Hari ni suami balik lunch, sbb nak pg solat jumaat so kenalah masak awal. Dari malam tadi dah plan nak masak lemak labu, mkn dgn ikan pelalin goreng, nak pg pagi2 katanya dalam pukul 10pg, sbb Pantai Selamat bukak pukul 10 pagi......hehe tp mcm beselah, bila dah bukak tv ada plak citer best (Stepmom), walaupun dah tgk byk kali tapi jalan citer dy menyentap jiwa, tgklah smpi abis dkt2 pkul 11.30 jugak, keluar2 kereta, ustazah dah balik! Dah lmbt dah ni, suami balik 12.30......
Cari labu yang kecik xde, beli jugak yg sedang....sambil2 sempat gak capai sabun baju, roti dgn suratkhabar hehe. Balik umah terus kupas labu, kulit dy yang tebal tu melambatkan lagi masa yg sudah sediakala suntuk hehe. Sementara tu bleh lagi jadi sotong, masak nasik dan goreng ikan. Tapi dalam fikiran dah ada plan, separuh labu tu masak lemak cili api utk lunch, separuh lagi buat pengat. Lagi pun teringat air gula merah untuk bubur sumsum hari tu banyak lagi dalam peti ais. Tadi pun dah siap2 capai santan RM4 (mahal betul santan, padahal kelapa berlambak kat Pantai Timur ni!!!!)
Ngam2 selesai jer masak suami balik terus hidang, makan panas-panas. Saya pulak mmg selalu letak nasi lebih dlm pinggan suami, dkt pinggan sendiri separuh, cukup dah tu...tapi hari ni dua2 bertambah, sampai x boleh nak berdiri tegak sbb perut tegang kekenyangan hehe.....
Inilah dy labu masak lemak cili api, saya guna cili api merah (sikit jer sbb pedas dy menyengat) nak bagi kemeriahan warna dalam kuah nie.....cukup pedas, lemak, manis masinnya!
Yang ini plak pengat labu, kalau ada biji sagu lagi meriah, tapi nak beli sebungkus punyalah banyak, nak guna sikit jer, nnt buang jer....so tak payahlah, sepatut letak daun pandan tp lupa, yelah tergesa-gesa nak siapkan lunch tadi!


No comments:
Post a Comment