Ini contoh poster yg mungkin berguna untuk projek Pah...
Inilah yg saya katakan tadi, kalaulah saya boleh dapatkan bahan2 ni, saya pasti akan ubah suai dan jual di pasaran Malaysia!
Tengok, caner dorang boleh terfikir nal buat cam gini!
Lepas saya copy apa yg patut, saya cari bahan yg berkaitan dengan ikan utk projek suami saya pulak. Memang alhamdulillah semua menjadi semalam. Saya jumpa web yg ada beberapa contoh logo yg ada bentuk ikan, mmg cantik, saya copy sebagai rujukkan suami saya nanti. Saya rasa lebih baik kalau suami saya sendiri yg design, sbb dia tentu tau apa yg dia nak! Tapi sebelum pukul 7 malam, saya cuba buat satu contoh logo dgn gambar ikan yg suami saya pilih, x sangka pulak dia teruskan design saya tu, dengan tambah beberapa perkataan dan merujuk contoh yg saya copy awal2 tadi.
Ini pulak contoh logo yg menggunakan bentuk ikan yg saya paling suka....cute!
Inilah logo kelab memancing suami saya, tak tau dah finalise belum, tapi saya rasa dapat feedback yg baik daripada ahli2 yg lain!
Semalam seperti yg saya plan, masak paprik ayam utk mkn malam. Sekarang saya dah start ikut ceriter Kemboja Putih yg bermula pada pukul 4.30ptg hingga 5.30ptg, walaupun saya tau ada ulangan di TV9 pada pukul 8.30 malam tp sebab malam selalunya ada ceriter lagi best, baik saya tengok petang hehe. Ceritanya tentang kemboja gadis kg yg baru berkahwin tapi telah dirogol dan di bunuh oleh sekumpulam pemuda2 kg yg liar termasuk cucu penghulu, sebab saya baru jer tengok, skrg kemboja dalam proses membalas dendam kepada semua lelaki yg menghancurkan hidupnya tu. Tapi paling kesian suami kemboja masih tak dpt terima kenyataan isteri dia dah mati, dia jadi weng2, dan dalam cerita ni seolah2 kemboja masih lagi tinggal di dalam rumah mereka. Hanya suaminya jer yg nampak. Tapi hantu kemboja ada berjumpa dgn kawan baiknya di dalam mimpi utk meminta pertolongan! Best gak jalan ceriternya, tp paling tak best cepat sgt dia abis....Oleh kerana ceriter tu abis pukul 5.30, jadi saya akan mula masak juga pada pukul 5.30, selepas solat asar hik2
Inilah dia montaj ceriter Kemboja putih....
Inilah dia paprik ayam yg saya masak semalam, dulu kalau saya masak paprik, mcm2 sayur saya masukkan tp skrg saya cuma letak kacang panjang dan sedikit karot. Kali ni saya tak tumbuk bahan2 perencah, tapi saya cuma hiris. Hiris bawang merah (byk sikit), bwg putih, halia, daun limau purut, cili api (lenyekkan jer) dan titikkan serai. Tumis bahan2 tadi sehingga naik bau, pastu masukkan sesenduk cili kering blender. Sebab saya terlupa nak keluarkan ayam daripada peti ais, saya masukkan ayam dulu dalam tumisan tadi, letak sos tomato dalam 2 sudu, air sikit, tutup kuali utk mengempukkan ayam tadi. Selepas rasa2 ayam tu dah separuh empuk, baru masukkan sayur kacang pjg dan karot. Letak garam, gula dan kiub ayam secukup rasa, dan akhir sekali tutup api sebelum letak buah tomato. Sebagai lawannya saya buat telur dadar, sedikit kiub ayam, sedikit mayonies dan daun sop.







No comments:
Post a Comment