Thursday, 24 March 2011

Pasar Malam atau Pekan Sari

Semalam saya pada mulanya nak masak ikan bakar dgn sop sayur tapi last2 beli makanan siap kat pasar malam jek! Pasal tajuk hari ni, mmg dari kecik saya panggil pasar malam, walaupun dia mula petang hehe, tapi sejak saya tinggal di Pekan, saya dgr org panggil pekan sari, saya tak berapa ambik pot sgt pada mulanya, sehingga mak mertua saya dok ckp beli kat pekan sari simpang muazzam! Pada fikiran saya ada pasar tani kat simpang muazam tu, last2 barulah saya tau, org sini mmg panggil pasar malam, pekan sari...klaka, slow betul saya ni! Pagi tu saya tengok citer glee lagi tapi season 1, saya tak sangka ada jugak isteri yg sanggup berpura-pura mengandung konon untuk menyelamatkan rumahtangganya, last2 bila suami dia dapat tau, berpisah!!!! Sia2 jer, itulah bende2 ni jgn buat main2, walau untuk sebab apa pun, elok2 hubungan tu boleh ok jadi hancur. 


Hari ni saya nak cerita pasal pasar malam tapi sebelum tu semalam saya berjaya mengemop dapur yg dah beberapa hari saya plan hehehe. Lepas tu saya kumpulkan design2 t-shirt utk saya tunjukkan pada Stephan hari Jumaat ni, owh ya saya sebenar rasa lega sikit, harap2 penantian saya akan berakhir, petang semalam Stephan call saya beritau dia nak jumpa saya di opis MBM bersama Peter Siedl sambil2 tu tgk brg2 yg kami nak bawak ke Thailand. Cepatlah sikit saya dah tak sabar nak kerja (back to action), selalu dok asyik dengar criter Pah ngan Ita jer geram gak, sbb tak dapat main peranan. Sebenarnya saya rindu dgn suasana kerja, terutama kerja di ATSM dulu, rindu nak gaduh masa meeting, rindu nak tengok muka org buat salah hahaha, rindu dgn keadaan pressure dgn auditor masa audit, dan paling rindu nak makan kat pantry dgn ita dan pah, pahtu ulas balik berita TV3 sambil nyumpah2 hehe


Pasal pasar malam, semuanya sbb criter Kemboja Putihla, pada asalnya saya plan nak beli bahan2 utk buat ikan bakar dgn sop sayur di sana, tp bertukar menjadi beli mknn dah siap hehe. Saya nak tengok sampai abis gak citer tu, yg abis pada pukul 5.30, kalau plan nak masak saya akan pergi kul 5ptg makne 1/2 jam saya miss! Nak tgk malam, mungkin ada criter yg best, teruk btul Ernie. Selepas berbincang dgn suami pasal nak beli mknn apa kat pasar, kami sepakat nak beli nasi ayam berempah. Tapi malangnya, sampai kat sana saya tetiba jadi keliru, rupanya gerai nasi ayam berempah yg biasa saya beli tu ada kat depan skali, row tgh2, tp cam kosong, saya hampir2 nak jalan belah2 gerai sayur plak, rupenya ada 2 gerai kat situ yg tak bukak! Alamak camner ni, takpe jgn panik, cari alternatif, selalunya saya ada contingency plan tapi hari ni saya takde....Saya pun berjalan2 sambil jeling2 kat gerai peneram, sate (hari ni saya taknak beli), nasi ayam (ada dua tiga gerai, yg mana ek!). Dekat hujung ni ada gerai nasi ayam yg nampak best, ayam dia besar, takpe jalan dulu tgk lauk plak. Aiseyman besarnya udang galah ngan ketam biru nie, takde dlm agenda, saya cari ikan kembung, tp yg ada cuma ikan pelalin jer. Tapi ada satu gerai ni ikan selar kuning dia nampak fresh, boleh lah.....Dan tanpa berfikir lebih lagi saya terus pusing ke kedai nasi ayam tadi, beli dua kemudian beli murtabak daging, kene tunggulah plak. Dah naik 3 hengget wa ckp lu murtabak!, dulu 2hengget setengah jer....


Selepas dapat apa yg saya fikirkan, saya terus ke gerai air abg koboi, nak beli air kelapa. Sebelum sampai ke gerai tu saya lalu dkt gerai ikan bakar, dah lama saya tak beli, tapi hari ni saya tak rasa nak beli, ramai betul org kat sini, tiba2 saya tgk gerai tu dah jual nasi kukus, tp yg mula2 saya nmpk ayam berempah dia, sama mcm ayam berempah nasi kukus yg saya beli di pasar malam kuantan. Chisss bila masa plak org ni jual nasi kukus, napelah saya tak jalan kat sini tadi dulu, kalau tak mesti saya dah beli nasi kukus ni, nasi dia nmpk lembut, tak sedap lain criter janji try dulu!!!! Dah takde rezeki nak wat caner, lain minggulah jgn mgg depan dia tak jual udah, mcm gerai pizza....Last skali saya beli ayam goreng dua ketul dgn hati ayam singgit, mana tau kurang ayam nak mkn nasi ayam hehe


