Friday, 18 March 2011

Nasi Goreng Udang

Semalam saya buat nasi goreng jer untuk makan malam, sbb pagi2 sebelum suami saya pergi kerja hujan lebat lagi, maknenya kenalah suami saya  bawa kereta dan saya takde kereta untuk membeli lauk hahaha. Tapi seperti biasa saya ada contingency plan, iaitu plan C. Mujur saya ada simpan udang sikit masa buat Tom Yam udang hari tu. Dan saya juga boleh buat telur dadar yg saya dah siap bahan campurannya semalam tapi tak jadi sebab suami saya beli ayam goreng kat pasar malam...fiuh!


Dan seperti biasa, bila saya masak nasi goreng mesti saya lupa nak amik gambar. Tapi saya nak criter jugak macam mana saya masak nasik goreng malam tadi. Seperti semua org buat (org yg biasa masaklah hehe), kita kene masak nasi awal2 lagi, sbb kalau nasi yg baru lepas masak selalunya masih lembab, kalau buat nasi goreng dy akan jadi basah, lembik! Lepas tu sediakan perencah, dgn menumbuk cili seberapa byk mengikut tahap kepedasan seseorang, bersama bwg merah dan bwg putih. Kali ni saya tak masukkan sayur ke dalam nasi goreng saya, sbb dalam telur dadar dah ada karot. Saya guna perencah nasi goreng ayam sri aji (itu jer yg ada dlm simpanan saya). Tumis bahan tumbuk tadi sehingga garing, masukkan udang, sehingga betul2 masak kemudian baru masukkan nasi, gaul sehingga rata dan kering.


Untuk telur dadar pulak, saya criter balik bahan-bahan apa yg saya gunakan. Karot yg siap disagat, sedikit kiub ayam (jgn byk2 nnt masin) dan sedikit mayonies (juga jgn byk2 takut terlembik telur dadarnya), akhir sekali baru masukkan telur, kacau sehingga sebati. Semasa menggoreng walaupun kita pasang api yg sederhana, ia seolah2 tak panas, sbb telur tu tak kembang, jgn tertipu! Kerana kita letak karot, ia jadi berat, sbb tu seolah2 dia tak nampak macam naik. Sebab saya dah tertipu, saya kuatkan api, akibatnya bahagian bawah gelap, nasib saya terfikir nak terbalikkan cepat, kalau tidak mesti hangus hahaha.


Macam mana pun gandingan nasi goreng udang dan telur dadar karot mmg sedap, bukan suami saya sajer yg bertambah, saya pun sama, makan macam 4 hari tak makan hehe

No comments:

Post a Comment