Tuesday, 15 March 2011

Kenduri kahwin di Lepar Hilir 3

Ahad lepas saya ada di Lepar, rumah mertua, petang sabtu lepas suami balik OT terus balik. Tapi sebelum tu singgah rumah kawan, Ita, dy suh dtg umah minum petang, mulanya saya ingat dy dah rindu kat saya sgt sbb dah lama tak jumpa, sebelum ni kalau cuti raya lama tak jumpa atau cuti bersalin, balik mesti ada jer citer nak diceritakan, ini pulak mmg tak kerja bersama lagi, sampai2 saya nampak kek ada atas meja, rupenya hari jadi Ain, anak dy yg sulung, purse pun saya tak bawak pe lagi hadiah. Saya rasa dy ada jemput Pah, cumanya hari ni Pah mmg tak reply lansung klu ada sesape SMS dy, sibuk sesangat, tolong pakcik yg baru pindah dan buat persiapan perkahwinan. Tapi terlupa pulak hari jumaat lepas suami saya pinjam kereta pah untuk ambil gambar perkahwinan drps Rashid, kawan suami saya (sebagai sample utk customer yg berminat nak perkhidmatan suami saya sebagai jurugambar), sbb hujan suami saya tinggalkan aje album tu dlm kereta sementara suami saya bwk motor balik dan pesan pada Pah utk hantar album ke rumah esoknya. Tapi klau dah namanya Pah, bila sibuk mmglah tak menang tangan, sbb suami saya nak bwk album tu ke Lepar, suami saya call Pah suruh hantar ke rumah Ita petang ni jugak. Bila dah 3 org kawan lama berjumpa pe lagi, ingat nak sekejap jer, rupenya sampai ke maghrib, itu pun x abis lagi citer hahaha


Sebenarnya yg saya nak citer pasal perkahwinan si Nazri, kwn suami saya yg minggu lepas saya pergi ke rumah pengantin perempuan di Kempadang.....selalu kalau ada perkahwinan saya akan pergi dgn adik2 ipar, tp sbb mertua saya nak pergi rumah saudara di Jengka, dan adik ipar saya yg kebetulan cuti sem nak ikut, jadi saya sorang jerlah yg kene pergi majlis tu, saya tak kesah sgt sbb saya dah ada contact number Awin, awal2 saya dah gtaw dy nak pergi sama, tp cuma sms jelah. Suami saya pulak beselah, awal2 pagi dah pergi tolong susun2 krusi meja, yelah jiran sekampung xkan nak dtg makan jer. Nak jadi criter si Awin ni tak reply lansung dan saya yg pada mulanya nak call dy, tak jadi sbb kakak ipar saya offer nak pergi dgn saya. Tak kesahlah janji pergi, xnaklah nnt org dok ngata mak mertua saya yg menantu dy x campur org hehe. Saya sbnrnya x brape suka pergi rumah org kahwin, bukan apa, tgh hari buta, dgn panasnya, saya bukanlah puteri lilin x boleh kene panas, tp saya ni kuat berpeluh, pakai baju cantik2, muka berpeluh, malu pun ada kdg2, tp nak buat caner, org melayu mmg suka buat majlis perkahwinan tgh hari buta, buat kat dewan pun sama, klu dah ramai sgt kat dlm dewan kipas pun x lot. Lagi satu, selalunya jarang jumpe lauk kenduri kahwin sedap, lauk dy mmg biasanya sama jer, ayam msk merah, gulai daging, jelate........ ...bosannya, tp ikut kemampuan la kan, boleh lah tue! Macam biasa lauk dy mesti kalau tak tawar, x sedap hehehe, saya ambik sikit jer, sbb sebelum pergi saya masak mi goreng, smpi 2 pinggan saya makan! Tapi kalau dah masak byk2 biasanya mmg gitu, mesti ada slack...kalau majlis perkahwinan saudara sebelah abah, acar buah cik cah, wajib ada, (bilalah saya nak belajar dgn cik cah), dalca tanpa daging utk org india/cina, daging msk dendeng atau kicap atau rendang, nasi pulak kami selalu buat nasi jagung atau beriani dan ayam masak merah. Ayam masak merah paling sedap saya pernah makan masa kenduri cukur cambul si upin ipin hehe. Tapi kalau ayam goreng pun sedap gak, ayam goreng cik cah sedap, tp paling sedap ayam goreng kak umi.....ummmph dan tak lupa acar timun. Citer pasal mknn lapa plak perut ni!


Inilah Nazri dan isteri, saya tak ingat nama isteri dy, yg saya ingat isteri Nazri ni anak doktor...

Inilah acara wajib pada setiap majlis perkahwinan di Lepar Hilir 3 Blok 9, raja sehari, raja sehari gak, tp buli ttp buli hahaha, sebelum ni puas si Nazri ni dok kenekan org, kali ni giliran dy pulak! Suap menyuap ais kerim sambil tutup mata, dorang dajalkan dy dgn letak tepung dlm ais kerim, berdebulah mulut kawan tue....owh sebelum tu pengantin akan baling gula2, pe lagi bukan budak kecik jer, mak bapak, atuk nenek pun join skali kutip gula2 sambil berebut hehe. Masa sy dulu suami saya ckp dorang takde idea, so kami cuma perlu berucap jer....tp sy terdengar ada org ckp saya bercakap di mikrofon mcm DJ huhuhu

Tak semunggah betul pengantin zaman sekarang, dlm bersanding boleh lagi.....berrrock! Janji rock....hehehe

Pengapit dy ni namanya Paiz, dy ni kiranya the most eligible bachelorlah kat blok 9 nih, sbb dari segi pendapatan dah mantap dah, rupa pun ada, tp susah nak lekat, yg terbaru kawan sekolah yg dy contact balik lepas jumpe kat facebook....mudah-mudahan ada jodoh, amin! hehehe

Inilah kengkawan sekampung suami saya, yg kebanyakkannya umur lebih tua drpd suami saya, kwn2 abg dy sepatutnya tp abg suami saya ni jenis "org rumah", kawan kat tmpt kerja jer....yg berdiri tegak tu namanya nuar, kami panggil mat nuak, dy ni pun kiranya salah seorang eligible bachelor kat Lepar gak tp blok lain, pun sama ssh nak lekat, sebelum ni dy ada kereta kenari tp jual sbb ada mslh, skrg dah mantap balik dgr criter nakl beli Toyota Vios....hehehe mcm2!

Yang paling rapat dgn suami saya ada 3 org lagi tak lepas, insyallah kalau saya ada di Malaysia, dptlah sy pergi ke majlis perkahwinan dorang, tp kalau takde kami kirim hadiah jelah ya......

No comments:

Post a Comment