Bermula dgn makan malam hari jumaat, hari jumaat suami saya tak ot sbb sabtu dan ahad dy akan ot, so kalau petang jumaat saya akan ajak suami saya pg minum ptg di kedai mamak atau jalan2 cari makan. Tapi biasanya saya akan kalah dgn hobi suami saya, memancing. Dia siap ckp ptg jumaat nak ajak saya jalan2 dan memancing....duhh, not in my list pg memancing, tp bukan saya x pernah pg ikut dy, sampai pukul 2 pagi pun ada, memancing di benteng, kuantan atau nama sbnr taman esplanade. Bukan dapat ikan pun, tp itulah kalau org dah minat, siap buat kelab lagi, "lentur team", dan paling best saya yg kene design utk logo kelab dia!!!! Berbalik pada mkn malam saya di malam jumaat, saya mmg suka pergi pasar jumaat depan umah 500, tp setiap kali juga suami saya ajak pg makan jer di restoren. Lagipun malam tu final raja lawak. Dan selalunya saya akan ajak mkn char kue teow, tp malam tu kedainya tutup, mgkin org kedai tu ttp kedai sbb nak tgk raja lawak kot hehe. Kami pun pergilah tempat kedua dlm list, CT Sop Ayam Kg atau A.K.A Keluarga Bahagia. Saya order kue teow tom yam manakala suami pula order nasik goreng kerabu...kat sini tom yam dia paling sedap di Pekan, pd pendapat sayalah!
Hari Sabtu hari yg paling bz buat saya, suami yg sepatutnya ot, pening kepala pulak pagi2, jadi tak dapatlah ot, dia sambung tido, sakit sangat kepala katanya. Saya yg mmg plan nak pg pasar tani/pagi, pada mula nak pg awal pagi tp terkandas kat depan TV, padahal dah pernah tgk citer tu, tp sbb dah lama, hampir lupa, saya tgk lagi. Bila tgk cuaca di luar, mcm panas, kalau saya pg lewat buatnya makin panas, terbakar kulit hehe, sudahnya saya keluar pukul 9. Saya ingat nak ajak suami, tp kesian pulak, tgk tidonya lena, pahtu nak keluar sekali dgn pah, dy kata nak pg pukul 9 gak. Takpelah kalau ada rezeki jumpelah dy kat pasar. Sampai mujur tak byk kereta, saya parking belah dalam dekat dgn pasar tani. Saya fikir nak tangkap sekor ayam pencen, masak apa lain citer, sok2 fikir. Tapi xde pulak, cuaca yg tadi panas jadi mendung, hari tu saya ada plan nak buat pajeri terung, tp bila nmpk gerai ikan keli, baru tgk gerai dah terfikir nak masak lain. Malang lagi, keli kecik xde plak, yg ada keli besar tp dah siap potong2. Saya pg belah jual2 sayur, takde yg menarik, tp pelik nape takde org mintak derma sekolah ugama hari ni!!! Cuti kot hehe. Tapi tiba2 saya terus buat keputusan nak buat masak lemak cili api ikan keli bakar, besar pun besarlah, cari pucuk paku ngan kelapa parut. Selalu kelapa parut harga singgit, tp ada plak tanda harga kat plastik bungkus tu singgit pat posen, pandai betul makcik ni nege, yelah kelapa dah mahal!!!
Lepas siap beli saya terus ke kedai suratkhabar, beli Kosmo/Sinar harian, ternampak plak cina jual suratkhabar tu pakai baju uniform mcm suami saya punya, Hicom daa....hehe. Lepas simpan brg2 beli tadi dalam kereta, saya bergegas ke pasar pagi, sbb saya ada misi hari ni, beli tudung kakak ipar saya kirim. Sbb dy dah bg contoh dan bagi duit terpaksalah beli. Pusing2 sambil2 tu usya tudung sendiri dan brg2 lain yg dah saya survey beberapa mgg lepas. Akhirnya saya berjumpe dgn tudung yg di kirim, tp warna dy agak cerah sikit, takpelah kalau nak cari yg lain mmg sama ada nmpk serabut atau mahal sgt. Saya usya jugak kedai tudung yg saya aim beberapa mgg lepas, tp saya tau harga dia mesti mahal, cuma saya berkenan sbb dy ada corak yg memenuhi citarasa saya. Saya tanya harga, 40 hengget dia kata, mak oi mahalnya, tp mmg cantik dan berjenama. Saya terfikir di kepala, kalau dpt durian runtuh ni, mau saya beli 10 helai hehe. Tapi sudahnya saya beli tudung yg saya tak plan utk beli, harga pulak boleh tahan, saya beli 2 helai, paten baru katanya.
