Semalam satu hari satu malam hujan, hujan x berhenti-henti daripada pagi sampailah malam tadi, suami kata nak bawak kereta tp tak taulah apsal plak tak boleh start sbb bateri kong, padahal bateri tu baru tukar bulan 7 tahun lepas, x sampai pun setahun, mgkin ini kelemahan bateri kering, beberapa hari ni suami bawak kereta dan saya pulak kalau suami tak bawak kereta saya x klua, sudahnya dy kong......innalillahirojiun!
Sebelum ni kalau hujan pagi, tgh hari mesti dah panas, tp semalam semakin petang semakin lebat hujan, saya fikir mcm mana suami nak balik solat jumaat dan pg caj bateri???? Alhamdulillah sib baek ada pah, sy pinjam kereta dy utk suami saya, dan pada masa tulah saya dapat tau rupanya Pah dan Kak Tim plan nak dtg rumah saya lunch, dan dy pesan jgn msk apa2 dorang akan beli mknn....Mmg saya x msk pun hari ni, sbb sambal sotong semalam ada lagi, dan saya fikir nak buat telur dadar jer. Saya agak dorang mesti beli mknn ringan jer so saya pun buatlah air teh o panas sbb hujan masih lebat. Saya agak mesti kak tim ada bwk ole-ole drpd Bangkok, mknn mungkin! Mmg rindu sgt nak jumpe dgn dorang berdua mesti byk criter....hehe
Kenapa saya letak tajuk Fatimah??? Saya rasa skrg dorang berdualah BFF saya, sebelum ni saya ada Joy dan Vijaya, 1 Malaysia (uwekks...), tp dah lama saya x contact dgn dorang, padahal bukan ssh, call ajer, itupun susah kan....kdg2 saya pelik dgn diri saya sendiri, saya suka berkawan, tp kalau dah lama x jumpe mmg susah nak contact, sbnr saya lebih suka berjumpa drpd call, mgkin saya ni jenis tak suka bergayut di tepon!!!!
Fatimah, lebih tua drpd saya 3, 4 tahun, saya panggil dy kak tim, dulu semasa di CCB saya tak berapa baik sgt dgn dy, cuma bila sesekali terserempak kami berbual2 kosong, dan macam2 cerita yg sy dgr ttg dy sama ada baik atau buruk, saya ni bukan jenis org yg mudah terima ttg keburukkan seseorang yg di sampaikan kpd saya, mujur saya bukan begitu! Lagi pun takde kene mengena dgn saya, so seperti biasa saya berhubungan dgn kak tim. Hubungan kami jadi lebih rapat selepas kami menguruskan projek yg sama mewakili syarikat masing2, kiranya rakan sejawatanlah, walaupun sy tau pendapatan kak tim jauh lebih tinggi drpd saya, dan bekerja dgn syarikat international, berbanding saya kerja dgn syarikat cina bukit hahaha, saya ttp bersyukur, byk pengalaman yg saya timba di sini. Kak tim sbnrnya baru mndpt ijazah dprd UM, sy x prnh tanya jurusan apa. Tp itu bukanlah apa yg saya nak criter di sini. Hubungan kami jadi lebih rapat selepas kami sama2 mengandung, dan kami menghadiri kursus bersama2 di Vistana, saya pulak sering berjumpa dy di pejabatnya utk bertukar2 pendapat, sehinggalah kontrak saya tamat dan saya bekerja di rumah sementara. Saya mmg mencemburui kak tim, selain berjaya dalam kerjaya dan mendapatkan ijazah sambil bekerja dan menguruskan keluarga, bekerja dgn syarikat antarabangsa, dy juga ada keluarga yg jugak besar dan bahagia, 2 anak dara, 2 anak lelaki yg masih kecil, mmg sgt2lah cemburunya saya dgn dy, tp sy ttp menghormatinya sbg kakak dan mgkin guru saya smpi bila2...insyallah!
Sharifah Fatimah, adik yg baru sy kenali, tp hubungan kami dah mcm adik beradik, xde rahsia antara kami (kecuali rahsia rumah tanggalah hehe), sy panggil dy Pah, walaupun sebelum ni dy kenalkan diri dy sbg "Wan Pah", tp sy lebih senang panggil dy Pah. Klau nak criter suka duka kami selama 3 tahun ni mmg tak cukup blog. Tapi saya boleh ringkaskan dgn, selama dy bekerja di bawah saya, sy cuba sedaya upaya utk menurunkan seberapa byk ilmu sy kepadanya, walau sy x nafikan kdg2 saya marah2 dy, tp beselah marah kakak kepada adik. Kdg2 sy geram jugak dgn dy, tp sy cuba bersikap professional sambil menggangap sy juga pernah berumur 24 tahun! Pah, seorang yg mudah belajar, dan sy tak sangka dy berminat dgn kerja ni, sdgkan dy ada Diploma dlm jurusan IT, yg dy juga mahir kendalikan sambil mulutnya x berhenti bercakap hehe. Senang ceriter Pah seorang yg baik hati kepada sesiapa yg baik dgn dy, tp berbeza dgn sesiapa yg cari pasal dgn dy, tak perlulah sy criter...seorang gadis keturunan Syed, yg agresif disamping mengekalkan kesopanan dalam berpakaian dan sedang berusha memperbaiki cara berkomunikasi hahaha. Ada sejarah keluarga yg agak pahit, tp dy berjaya menanganinya dgn baik, alhamdulillah....saya berharap dy akan bahagia dgn lelaki pilihannya insyallah! Sekarang Pah sdg menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di OUM, dan berita terbaru, dy suka dgn kerja barunnya padahal sebelum ni dy x dtg pun pada hari pertama bekerja sbb tak berminat, tp selepas sy bawakan surat tawaran dan menyokong dy utk berjuang mendapat gaji yg lebih baik, alhamdulillah dy OK skrg, baguslah.....
Itulah criter BFF saya dan sy harap hubungan kami masih seperti sekarang sehingga bila2, insyallah!
No comments:
Post a Comment