjadi pelacur tiruan utk mendapatkan wang menyambung pelajaran, kerana kesilapan Natalie di rogol. Helen pernah melaporkan kepada Dave tentang maklumat org yg merogol Natalie yg dipercayai pembunuh yg di cari selama ini. Natalie pernah cuba mencari Helen yg hilang dan hampir menjadi mangsa pembunuhan tetapi selepas melihat gambar Helen, pembunuh menghalau Natalie dan melarikan diri. Apa yg lebih menyedihkan, hampir kesemua mayat yg di temui telah reput, termasuk seorang pelacur mengandung, dimana mayat reput anaknya juga di temui di sebelah mangsa. 


Moral kepada cerita ini ialah pastikan kita menjaga keluarga kita dengan baik, walau susah macam manapun, pastikan perasaan anak2 dijaga dan sentiasa memberitahu yg kita sayangkan mereka. Walaupun kita ada masa silam yg buruk atau kita dtg dari keluarga yg porak peranda, pastikan anak2 kita tidak menghadapi perkara yg sama. Sebab saya yakin apa yg berlaku seperti cerita di atas adalah berpunca daripada bagaimana sesebuah keluarga itu berfungsi!

Sardin

Semalam sebelum subuh hujan baru bermula, sehinggalah suami saya nak pergi kerja hujan masih lebat lagi, jadi suami saya terpaksalah bawa kereta ke tempat kerja. Nasib baek saya mmg ada contingency plan untuk dinnner. Sebenarnya saya plan nak masak pajeri terung dengan goreng ikan tongkol tapi pe nak buat xde kenderaan untuk ke tempat membeli belah kegemaran saya, Pantai Selamat hehehe, tp bila plan A x dpt dilaksanakan, saya kenalah buat plan B! Dalam pantry saya (almari bawah meja TV, hahaha), ada 2 tin sardin, maggie kari dan mi goreng sedap. Kalau nak buat tumis maggie, xde kuah plak, kalau nak buat sambal sardin, semalam saya dah masak sambal tahu, so saya buat keputusan utk masak tumis sardin, kuah lebih.


Lepas tu sebagai lawannya saya plan nak buat telur dadar jer. Selalu saya kalau buat telur dadar letak daun sop, tp sbb daun sop takde saya terpaksa cari alternatif, sbb saya tak suka telur dadar tu nampak kosong. Saya campurkan dgn karot parut, sedikit kiub ayam dan mayonies. Semua bahan2 tadi saya dah siapkan, tinggal nak letak telur, kacau dan goreng. Tapi semalam, sebelum sampai rumah suami saya call tanya nak beli apa2 tak kat pasar malam. Sebenarnya mmg ada dlm kepala nak suruh suami saya beli kat pasar malam, cumanya mcm teragak2 takut membazir, memandangkan saya dah masak nasi dan tumis sardin.


Tapi bila suami saya kata dy tak singgah cuma tanya jer, saya terus ckp "ingatkan ada kat pasar malam", dy paham maksud saya, saya harap dy ada di pasar malam skrg, jadi bolehlah saya kirim hehehe. Lepas dy dgr saya ckp mcm tu, dy suruh saya siap, maknenya saya kene join dy ke pasar malam....gitu plak! Takpelah, pg ajer. Sampai pasar malam, byk kedai tgh siap2 nak tutup, terutama kedai makanan. Saya melilau tgk kalau2 ada kedai piza, xde plak, mgkin satu hari jer dy ada hari tu, bila x dpt sambutan, dy dah tak menjual dah! Jadi mmg xde bende lain arh yg saya fikirkan selain beli sate ayam kakak li akok, hahaha saya x ingat nama kakak tu, kedai dy pun xde banner, yg saya tau kakak tu pernah kerja di Hicom, dulu selalu jumpa kat surau, manakala adik dy pulak bekas pekerja ATS, tmpt kerja lama saya, suami saya panggil dy li akok, bukan sbb dy jual kuih akok atau suka kuih akok tp sbb, dy ada penyakit, yg tetiba keluar bunyi mcm "akok". Saya tau tentang sindrom tu, cuma saya tak ingat pe namanya, sindrom ni pernah difilemkan di US, kesian budak tu sampai dipinggirkan, x phm saya, nape nak pinggirkan, salah ke kalau dy bunyi pelik, lainlah kalau dy jadi ganas tetiba!!!


