Lunch suami saya balik dgn Yanto, ambik bateri untuk pergi caj, pukul 2 suami saya datang balik, bawak bateri lain, saya ingat dia beli baru, rupenya pinjam cina kedai bateri tu, sbb bateri kami dia nak buat kajian tengok berapa lama boleh bertahan selepas penuh caj! Sebenarnya selain saya nak beli sayur saya plan jugak nak beli mknn tgh hari saya kat luar, bila dah jadi camni takde lain dalam fikiran saya selain nak buat mi goreng sedap! Tapi itulah bila dah dinama rezeki, suami saya bagi nasi bungkus yg dia beli dari kwn kilang, siap bayar utk seminggu hehe, dia kata sedap, mmg pun, walaupun cuma nasi kosong dgn sambal ikan tongkol dan timun sekerat dua, saya mkn sehingga menjilat jari. Kali kedua dia balik ke rumah hantar bateri dia siap menjenguk ke meja makan tanya, nasi bungkus tadi dah makan! Sebab lunch tu dia kelua ngan Yanto, dorang pun pe lagi mkn kat luar ler. Tapi itulah, bagi mknn kat isteri yg tgh lapo, walaupun bungkus mcm bungkus rambut baru lepas potong tapi kalau dah lapo, tak sampai sejam tinggal dah clear hehehe
Kali ni saya masak ketam bercili, beberapa minggu lepas saya masak kari ketam. Tapi kali ni saya ikut sikit resepi Chef Wan, goreng dulu ketam yg sudah di gaul dgn garam, sos tiram, telur dan tepung jagung!
Gambar ni sajer saya ambil secara dekat, dekat bahagian isi sbb nak bagi sesiapa yg tengok terliuk hehehe
Mula2 tumis serai yg dititik, halia yg dihiris, daun limau purut dan cili kering blender (sudah bercampur bwg merah dan bwg putih), tumis sehingga garing, gunakan balik minyak yg digunakan utk menggoreng tadi. Kemudian masukkan karot yg sudah di potong2, kalau nak letak sayur lain pun boleh kalau tak nak pun boleh (saya letak sbb nak abiskan karot yg tinggal separuh hehe), garam, gula dan kiub ayam. Selalunya saya tambah cili api yg dilenyek utk memedaskan masakkan ni, tapi hari ni saya sajer buat dia kurang pedas. Sebelum masukkan ketam yg sudah di goreng tadi, masukkan sos tomato dan sos tiram utk lebih rasa. Sebab tadi saya cuma goreng utk mengeringkan ketam, mungkin di bahagian dalam tak berapa masak (sepatutnya deep fry, tp sbb saya nak kurangkan penggunaan minyak, saya cuma goreng utk menggaringkan bahagian luar jer). Selepas masukkan ketam tadi, gaul sama rata dgn perlahan2, masukkan air sikit dan tutup kuali sekejap (bertujuan utk memasakkan bahagian isi, kalau kurang masak, isi akan melekat pada cengkerang). Last sekali sebagai hiasan taburkan dgn daun sop.
Seperti biasa kalau makan nasi kuah kurang, kami akan makan bersama kicap, dan sendiri mau ingatlah, mmg penuh perasaan makan, nasi bertambah, tapi masih ada lagi tinggal kat kuali utk mkn tgh hari esok!



No comments:
Post a Comment