Inilah dy Tom Yam Cendawan Tiram campur udang dan karot. Sebelum ni saya kalau masak tom yam guna kiub tom yam maggie jer, tapi dah beberapa kali saya guna perencah tom yam nona, lebih ummmph. Seperti bese msk tomyam masukkan air agak2 dgn bahan2 yg kita nak masukkan nanti. Masukkan serai yg sudah dititik, daun limau purut yg dah disiat-siat, utk mengeluarkan aromanya, bwg merah di hiris, cili api yg di penyek2kan (ikut suka berapa byk bergantung kepada standard kepedasan masing2 hehe) dan masukkan perencah nona tom yam. Agak2 dah panas rebusan tadi (tak perlu mendidih), masukkan karot dan udang, biarkan mendidih. Kalau nak lagi umph letak sesudu thai cili paste, masukkan gula dan garam secukup rasa, susu cair dlm 1/2 cawan (nak bagi berlemak) dan akhir sekali masukkan cendawan. Sebab apa masukkan cendawan last skali sbb nak bagi cendawan tu liat2 bila makan nanti. Kalau tak percaya cubalah skali. Owh sebab apa sy letak susu cair dlm tomyam, mak mertua saya suka sgt mkn tom yam di restoren Perantau, Jaya Gading. Satu mlm sebelum kami balik lepar, suami saya nak belikan tomyam utk mak dy, sambil menunggu suami saya tengok jer cara tukang masak tu sediakan tom yam dan dy ternampak tukang masak tu letak susu cair. Saya pun cubalah sekali masak letak susu cair, kebetulan bg kat Pah sikit, si Pah tulis kat FB puji melangit, lebih sedap drpd restoren ana petai katanya hahaha kelaka betul Pah ni, dy klu x sedap pun dy kata sedap kalau dah feveret dy!
Dan sebagai lawannya dgn tom yam saya buat cencaru sumbat. Yg saya tau cencaru sumbat ni ada byk version, arwah mak saya msk selalu guna cili kering blender jer, manakala makcik saya siap letak kelapa parut, tp saya pernah makan kat Aida's Food Court di City Point Kuantan, tak sedap lansung dgn ikan yg liat, ikan lama gamaknya. Tapi saya buat versi mak mertua saya, lebih kurang sama macam arwah mak sy ajar, cumanya cili kering tu direndam dgn air paip selama mungkin, lepas tu tumbuk dgn lesung bukan blender tau, letaklah bwg sikit, garam dan gula secukup rasa dan gaul dgn asam jawa. Kalau gaul dgn asam jawa extra (tanpa biji) lagi bagus, kurang sikit posibiliti tertelan biji asam jawa hahaha. Kemudian sumbatlah ke dalam ikan yg sudah di perap dgn garam dan kunyit tadi, goreng. Walaupun selepas goreng rupe dy cam hodoh, tp bila makan dgn nasi panas dan tom yam lagi, mmg tak tengok kiri kananlah masa makan.
Suami saya bukan sajer tambah nasi, tp tambah tom yam amik kat periuk, walau saya dah sediakan sudu, dy siap tuang dlm pinggan makan pahtu hirup.....anak sapa laa nie!



No comments:
Post a Comment