Melalut lagi saya hehe, bukan apa, saya suka sate ayam kakak ni sbb, sate dy lembut, berbanding sate ayam tempat lain yg keras, kalau org takde gigi boleh hisap2 jer atau kalau org pakai gigi palsu, boleh tercabut gigi palsu dy, walaupun pakai pelekat gigi hahaha, dan saya melalut lagi. Selalu kalau pg pasar malam saya mesti beli air kelapa kat kedai abg koboi, yg juga jual buah jambu, tp smlm suami saya nak beli air soya, tak kesahlah janji ada air, boring gak sik minum air nescafe o panas setiap malam. Ingat nak beli lauk, tp tengok x byk yg tinggal, ada ketam kaler oren, tp suami saya cam tak berminat jer, kalau saya sorang, beli jer...Last skali suami saya beli ayam goreng, 2 ketul peha dan hati ayam singgit (3 ketul). Nak tau, harga peha ayam goreng seketul RM2, umangai mahal betul, xdelah besar sgt pun pehanya. Suami saya ckp pemborong ayam ckp kene naikkan harga, sbb cuaca tak menentu. Pelik kan dorang bela ayam, mcm toreh getah ke, kalau hujan tak boleh menoreh!!! Bukan ayam tinggal kat reban ke dan nak sembelih kat kilang yg tertutup ....... teruk betul dorang ni, amik kesempatan jer, sama dgn kere jaan! Selain tu suami saya beli mangga, mangga ni selalunya lemak manis, kalau mkn macam mkn mangga yg cicah dgn santan campur gula. Tapi yg semalam rasa dy sikit masam, lagi pun masa kami beli, dah tinggal belen2...




Inilah sardin tumis, sebelum kawin, saya x pernah masak tumis mcm ni, kalau ada pun saya hiris cili merah, bwg merah dan bwg putih. Tapi lepas kawin, ini resepi mak mertua saya, sekurang2nya byk sikit pilihan resepi kalau nak masak sardin, xdelah sik masak sambal sardin jek...selain tu sardin jugak boleh di masak kari atau tom yam! 
Kali ni saya nak ceriter mcm mana nak masak tumis sardin ni. Perkataan lain selain tumis, ialah goreng. Mula2 tumbuk cili padi (lg byk lagi bagus, sbb masakkan ni mesti pedas, kalau x pedas rasanya mcm sardin baru keluar dari tin jer), bwg merah, bwg putih dan sedikit halia. Sebelum tu rendam sedikit suhun (sikit jer, byk2 nnt kuah jadi terlampau pekat) dan kupas sebiji dua kentang secara memanjang. Tumis bahan2 tumbuk tadi, letak garam, kiub ayam dan gula. Masukkan kentang dahulu semasa menumis, supaya kentang tu masak. Selepas naik bau, sehingga menusuk hidung dan membersin hehe (api sederhana sajer), masukkan sardin termasuk sos dy sekali, gaul, letakkan air yg lebih, utk mengempukkan kentang dan supaya kuah tidak jadi terlalu pekat selepas memasukkan suhun. Selepas pasti kentang dah masak barulah masukkan suhun, kacau sehingga sebati. Siap!


Sepatutnya lawan tumis sardin ni ialah telur dadar, tp sbb suami saya dah beli ayam goreng, bahan2 telur dadar tadi akan di simpan utk di makan keesokkan harinya hahaha. Suami saya ada juga beli kuih meneram atau peneram, tak kesahlah apa namanya, sbb sebelum ni saya panggil kuih ni "telinga keling"! Mmg sedap kuih yg suami saya beli semalam, rangup dan berisi, selalunya ada org buat rangup tp kering, atau berisi tp berminyak, berbeza dgn yg ini, mmg sedap, dy ada letak no tepon utk tempahan, silap saya tak ambil, takpelah insyallah mgg depan, saya ambik no tepon dy dan beli RM5 huhuhu


Semalam lepas mandi suami saya terus solat isyak, dan saya pulak dok terkial2 menjahit seluar kerja suami saya yg tetas di bahagian pinggang. Biasanya lepas mandi suami saya terus mkn, sbb isyak lambat lagi, tp sbb smlm kami pg pasar malam, lepas mandi sedang elok masuk waktu isyak. Lepas solat suami saya nak makan, dan saya pulak baru nak solat, saya suruh suami saya mkn dulu. Bila tiba saya makan, suami saya dah nak siap, dan dy siap ckp "dah tambah nasi dah", hehehe

Wednesday, 16 March 2011

Sambal Tahu dan Ayam Goreng

Semalam dan kelmarin mmg saya lepak habis kat rumah, lansung tak buat kerja, baik kerja rumah mahu pun kerja "opis", hehe, sik tgk tv jer, tak taulah nape mgkin cuaca yg mendung, tp hangat menyebabkan seseorang tu jadi malas......tp sib baek saya nak masak, buatnya kalau masak pun malas, mmg masalah besar!


