Wednesday, 30 March 2011

Ikan Kerisi Masak Asam

Adohaaai.....hujan lebat plak pagi2 ni, sib baek saya dah siap2 beli lauk kelmarin, kalau tak, apalah yg saya nak masak hari ni. Tapi alhamdulillah, bukan kah bagus hujan turun membasahi bumi (mcm lirik lagu plak hehe). Hari Ahad lepas cuaca sgt panas, bayangkan saya bukak air cond dari tgh hari sampai ptg, tutup kejap, malam bukak lagi fiuhhhh. Hari senin pulak hujan lebat selepas pukul 8 pagi, berhenti tgh hari sambung ke petang. Semalam seawal pagi dia dah hujan, kalau hujan awal2 pagi makne suami saya terpaksalah bawak kereta pg kerja. Cuaca tak menentu sekarang ni, susah nak predict. Tapi walaumacamanapun saya dah plan nak masak asam ikan kerisi gak hari ni, tak kiralah walau xde perencah.


Semalam saya sepatutnya tunggu keputusan daripada bos hasil drpd perbincangan mereka semalam. Saya fikir saya akan balik Klang minggu ni utk ke kedutaan Thailand, tapi bos ckp mereka akan dtg minggu depan, dan saya agak saya akan uruskan dokumen perjalanan mereka2 yg masih berminat nak jadi multipilcators kat sana sekali. Tak kesahlah janji saya ada byk masa nak packing, masalahnya saya cuma sorang huhuhu.


Inilah dia ikan kerisi masak asam, tapi percayalah Ikan Merah masak asam kat Batu Laut lagi sedap, tiada bandingan dan sukar dilepaskan hehe. Percaya atau tak kakak saya siap hirup kuah dia lagi, teruk betul! Yelah kalau dah sedap, mana boleh tahan kan....masak asam saya kali ni original punya, tiada campuran perencah segera, sedap gak hehehe.
Ikan kerisi ni suami saya kata adik beradik ikan merah gak, cuma dia kecik dan perut dia byk taik, tapi isi dia sedap, walaupun goreng sajer, isi dia tetap sedap. Sisik toksah ckplah, mmg byk, saya sebenarnya tak berapa gemar nak siang ikan yg bersisik, sebab kalau tak kene cara menyiang dia akan bersepah2 sampai ke lantai, nak kutip punyalah susah, baik basah atau kering!
Toskan ikan kerisi yg telah siap di buang sisik, dibuang taik dan insangnya. Kisar serai, sedikit halia dan lengkuas serta beberapa biji cili api. Sebenarnya tak perlu utk campur dgn cili api kalau cili kering yg kita akan gunakan sediakala pedas. Tapi cili kering yg saya beli kat pantai selamat mmg tak pedas. Mak mertua saya bg tips, kalau nak beli cili kering yg pedas, cili tu pendik2, lebar dan berkilat. Tapi yg selalu jual kat pasaraya kerinting panjang, kurus dan berkedutkan! Campurkan bahan kisar tadi dgn cili kering yg siap di kisar (kalau tak biasa kisar cili kering utk simpanan dlm peti ais, kisar bahan tadi bersama cili kering dan bawang). Masakkan ni bagusnya dari segi kesihatan dia tak menggunakan minyak, rebus jer. Mula2 rebus air tak payah byk2 dalam kuali yg berpenutup, selepas mendidih masukkan semua bahan kisar tadi, beberapa keping asam keping (lg masam lagi bagus), juga masukkan potongan bunga kantan (nak letak daun kesum boleh, xnak pun boleh), tutup kuali untuk melembutkan bunga kantan. Selepas 3 minit lebih kurang, baru masukkan gula, kiub ayam gaul, kemudian masukkan ikan kerisi dan kekacang (selalunya saya letak sayur bendir dan tomato tapi sbb simpanan sayur masih byk, yg paling sesuai kekacang, saya letak jelah, x kesah janji ada sayur kan...). Tutup kuali dgn api kecil, selepas 4 hingga 5 minit agak2 ikan dah masak, buka tutup kuali dan tutup api, siap! 

Semalam suami saya tak ot, dia ada temujanji dgn kawan dia ttg photography. Tak sangka pulak byk permintaan wedding photography. Sebelum ni sebelum saya dapat offer bekerja di Thailand bersama suami, kami mmg plan nak buat wedding photography secara serius, kebetulan kawan saya Ita juga nak berkecimpung dalam bisnes pakej perkahwinan ni, kira join venture ler. Tapi apakan daya, takde rezeki kami kesitu, ada ke arah lain. Entah kenapa dekat2 nak pergi berhijrah ni murah pulak rezeki, ramai pulak yg tanya dan berminat. Serba salah suami saya, so skrg kami tgh cari kawan2 yg ada kamera DSLR yg berminat nak jadi photographer sambilan.

Seronok saya semalam sbb dpt berkreatif, bos mintak saya buat process flow bersama gambar2, dan paling best saya terjumpe format dalam MS Excel 2007 untuk process flow yg menarik, pe lagi ralit buat smlm sampai pukul 3 ptg tp malangnya file dia terlampau besar, saya tak boleh nak e-mail. Bermakne saya terpaksa main tipu hehehe

Cantik kan, tak kesahlah kalau ada org kata tak cantik, janji saya suka hehehehe


No comments:

Post a Comment