Thursday, 17 March 2011

Sardin

Semalam sebelum subuh hujan baru bermula, sehinggalah suami saya nak pergi kerja hujan masih lebat lagi, jadi suami saya terpaksalah bawa kereta ke tempat kerja. Nasib baek saya mmg ada contingency plan untuk dinnner. Sebenarnya saya plan nak masak pajeri terung dengan goreng ikan tongkol tapi pe nak buat xde kenderaan untuk ke tempat membeli belah kegemaran saya, Pantai Selamat hehehe, tp bila plan A x dpt dilaksanakan, saya kenalah buat plan B! Dalam pantry saya (almari bawah meja TV, hahaha), ada 2 tin sardin, maggie kari dan mi goreng sedap. Kalau nak buat tumis maggie, xde kuah plak, kalau nak buat sambal sardin, semalam saya dah masak sambal tahu, so saya buat keputusan utk masak tumis sardin, kuah lebih.


Lepas tu sebagai lawannya saya plan nak buat telur dadar jer. Selalu saya kalau buat telur dadar letak daun sop, tp sbb daun sop takde saya terpaksa cari alternatif, sbb saya tak suka telur dadar tu nampak kosong. Saya campurkan dgn karot parut, sedikit kiub ayam dan mayonies. Semua bahan2 tadi saya dah siapkan, tinggal nak letak telur, kacau dan goreng. Tapi semalam, sebelum sampai rumah suami saya call tanya nak beli apa2 tak kat pasar malam. Sebenarnya mmg ada dlm kepala nak suruh suami saya beli kat pasar malam, cumanya mcm teragak2 takut membazir, memandangkan saya dah masak nasi dan tumis sardin.


Tapi bila suami saya kata dy tak singgah cuma tanya jer, saya terus ckp "ingatkan ada kat pasar malam", dy paham maksud saya, saya harap dy ada di pasar malam skrg, jadi bolehlah saya kirim hehehe. Lepas dy dgr saya ckp mcm tu, dy suruh saya siap, maknenya saya kene join dy ke pasar malam....gitu plak! Takpelah, pg ajer. Sampai pasar malam, byk kedai tgh siap2 nak tutup, terutama kedai makanan. Saya melilau tgk kalau2 ada kedai piza, xde plak, mgkin satu hari jer dy ada hari tu, bila x dpt sambutan, dy dah tak menjual dah! Jadi mmg xde bende lain arh yg saya fikirkan selain beli sate ayam kakak li akok, hahaha saya x ingat nama kakak tu, kedai dy pun xde banner, yg saya tau kakak tu pernah kerja di Hicom, dulu selalu jumpa kat surau, manakala adik dy pulak bekas pekerja ATS, tmpt kerja lama saya, suami saya panggil dy li akok, bukan sbb dy jual kuih akok atau suka kuih akok tp sbb, dy ada penyakit, yg tetiba keluar bunyi mcm "akok". Saya tau tentang sindrom tu, cuma saya tak ingat pe namanya, sindrom ni pernah difilemkan di US, kesian budak tu sampai dipinggirkan, x phm saya, nape nak pinggirkan, salah ke kalau dy bunyi pelik, lainlah kalau dy jadi ganas tetiba!!!


Melalut lagi saya hehe, bukan apa, saya suka sate ayam kakak ni sbb, sate dy lembut, berbanding sate ayam tempat lain yg keras, kalau org takde gigi boleh hisap2 jer atau kalau org pakai gigi palsu, boleh tercabut gigi palsu dy, walaupun pakai pelekat gigi hahaha, dan saya melalut lagi. Selalu kalau pg pasar malam saya mesti beli air kelapa kat kedai abg koboi, yg juga jual buah jambu, tp smlm suami saya nak beli air soya, tak kesahlah janji ada air, boring gak sik minum air nescafe o panas setiap malam. Ingat nak beli lauk, tp tengok x byk yg tinggal, ada ketam kaler oren, tp suami saya cam tak berminat jer, kalau saya sorang, beli jer...Last skali suami saya beli ayam goreng, 2 ketul peha dan hati ayam singgit (3 ketul). Nak tau, harga peha ayam goreng seketul RM2, umangai mahal betul, xdelah besar sgt pun pehanya. Suami saya ckp pemborong ayam ckp kene naikkan harga, sbb cuaca tak menentu. Pelik kan dorang bela ayam, mcm toreh getah ke, kalau hujan tak boleh menoreh!!! Bukan ayam tinggal kat reban ke dan nak sembelih kat kilang yg tertutup ....... teruk betul dorang ni, amik kesempatan jer, sama dgn kere jaan! Selain tu suami saya beli mangga, mangga ni selalunya lemak manis, kalau mkn macam mkn mangga yg cicah dgn santan campur gula. Tapi yg semalam rasa dy sikit masam, lagi pun masa kami beli, dah tinggal belen2...




Inilah sardin tumis, sebelum kawin, saya x pernah masak tumis mcm ni, kalau ada pun saya hiris cili merah, bwg merah dan bwg putih. Tapi lepas kawin, ini resepi mak mertua saya, sekurang2nya byk sikit pilihan resepi kalau nak masak sardin, xdelah sik masak sambal sardin jek...selain tu sardin jugak boleh di masak kari atau tom yam! 
Kali ni saya nak ceriter mcm mana nak masak tumis sardin ni. Perkataan lain selain tumis, ialah goreng. Mula2 tumbuk cili padi (lg byk lagi bagus, sbb masakkan ni mesti pedas, kalau x pedas rasanya mcm sardin baru keluar dari tin jer), bwg merah, bwg putih dan sedikit halia. Sebelum tu rendam sedikit suhun (sikit jer, byk2 nnt kuah jadi terlampau pekat) dan kupas sebiji dua kentang secara memanjang. Tumis bahan2 tumbuk tadi, letak garam, kiub ayam dan gula. Masukkan kentang dahulu semasa menumis, supaya kentang tu masak. Selepas naik bau, sehingga menusuk hidung dan membersin hehe (api sederhana sajer), masukkan sardin termasuk sos dy sekali, gaul, letakkan air yg lebih, utk mengempukkan kentang dan supaya kuah tidak jadi terlalu pekat selepas memasukkan suhun. Selepas pasti kentang dah masak barulah masukkan suhun, kacau sehingga sebati. Siap!


Sepatutnya lawan tumis sardin ni ialah telur dadar, tp sbb suami saya dah beli ayam goreng, bahan2 telur dadar tadi akan di simpan utk di makan keesokkan harinya hahaha. Suami saya ada juga beli kuih meneram atau peneram, tak kesahlah apa namanya, sbb sebelum ni saya panggil kuih ni "telinga keling"! Mmg sedap kuih yg suami saya beli semalam, rangup dan berisi, selalunya ada org buat rangup tp kering, atau berisi tp berminyak, berbeza dgn yg ini, mmg sedap, dy ada letak no tepon utk tempahan, silap saya tak ambil, takpelah insyallah mgg depan, saya ambik no tepon dy dan beli RM5 huhuhu


Semalam lepas mandi suami saya terus solat isyak, dan saya pulak dok terkial2 menjahit seluar kerja suami saya yg tetas di bahagian pinggang. Biasanya lepas mandi suami saya terus mkn, sbb isyak lambat lagi, tp sbb smlm kami pg pasar malam, lepas mandi sedang elok masuk waktu isyak. Lepas solat suami saya nak makan, dan saya pulak baru nak solat, saya suruh suami saya mkn dulu. Bila tiba saya makan, suami saya dah nak siap, dan dy siap ckp "dah tambah nasi dah", hehehe

No comments:

Post a Comment