Semalam, tak buat kerja lansung, sik godek internet yang lembab tak hengat. Tak de bende yang sempurna dalam dunia kan.....! Tengah hari pulak dah plan nak tengok citer Leap year (filem baru setiap ahad di HBO), sbb malam senin tetiba layan bola Liverpool vs Man U, suka betul bila tengok Man U kene belasah, mmg Man U team yg sangat bagus dan sentiasa bagus, mgkin sbb dorang mampu beli pemain star, tp kadang2 kita kene percaya dgn luck jugak kan, padanlah dgn peminat2 Man U yg kdg2 lebih sudu dari kuah hehe.....no offence! Berbalik pada citer Leap Year tadi best lain daripada yang lain, tapi tak sangka ingat mat saleh sume sama, open, tak kesah dah kawin atau belum boleh hidup bersama...tapi berbeza di Ireland, mereka masih menganggap hubungan antara lelaki dan perempuan yg suci adalah melalui perkahwinan! Tp yg stereotype nya, perempuan tu mesti tak jadi kawin dgn lelaki yg dy nak lamar sebaliknya kawin dgn lelaki yg tolong dy sepanjang cerita tu...owh lupe tajuk citer ni leap year sbb, org ireland percaya dgn mitos mereka yg wanita boleh melamar lelaki yg dicintainya di Dublin, Ireland pada tahun lompat, 29 February akan bahagia selama-lamanya.......dah nama pun mitos!
Semalam suami bg idea masak ikan keli bercili untuk dinner, dan semalam jugak daripada pagi sampai ke malam panas yg amat, pakai aircond pun rasa sejuk sepoi-sepoi bahasa jer hehe pukul 5.30 ptg selepas solat asar, saya pergi basuh ikan keli yg dari tgh hari tadi kluakan drpd freezer, masyallah berlendir-lendir, terus campur air basuhan ikan tu dgn tepung gandum, org kata boleh bersihkan lendir2 pada ikan atau ayam.....yes, mmg senang nak buang lendir pada ikan keli. Lepas tu terus gaul dgn garam dan kunyit, goreng............. addoooooi, meletup plak, itulah risikonya bila menggoreng ikan keli, nasib ada perisai (tutup kuali) hahaha
Suami kata goreng ikan tu kering2, makne garing ler, lepas tu gaul dgn sambal belacan!!!!! Tumbuk beberapa biji cili api agak2 cukup utk gaul ikan yg di goreng tadi, lepas tu campurkan dgn belacan yg sama ada di bakar atau di goreng (mak mertua saya goreng, tak taulah cara org jawa kot), letak byk sikit, biar terasa belacan tu atau agak2 hidung boleh gatal tahap cipan hehehe, campur dgn gula takut terpedas sgt plak dan barulah di gaul dgn ikan keli yg digoreng tadi, bukan gaul kat kuali panas tau, gaul gitu jer kat pinggan....
Taddaaaaa......tak berapa nampak sgt sambal belacannya sbb cili padi kaler ijau, dan lawannya saya tumis kobis (yg jenis panjang tu, x tau pe nama saintifik dy), hiris2 bwg merah, putih campur dgn sos tiram, kiub ayam separuh, letak air lebih sikit....siap! Boleh makan dah...sepatutnya saya buang kepala ikan keli ni, tp tak cantiklah kalau amik gambar xde kepala...hahaha
Secara jujur saya x berapa suka mkn lauk ni, saya lebih suka goreng biasa jer atau masak lemak cili api keli bakar.....fuhhhh, len kali, len kali! Tapi suami saya cam bese, tambah nasi.....

No comments:
Post a Comment