Sebelum balik saya sempat cari tudung kosong dan anak tudung di bahagian luar, jumpa pulak dgn kak ani, saya tgk Rayyan semakin comel, dorang baru jer sampai. Tapi saya tak beli apa2lah, terus ke kereta dan balik. Dan sampai sudah juga saya tak jumpa pah, mcm bese! Dlm perjalanan hujan turun, dan semakin lebat bila saya sampai pantai selamat. Kesian kak ani n family, hujan pulak! Saya mmg plan nak pg p.selamat tp saya lupa nak beli apa. Payung dlm kereta yg paling besar, sempat saya basah sebelum dpt bukak payung tu hehe. Masuk dlm saya beli barang2 yg saya rasa perlu tp saya ttp tak ingat barang apa yg sepatutnya saya beli. Balik rumah, suami masih tido, saya kejutkan bangun, makan ubat, saya dah beli active fast, 100 plus dan vitagen sbb dia kata dlm badan byk angin, susah nak membuang. Saya terus pg siap2 bahan utk masakkan. Tapi tgh siap2 brg utk masak, baru saya teringat saya sebenarnya nak beli sos cili!
Ini resepi mak mertua saya, sebelum ni seingat saya saya tak pernah makan ikan bakar masak lemak, rasanya arwah mak saya pun tak pernah masak. Mula2 saya gaul ikan keli tadi dgn garam dan kunyit. Selepas tu saya bakar atas dapur gas jer. Kalau mak mertua saya bakar atas dapur arang dan guna arang sendiri (tempurung kelapa yg di bakar sehingga menjadi arang, mak mertua saya kata arang yg beli tu ada campuran kimia, tp saya tgk mak mertua saya bakar tempurung guna petrol, sama jer kot hehe). Tak kesahlah janji syaratnya kene bakar sehingga lagi elok bila ada kesan2 bakar, yg hitam2 tu, jgn bakar bubuh petrol sudah hehehe. Tapi saya sbnr rasa ikan keli atau yg sewaktu dgnnya ni elok di bakar atau digoreng sbb dia ada byk lendir dan kalau tak pandai masak, akan berbau hanyir. Dan sebelum tu pastikan anda basuh ikan keli dgn tepung gandum utk membuang lendir2nya. Lagi satu suami saya baru ingatkan, di bhgn ketiak ikan keli hahaha, bawah sirip ada satu mcm biji kemerah-merahan yg mesti kita buang sbb bende nilah yg akan membuatkan ikan tu berbau hanyir.
Ini lah masak lemak cili api ikan keli bakar yg sudah siap di masak tunggu utk di makan sajer hehe. Bahan2 memasaknya sama seperti masak lemak cili api biasa. Tumbuk bwg merah, bwg putih, cili api mengikut tahap kepedasan masing2, saya letak 15 biji cili api, dan sedikit lengkuas. Saya x pasti kenape nak letak lengkuas, tp mgkin ada kene mengene dgn jenis ikan yg di masak (mak mertua saya yg ajar). Kemudian tumis bahan2 yg ditumbuk tadi, selepas naik bau masukkan ikan bakar tadi, gaul sehingga sebati dan selepas itu barulah masukkan santan. Seperti biasa masukkan juga bahan perasa, garam gula dan kiub ayam. Saya masak guna periuk tanah liat, lagilah ummmph. Jgn lupa pucuk paku rebus utk di jadikan ulam, lainlah kalau ada org yg mkn mentah2!!
Suami saya puji masakkan saya seperti masakkan mak dia, mmg berselera dy mkn, pening pun hilang. Lepas berehat sekejap suami ajak saya pg tgk wayang, esok nak memancing katanya. Saya ada plan nak ajak dia tgk wayang hari ahad, sbb awal2 dia ada kata dia tak ot. Saya pun oraitlah janji dapat jalan2 hehe. Sebelum wayang bermula kami ada byk masa, pe lagi pg usya2 lense kamera, sambung balik gelang emas saya yg terputus, ketatkan cermin mata saya (cina tu kata kalau tukar getah pun dia akan longgar selepas beberapa mgg sbb lubang pada cermin semakin besar) dia suruh tukar cermin, tapi saya plan nak buat lain, takpelah lain kali, akhirnya kami pg minum di food court, suami saya mkn wafer strawberi saya mkn kaya ball dan roti bulu (hahaha mak mertua saya yg bagi nama tu, sbb atas roti tu ada serunding mcm bulu).
