Cerita ni di buat berdasarkan kacamata salah seorang mangsa, Helen Ramus yg sehingga pembunuh di kenalpasti mayatnya masih belum ditemui. Seolah2 mangsa ini sedang bercakap di dalam fikiran seorang detektif, David Reichert atau Dave. Pembunuhan ni berlaku di sebuah bandar kecil di King County, Washington, AS berhampiran sungai yg bernama "Green River", bermula pada tahun 1982. Sebelum ini saya yakin ramai yg pernah terfikir, macam mana seorang gadis boleh terjebak di dalam kancah pelacuran. Tapi saya juga yakin kebanyakkan nya berpunca daripada latar belakang keluarga. Opss itu tak bermaksud kalau org yg berlatarbelakang keluarga yg kaya dan berpengaruh tak mungkin terjebak, semuanya bukan disebabkan kemiskinan tp disebabkan bagaimana institusi keluarga itu berfungsi. Helen lari dari rumah kerana tidak tahan dgn penderaan yg dilakukan oleh teman lelaki ibunya. Manakala ibunya pula bukanlah seorang ibu yg bertanggungjawab, dy lebih rela kehilangan anak drpd kehilangan teman lelaki. Helen memilih untuk menjadi pelacur jalanan, yg baginya amat mudah utk memperolehi wang. Helen hilang selepas dia menaiki trak pikap seorang lelaki yg tidak dikenali untuk mengejar trak pikap lain yg disangka milik pembunuh!
Helen memulakan kariernya selepas beberapa mayat wanita yg dilapurkan hilang ditemui, jumlah yg lebih daripada 30 org. Kesemua mangsa dikenal pasti sebagai pelacur atau gadis yg lari dari rumah. Selama penyiasatan dilakukan, Detektif Reichert atau Dave, menghadapi pelbagai rintangan termasuk hampir memporak perandakan rumah tangganya dan hampir bergaduh dgn semua anggota polis yg terlibat. Dia terlalu obses dengan kes ini, walaupun telah berjumpa dgn beberapa bukti namun kerana pada tahun 80an, teknologi DNA masih dalam kajian, kesemua org yg disyaki terpaksa di bebaskan. Namun penyiasatan masih tetap diteruskan walaupun tidak mendapat kerjasama kapten yg mengambil pendekatan mudah dgn menutup kes kerana bukti yg tidak mencukupi untuk membawa kepada pembunuh sebenar. Biasalah org atasan, senang jer kerja, tak jumpa bukti, tutup jer kes! Sehingga akhir hanya tinggal Dave dan seorang anggota polis wanita yg masih tetap yakin pembunuh masih bebas dan bukti masih boleh diperolehi.
Dalam situasi yg hanya tinggal 2 org tenaga kerja untuk menyiasat kes ini (kurangkan penggunaan duit rakyat utk menyiasat pembunuhan pelacur), Dave di naikkan pangkat sebagai Kapten dan secara halusnya untuk mengeluarkan dia dari terus menyiasat kes yg tiada kesudahan ini (anggapan org atasan). Sehinggalah pada tahun 2001, DNA di gunapakai dalam setiap siasatan yg melibatkan pembunuhan untuk mengenalpasti mangsa dan pembunuhnya. Dave sekali lagi membuka kes bersama rakannya yg setia, mujur mereka menyimpan DNA yg di ambil pada 4 org mangsa yg di temui untuk di kenalpasti. Kesemua DNA itu sepadan dengan pembunuh yg di syaki, Gary Ridgway, seorang pengecat trak. Dave pernah mendapatkan waran untuk mendapatkan bukti di rumah Gary pada tahun 1987 termasuk mendapatkan DNA Gary, tetapi tiada apa yg dapat dikaitkan dgn pembunuhan itu. Walaupun bukti seperti jadual penggunaan trak yg berlainan di perolehi. Tetapi itu tidak membawa kepada bukti untuk menyabitkan Gary sebagai pembunuh yg dicari.
Tetapi malang sekali lagi selepas peguam Gary berjaya membebaskannya dari tuduhan dengan alasan DNA yg diambil untuk di kenalpasti sudah berusia hampir 2 dekad, mungkin kepadanan yg diperolehi adalah silap. Namun ini semua tidak mematahkan semangat Dave utk terus mencari bukti, lebih2 lagi bila semua siasatan lama menjelma kembali di ingatan. Helen pernah hampir menjadi mangsa dan memberitahu dy mencakar pembunuh di bahagian lengan dalam keadaan gelap dan tidak dapat mengecam wajah pembunuh. Dave pernah berjumpa Gary di rumah dan perasan seolah2 Gary cuba menutup lengannya tp tdk mensyaki apa2 kerana pada ketika itu trak pikap yg ada di rumah Gary adalah menyerupai trak pikap yg digambarkan Helen. Dan yg lebih menyakinkan Dave tentang Gary adalah pembunuh sebenar selepas, pertemuan Dave dgn pembunuh bersiri, Ted Bundy yg pada ketika itu akan menjalani hukuman mati terngiang di ingatan. Ted bersedia membantu Dave dengan memberi gambaran pembunuh yg dicari Dave mengikut perspektifnya, bahawa pembunuh adalah seorang yg mmg tidak menyerupai seorang pembunuh, seorang yg berkeluarga, menyayangi isteri dan anak, pendik kata seorang yg dihormati dalam masyarakat. Dan tidak akan mengaitkannya dgn pembunuhan itu jika hanya dilihat dari paras rupa.
