Tuesday, 29 March 2011

Ayam Masak 5 Rasa

Saya rasa saya dah jadi makin pelupa, mungkin sbb dah lama tak menggunakan akal maklumlah kerja di rumah, kalau nak kerja, kerja, kalau tak nak, x payah kerja hehe. Semalam saya memang betul2 dah kehabisan idea nak masak apa utk makan malam kami tapi tiba2 saya rasa macam nak masak asam ikan kerisi (kalau ikan merah lagi sedap tapi mahal sgt, ikan kerisi pun jadiklah hehe), selalunya saya masak guna perencah brand Nyonya, Masak Asam Portugis kalau tak silap, adalah perkataan portugis tue! Semua ni bermula bila kami mula2 diperkenalkan dengan Restoren Asam Batu Laut dekat2 dengan Morib, Selangor. Aya, adik saya yg perkenalkan, masa mula2 sampai di sana saya macam tak percaya, sbb kedai tu betul2 di muara sungai lepas tu kedai papan, kalau macam kat restoren muara tg gila/harapan kat port klang tu ok lagi, ini macam jeti lama zaman2 P.Ramlee hehe. Tapi bila dah rasa masakkan dia, ya allah tuhan ajer yg tau, sea food, cina yg masak tapi halal. Mereka hanya menyediakan masakkan sea food ajer. 


Kami pernah masak sendiri dgn guna ikan kerisilah, tanpa ada perencah bantuan, tapi ntah macam mana 1 hari saya sajer beli perencah brand nyonya ni, masyallah, masakkan dia lebih kurang sama, senang pun senang. Selepas tu saya terus menggunakan perencah ni kalau teringain nak masak asam. Semalam selain beli ayam, saya beli gak ikan kerisi, siap berebut2 dgn 2 org kakak nie, saya selak dia angkut, saya selak dia angkut, yg sorang lagi guna penyepit, dia jer pegang dari awal, mcm dia sorang nak beli ikan, klaka pun klaka gak hehe. Tapi malangnya perencah brand nyonya tu takde plak, mmg kdg2 ada, kdg2 takde kat pantai selamat, sebelum ni saya beli kat Tunas Manja kat bandar, malas nak pergi bandar saya cari kat Eng Hong. Walaupun tinggal kat bandar kecik tapi ada byk pasaraya alternatif yg berhampiran. Malang lagi takde jugak brand yg saya carik, sudahnya saya beli perencah yg saya tak pernah masak, saya lupe brand apa, tp saya rasa Maggi, Ayam Rempah 5 Rasa. Saya beli 2, sbb kalau 1 selalunya tak rasa, walaupun ayam cuma beberapa ketul.


Sebab kenapa saya kata saya semakin pelupe, saya lupe nak ambik gambar hehe. OKlah masakkan dia, suami saya  kata macam masak kurma. Tapi semalam suami saya siap ratah ayam tu, tambah nasi cam beselah! Masakkan ni macam ayam letak tepung jagung, dia sarankan utk campur dgn cendawan cina, kacang pis, karot dan jagung (ala yg dah siap peket tu, utk masak nasi goreng cina selalunya) tapi sbb saya fikir kat peti ais ada byk sayur, saya hanya gunakan kacang panjang yg di potong pendik2, kene kreatif kalau nak memasak. Sedap mmg sedap, owh sebelum tu saya campurkan dgn cili api, selain tu saya juga goreng ayam tu separuh masak (gaul dgn garam, sos tiram dan tepung jagung). Lepas masak saya rasa mcm tak sabar nak makan, sudahnya saya ratah ayam cam gitu jer, sedap siut makan panas2 hehe


Semalam pagi selepas suami saya pergi kerja, hujan, lebat gak, tapi pukul 12 tgh hari hujan berhenti dan ada matahari plak, alhamdulillah....mmg dia nak bg saya pergi beli lauk, sbb tu hujan berhenti. Selepas saya balik duduk jap, hujan balik. Tapi hari ni cuaca sejuk, selalu kalau hujan pun kita ttp rasa bahang. Ingatkan hari ni saya boleh cuti bukak air cond, belah malam plak rasa panas hehe. Suami saya dah faham sgt dgn bini, dia, dia tak suruh tutup bila hari semakin malam, tapi dia cuma ckp kaki dah sejuk hehe

No comments:

Post a Comment