Cerita HMM ni mmg best, salute dgn KRU sbb mampu buat filem sehebat ini, syahbas. Tetiba teringat buku sastera arwah mak, Hikayat Merong Mahawangsa, saya pernah baca tapi dah lupa lansung ceritanya. Tak sangka KRU boleh terfikir utk membuat filem adaptasi drpd hikayat ni. Saya tak pasti kebenaran cerita ni, tp kalau tengok pada jalan cerita seolah2, Merong Mahawangsa adalah asal usul raja2 melayu di sekitar Asia Tenggara ni, wallahualam!
Selepas menonton tak rancang pun nak pergi mana, tapi suami saya ajak pergi pasar malam Kuantan, seingat saya sebelum kawin kami pergi sekali jer. Ada beberapa peniaga kami kenal sbb mereka juga berniaga di pasar2 malam di sekitar Pekan. Di sini juga ada pengutip derma utk mangsa tsunami jepun. Bukan sajer tu, ada juga org buta, org tua takde kaki, perempuan bersama anaknya yg meminta sedekah. Kami mengagih2kan duit kepada semua, sedekah. Last sekali kami beli nasi kukus ayam utk makan malam, sebelum tu suami saya ajak makan di sebelah bengkel Yanto, kawan suami saya. Tapi tiba2 pening suami saya dtg balik, tak kesahlah lagipun kat pasar ni nasi kukusnya nmpk sedap gak. Mmg sedap, sebelum ni saya pernah beli nasi kukus masa bulan puasa, tp nasi dy keras, lepas tu saya terus taknak beli. Tak sangka pulak nasi kukus ni lembut, ayam besar, gulai pun sedap cuma masin sikit, dan paling bagus peniaga tu, saya sgt puji sbb saya byk kali jumpa peniaga tak kesahlah jual apa, muka ketat jer, dari kita nak beli terus tak jadi, menyampah! Peniaga ni penat mcm mana pun dia boleh bagi layanan yg baik siap ckp terima kasih dgn kuat lagi, macam tulah nak meniaga.
Sebab malamnya kami mkn kenyang, esok pagi kami bgn lambat hehe. Bangun siap2 nak sarapan, sebab jam dah tunjuk pukul 11 pagi, suami ajak makan dekat kedai bersebelahan IKM, tapak pasar malam hari rabu. Saya order nasi lemak ayam, suami pula roti telur, tapi lepas tu saya menyesal beli nasi lemak, sbb sambalnya berminyak buat saya rasa loya. Ptg sepatut saya pergi yasin rumah pah tapi sbb rasa tak sedap badan, saya batalkan. Saya ajak suami pg makan kat kedai mak su di Tg Lumpur, goreng2 tp kami berdua tertido sehingga pukul 6, mgkin letih sgt. Sudahnya suami ajak pg pasar malam taman maulana, lapa katanya. Sbb tgh hari tadi kami cuma makan mi goreng sedap. Lagi pun pagi tadi suami saya mkn roti telur, mgkin sbb tu dia terasa lapar. Saya pelik suami saya cuma beli keropok dan karipap jer, mgkin dia nak ajak saya makan malam di luar. Rupa2nya dia nak pergi rumah pah, saya tak tau pulak pah jemput budak lelaki waktu malam. Pada mula saya malas nak pergi, tp bila fikir saya nak makan apa mlm ni, saya pun pergilah lagipun suami saya ckp malam ni cuma mkn2 jer.
Tak sangka pulak, malam ni kami mcm reunion, kebetulan ita pun dtg malam jugak, pe lagi mcm org yg tak pernah jumpa 10 tahun. Tapi sekurang2nya kami tak bergosip pasal org yg sama kami gosip selama ni hehe. Kami byk bercakap psl pengurusan Hicom yg hampeh....hehehe. Ingat nak sekejap jer, rupanya sampai ke pukul 10 malam. Yg best suami ita yg pada mula ajak ita balik, walaupun masa tu dia tgh berborak dgn suami saya, dan masih berborak selepas ita dan anak2 keluar menuju ke kereta hehehe. Seronok dapat jumpa sekali sekala nie, kesian cik pah bila dia tak dpt nak menyertai kami hikhikhik.
Malam tu saya tengok cerita kelaka seram, "cinta peah dan kisut". Cerita dia kelaka tp ntahlah sebelum tido saya boleh terbayang2 pulak, byk kali saya baca ayat kursi utk memastikan saya tak akan bermimpi psl hantu hehehe. Suami saya awal2 dah hanyut.....



No comments:
Post a Comment