Sebelum pg pasar malam, saya terkejut gila bila nampak siput babi dok tgh berusha panjat kereta saya kat cermin depan dah nak sampai bumbung kereta dah, ntah bilalah dia start, pagi tadi takde rasanya. Dulu masa Pekan banjir teruk, suami saya ada ckp, kalau siput babi panjat pokok tinggi2 makne nak banjir. Lepas tu masa siram pokok ptg tu saya nmpk siput babi panjat pokok lidah buaya plak, tapi kat pokok daun pandan dia ada kat bawah plak, jatuh kot! Saya mula fikir bukan2, ialah jepun baru jer dilanda tsunami beberapa mgg lalu, risaunya saya, ujan plak sebelum ni tak berhenti2, tapi hari ni tak hujan plak, cuma mendung sesekali. Tapi yg paling best bila saya ceriter kat suami saya, dia kata sebab kereta tu dah lama tak kene air (dia suh saya basuh!), jadi mungkin siput babi tu rasa selamat kalau duduk atas kereta saya, x kene air hahaha. Mungkin saya jer yg risau tak tentu pasal, xde apa2 lah, insyallah.


Semalam suami saya balik lewat sikit, saya agak dia mesti pg pasar malam, mmg betul, balik2 dia bwk sebungkus ketam (yeye), taufa gula merah dan kuih peneram, saya punya suka sbb saya mmg dah plan nak beli kuih peneram 5 hengget tadi, tp saya lupe, mgkin sbb saya tak bwk beg, tgn plak dah penuh....I love u lah! Ptg tadi saya ada sms mcm2 kat suami saya psl pasar malam, termasuklah ketam biru dan udg galah besar tadi, x sangka plak suami saya boleh singgah, dia kata nak jalan2 tgk, tp paling best dia beli ketam...love u lagi!


Malam tadi tgh syok2 tgk citer Valentines Day, Bob dtg, suami saya kata dia masih berminat nak beli mesin rumput suami saya, yelah mesin tu pun baru lagi, guna pun beberapa kali jer, daripada simpan jer kat umah mak atau abah bila kitorang bertolak sok, baik jual. Lagipun suami saya dah bg projek2 dia kat Bob, kalau takde mesin dan harap mesin org lain susah gak, baguslah boleh gak Bob buat2 nambah duit, OT pun kurang ya Bob...
Tgh hari semalam, pukul 1 saya tgk criter Glee musim kedua, episod malam smlm. Sejak kerja di rumah, saya dah sampai hafal siaran ulangan ceriter yg saya gemari. Kalau tak dpt tgk mlm tu saya akan tgk siaran ulangan hehe. Lepas tu saya plan nak call adik saya, aya tanya psl ending criter Hero Kg, cerekarama mlm sabtu lepas, boleh saya tertidur 10 minit sebelum abis, ngantuk tul. Yalah kebetulan suami saya takde malam tu, pg kuala pahang, nak amik gambar kawannya mancing katanya. Kalau suami saya ada, dia tentu dah kejutkan awal2 hehe. Selalunya aya tak tgk tv sgt sbb di conquer oleh kakak saya hehe, tp sbb dia da masukkan dlm fb kata yg criter ni klaka, saya agak dia mesti tgk criter ni sampai abis. Punyalah nak tau camner ending, dan paling best aya criter dgn semangatnya hehe. Sambil2 tu saya tanya pasal anak sedare kesayangan saya, chacha. Aya criter hari tu dia suruh ayah dia call atuk (abah saya), tp kebetulan abah takde kat rumah jadi dia hanya bercakap dgn ucu (aya), bila ayah dia suruh tanya "ucu dah makan?", dia tak tanya tp jawab, "dahhhhhh", bila ayah dia suruh tanya, "ucu mkn apa?", dia tak tanya lagi, tapi dia tolong jawabkan, "acik toyo", maknenya nasi dgn telur.....hahaha, sbb tulah saya selalu rindu kat dia, sbb dia kelaka, mmg rindu sgt!  


Dan sepanjang petang tu, aya asyik call saya mintak pendapat pasal anak tudung, dah dpt dlm web anak tudung yg dia cari, takde stok plak. Sebab saya pun free, so saya pun tolong2 dia cari web yg berkaitan dgn anak tudung, mana tau ada rezeki, ada stok plak, leh beli online. Last skali dkt2 pukul 7, sampai saya terlewat mandi, selalunya saya dah sedia dok depan tv pukul 7 utk tgk criter, begitukah cinta, baru saya dpt 1 web yg saya agak ada stok tudung yg aya nak....harap2 anak tudung yg dia cari ada stok!

No comments:

Post a Comment