Semalam saya tetiba teringat sambal tahu yg adik saya masak dan masukkan dlm FB, so saya dah plan nak masak sambal tahu tp lawannya nya apa ya?? Tak kesahlah, pg jer pantai selamat sampai sana mesti da idea. Dua hari ni saya tgk ramai org ada kat rak ikan, saya agak ini mesti cikgu, sbb sekarangkan cuti sekolah, sebab selalunya xde org pun time2 mcm ni, pukul 11 pagi. Betul pun sampai jer kat PS, saya dpt idea, nak goreng ayam, lama dah tak buat ayam goreng. Tapi itulah sampai skrg saya masih belum dpt lagi ayam goreng yg sedap yg memenuhi citarasa saya, bukan sajer bahan perapan tp cara menggorengnya supaya tak nmpk hangus atau mmg hangus hahaha


Walaumacamanapun saya dah tau cara nak buat masak merah yg memenuhi citarasa saya. Mula-mula goreng bahan yg hendak di buat sambal seperti ayam atau tahu, org kata tak perlu garing2, tp saya rasa baik garing2 sbb bila masukkan dlm sambal tu cuma untuk meratakannya sajer, tak perlu lama-lama.....


Apa perasaan anda bila melihat sambal tahu ni.....dengarlah kata org yg berpengalaman, saya ada 2 org makcik yg mmg terer buat sambal sotong kering, lebih elok kalau makan sambal sotong yg berusia sehari, lebih sedap dan juicy! Dulu semasa saya bekerja di PJ, adalah pasangan suami isteri (pakcik/makcik) jual nasi lemak berlauk, tp saya lebih suka beli mi goreng dy yg basah (baru masak) lepas tu campur pulak dgn sambal sotong kering, ya allah tuhan jer tau betapa nikmatnya....rindu plak, ntah ada lg ke tidak, sbb pakcik tu dah agak tua, manakala isteri dy jauh lebih muda, dan pakcik ni selalu kene marah dgn bini dy, depan org pulak tu sbb pakcik ni slow (tak cium syurga isteri yg marah2 suami kan....), abih dah berumur nak laju caner lagi, siap lari2 saya tgk pakcik tu pg amik barang dari kereta hahaha klaka pulak saya ingat2 balik, atau mgkin pakcik tu nmpk tua sbb selalu kene marah dgn bini!!! Melalut plak saya, tp makcik tu ada ajar saya macam mana nak bagi sotong kering tu lembut, kalau nak masak pagi, rendam sotong kering dari malam lagi, tp biarkan air paip terbuka kecik jer (makne air rendaman tu akan bertukar bila dy penuh dan melimpah), mgkin itulah petua supaya sotong kering tu tak terendam dlm air sama sepanjang masa rendaman. Berbalik kepada cara memasak (masak merah), tumis atau goreng cili kering blender yg sudah dicampur dgn bwg merah dan putih, dlm minyak yg lebih drpd jumlah cili yg hendak di goreng. Ini bertujuan utk menggaringkan cili, selepas tu masukkan garam, gula, kiub ayam. Lagi satu makcik saya kata sambal akan sedap bila letak gula yg lebih, jgnlah lebih sgt cuma lebih drpd biasa. Selepas agak2 cili tu dah garing (cili dah tenggelam dlm minyak yg sudah bertukar merah) masukkan sos tomato, tujuan sos tomato ni untuk memasamkannya, mak mertua saya letak asam keping, tp saya mmg dari dulu letak sos tomato. Letak sos tomato pun lebih dari biasa. Gaul sehingga sebati, dan barulah masukkan tahu yg sudah di goreng tadi, gaul lagi sehingga rata. kemudian hidang, tabur dgn bawang goreng, kalau ada daun sop, tabur jugak!

Ini pulak ayam goreng cubaan resepi yg ke 3 ratus lebih kot hahaha, saya pernah makan ayam goreng makcik saya, saya pernah tanya resepi bila saya buat, x sama dgn yg makcik saya buat. Saya pernah makan ayam goreng kak umi, dulu kedai makan dy dekat tepi sungai, bandar Pekan, saya xdelah resepinya, tp saya rasa manis2, saya agak dy letak gula, saya cuba gak, tak sama seperti yg kak umi goreng, sebaliknya ayam goreng saya hitam! Saya pernah makan nasi ayam kawan saya, Ita, dy kata ayam goreng dy cuma perap dgn garam dan sos tiram, mmg sedap, bila saya cuba sama gak, tak sama! Semalam saya buat eksperimen lagi, saya perap dgn garam, gula, sos tiram yg nak abis, saya campur air, lepas tu saya campur lagi dgn air gula merah. Pagi tu saya goreng lama, tp dlm x masak, sudahnya petang tu saya masak dulu dlm microwave selama 7 minit, pahtu baru saya goreng. Alhamdulillah mmg sedap, saya rasa saya dah tau, mgkin lepas ni saya nak perap dgn garam, sos tiram dan gula merah huhuhu

Semalam suami saya tambah nasi cam bese, tp siap tanya saya nape masak nasi sikit, sbb smlm dy nmpk byk, saya ckp semalam byk sgt, tercungap2 saya nak abiskan keesokkan harinya, so hari ni saya kurang sukatan sikit!