Sekali lagi Dave dapat mengaitkan Gary dgn pembunuhan itu dgn cuba mengenal pasti cat yg di jumpai pada badan 3 org mangsa. Ianya mmg padan dgn cat yg digunakan Gary utk mengecat trak ditempat kerjanya. Dan pada kali ini Gary tidak terlepas, namun Gary hanya dihukum penjara selama 48 tahun atas jumlah mangsa bunuh yg di jumpai, bukan hukuman mati (dan di kali 10 untuk setiap kesalahan gangguan kepada bukti, menjadikannya 480 tahun) tanpa parol, kerana dia memberi kerjasama menunjukkan lokasi di mana dia membuang mayat2 mangsa bunuhnya, keputusan ini dipersetujui oleh semua keluarga mangsa. Dave buat terakhir kalinya, dalam masa 20 tahun sebelum menutup kes, berjumpa dgn Gary untuk bertanyakan beberapa perkara yg menghantui fikirannya selama ini.
Gary mengaku, dia seorang yg berkerja pada siang hari dan bekeluarga tetapi bertukar personaliti pada malam hari. Dia akan berpusing-pusing di kawasan pelacur-pelacur jalanan berada tetapi tidak akan mengambil pelacur di hadapan org ramai, sebaliknya dia akan meletakkan trak pikap yg sering bertukar atau bertukar warna di lorong2 dan membiarkan pelacur menghampiri. Mereka akan di bawa sama ada kerumahnya (dia bercerai dgn isterinya selepas isterinya mengetahui dia melanggani pelacur), di dalam trak atau di dalam hutan untuk melakukan seks. Apabila di tanya bagaimana mangsa di bunuh, mangsa akan berada dalam keadaan membelakanginya dan selepas melempiaskan nafsu, mangsa akan dicekik apabila kepala dinaikkan selepas bersetubuh sehingga mati. Mayat mangsa akan di buang yg kebanyakkan berhampiran dgn Green River. Gary juga di bawa ketempat-tempat dia membuang mayat, dan 40 lebih sahaja daripada yg di bunuh dijumpai setakat ini daripada 71 org yg diakui di bunuhnya. Tetapi Gary membuat pengakuan bahawa dia mungkin membunuh lebih daripada jumlah yg di akui yg terlepas daripada pengiraannya. Gary menyatakan dia mmg gemar membunuh, dan membunuh adalah kerjayanya, sekiranya jika dia tidak tertangkap dia mungkin membunuh lagi tetapi tidak sekerap dulu. Dia pernah menikam seorang kanak-kanak 6 tahun semasa berumur 16 tahun kerana ingin tahu bagaimana rasanya membunuh org. Dan dia mengaku kali terkahir dia membunuh adalah pada tahun 1998. Gary juga ditanya tentang kenapa dia memasukkan batu ke dalam kemaluan mangsa, jawapan Gary ialah kerana dia tidak mahu ada org yg mengambil kesempatan ke atas mayat mangsa bunuhnya yg di akui sebagai hartanya. Gary mengaku melakukan seks ke atas mayat2 mangsa bunuhnya!
Semua ini mungkin disebabkan oleh zaman kanak-kanak Gary yg berIQ rendah, sering melihat pertengkaran yg ganas antara kedua ibubapanya dan yang paling memberi kesan adalah dimarahi dan di malukan oleh ibunya di hadapan keluarga kerana masalah kencing malam. Sejak itu Gary menghadapi konflik tarikkan terhadap seks dan kebencian terhadap ibunya.
Selain itu Gary pernah membuat ekperimen dengan membunuh mangsa sambil memandang mukanya yg merayu utk tidak membunuh, mangsa itu adalah Helen. Malangnya dia tidak mengingati di mana dia menanam mayat Helen, walaupun dia tidak akan dapat melupakan wajah Helen semasa di bunuh sehingga akhir hayatnya. Natalie adalah kwn baik Helen yg terputus sahabat selepas Helen mengajak kawannya utk menjadi pelacur tiruan utk mendapatkan wang menyambung pelajaran, kerana kesilapan Natalie di rogol. Helen pernah melaporkan kepada Dave tentang maklumat org yg merogol Natalie yg dipercayai pembunuh yg di cari selama ini. Natalie pernah cuba mencari Helen yg hilang dan hampir menjadi mangsa pembunuhan tetapi selepas melihat gambar Helen, pembunuh menghalau Natalie dan melarikan diri. Apa yg lebih menyedihkan, hampir kesemua mayat yg di temui telah reput, termasuk seorang pelacur mengandung, dimana mayat reput anaknya juga di temui di sebelah mangsa.
Moral kepada cerita ini ialah pastikan kita menjaga keluarga kita dengan baik, walau susah macam manapun, pastikan perasaan anak2 dijaga dan sentiasa memberitahu yg kita sayangkan mereka. Walaupun kita ada masa silam yg buruk atau kita dtg dari keluarga yg porak peranda, pastikan anak2 kita tidak menghadapi perkara yg sama. Sebab saya yakin apa yg berlaku seperti cerita di atas adalah berpunca daripada bagaimana sesebuah keluarga itu berfungsi!

No comments:
Post a Comment