Semalam saya tetiba teringat sambal tahu yg adik saya masak dan masukkan dlm FB, so saya dah plan nak masak sambal tahu tp lawannya nya apa ya?? Tak kesahlah, pg jer pantai selamat sampai sana mesti da idea. Dua hari ni saya tgk ramai org ada kat rak ikan, saya agak ini mesti cikgu, sbb sekarangkan cuti sekolah, sebab selalunya xde org pun time2 mcm ni, pukul 11 pagi. Betul pun sampai jer kat PS, saya dpt idea, nak goreng ayam, lama dah tak buat ayam goreng. Tapi itulah sampai skrg saya masih belum dpt lagi ayam goreng yg sedap yg memenuhi citarasa saya, bukan sajer bahan perapan tp cara menggorengnya supaya tak nmpk hangus atau mmg hangus hahaha
Walaumacamanapun saya dah tau cara nak buat masak merah yg memenuhi citarasa saya. Mula-mula goreng bahan yg hendak di buat sambal seperti ayam atau tahu, org kata tak perlu garing2, tp saya rasa baik garing2 sbb bila masukkan dlm sambal tu cuma untuk meratakannya sajer, tak perlu lama-lama.....
Apa perasaan anda bila melihat sambal tahu ni.....dengarlah kata org yg berpengalaman, saya ada 2 org makcik yg mmg terer buat sambal sotong kering, lebih elok kalau makan sambal sotong yg berusia sehari, lebih sedap dan juicy! Dulu semasa saya bekerja di PJ, adalah pasangan suami isteri (pakcik/makcik) jual nasi lemak berlauk, tp saya lebih suka beli mi goreng dy yg basah (baru masak) lepas tu campur pulak dgn sambal sotong kering, ya allah tuhan jer tau betapa nikmatnya....rindu plak, ntah ada lg ke tidak, sbb pakcik tu dah agak tua, manakala isteri dy jauh lebih muda, dan pakcik ni selalu kene marah dgn bini dy, depan org pulak tu sbb pakcik ni slow (tak cium syurga isteri yg marah2 suami kan....), abih dah berumur nak laju caner lagi, siap lari2 saya tgk pakcik tu pg amik barang dari kereta hahaha klaka pulak saya ingat2 balik, atau mgkin pakcik tu nmpk tua sbb selalu kene marah dgn bini!!! Melalut plak saya, tp makcik tu ada ajar saya macam mana nak bagi sotong kering tu lembut, kalau nak masak pagi, rendam sotong kering dari malam lagi, tp biarkan air paip terbuka kecik jer (makne air rendaman tu akan bertukar bila dy penuh dan melimpah), mgkin itulah petua supaya sotong kering tu tak terendam dlm air sama sepanjang masa rendaman. Berbalik kepada cara memasak (masak merah), tumis atau goreng cili kering blender yg sudah dicampur dgn bwg merah dan putih, dlm minyak yg lebih drpd jumlah cili yg hendak di goreng. Ini bertujuan utk menggaringkan cili, selepas tu masukkan garam, gula, kiub ayam. Lagi satu makcik saya kata sambal akan sedap bila letak gula yg lebih, jgnlah lebih sgt cuma lebih drpd biasa. Selepas agak2 cili tu dah garing (cili dah tenggelam dlm minyak yg sudah bertukar merah) masukkan sos tomato, tujuan sos tomato ni untuk memasamkannya, mak mertua saya letak asam keping, tp saya mmg dari dulu letak sos tomato. Letak sos tomato pun lebih dari biasa. Gaul sehingga sebati, dan barulah masukkan tahu yg sudah di goreng tadi, gaul lagi sehingga rata. kemudian hidang, tabur dgn bawang goreng, kalau ada daun sop, tabur jugak!
Ini pulak ayam goreng cubaan resepi yg ke 3 ratus lebih kot hahaha, saya pernah makan ayam goreng makcik saya, saya pernah tanya resepi bila saya buat, x sama dgn yg makcik saya buat. Saya pernah makan ayam goreng kak umi, dulu kedai makan dy dekat tepi sungai, bandar Pekan, saya xdelah resepinya, tp saya rasa manis2, saya agak dy letak gula, saya cuba gak, tak sama seperti yg kak umi goreng, sebaliknya ayam goreng saya hitam! Saya pernah makan nasi ayam kawan saya, Ita, dy kata ayam goreng dy cuma perap dgn garam dan sos tiram, mmg sedap, bila saya cuba sama gak, tak sama! Semalam saya buat eksperimen lagi, saya perap dgn garam, gula, sos tiram yg nak abis, saya campur air, lepas tu saya campur lagi dgn air gula merah. Pagi tu saya goreng lama, tp dlm x masak, sudahnya petang tu saya masak dulu dlm microwave selama 7 minit, pahtu baru saya goreng. Alhamdulillah mmg sedap, saya rasa saya dah tau, mgkin lepas ni saya nak perap dgn garam, sos tiram dan gula merah huhuhu
Semalam suami saya tambah nasi cam bese, tp siap tanya saya nape masak nasi sikit, sbb smlm dy nmpk byk, saya ckp semalam byk sgt, tercungap2 saya nak abiskan keesokkan harinya, so hari ni saya kurang sukatan sikit!


No comments:
Post a Comment