Hari ni adalah hari yg paling membosankan pada saya, mungkin sbb hari2 saya boleh lepak kat rumah sambil tgk tv dan makan, bela badan hehe. Jadi bila hari Ahad yg sepatutnya saya habiskan masa bersama suami, saya masih lagi seorang di rumah and do nothing but the same thing everyday! Seperti yg di rancang suami saya pergi pertandingan memancing dgn Man kat Tg Sepat, saya yg pada mulanya ada sedikit perasaan nak ikut, last2 ambik keputusan duduk rumah, lagipun saya fikir suami saya akan balik tgh hari. Pagi semalam mmg saya mengantuk tahap cipan, tapi saya gagahkan diri bangun utk menunaikan tanggungjawab saya sebagai hamba allah, tapi lewatlah sikit. Memandangkan pertandingan memancing bermula pada pukul 8, suami saya bergegas bersiap yg pada masa tu dah pukul 7 suku. Saya pulak tak siapkan sarapan, pertama sbb dah lewat kedua sbb saya mengantuk hehe, selalu saya dah siap mandi sebelum suami pergi kerja, tapi hari ni saya tak buat apa2 pun selain menyetonekan diri hehe (ayat baru). Selepas suami saya pergi, saya boleh sambung balik tidur kat bilik, lepas tu sedar2 dah pukul 9.45, itulah kalau sambung balik tidur lepas subuh, teruk! Saya bangun pun sbb saya rasa lesu dan tak sabar nak mandi.
Lepas mandi saya bersarapan, buat mi goreng sedap, yg memang sedap sambil minum nescafe ummmmp! Kalau nak kemas rumah mmg saya takde mood lansung, tapi saya terpaksa jugak basuh kain, yg dah tinggi menggunung tu, kemudian lipat kain yg juga tinggi menggunung akhir sekali jahit seluar kerja saya dan suami. OKlah daripada melepek depan tvkan tak buat apa. Tapi tiba2 saya ada idea utk menyenaraikan brg2 dlm rumah dan lokasi saya nak letak barang2 tu. Saya ada 2 tempat utama, rumah abah saya dan rumah mak mertua saya. Memandangkan rumah mak mertua saya paling hampir, kebanyakkan barang akan saya simpan di rumahnya termasuk peti ais, mesin basuh, air cond dan set bilik. Manakala brg2 kain seperti cadar dan baju yg saya tak bawak saya simpan rumah abah. Semua ni sbb rumah mak mertua saya ada sang tikus, byk dah brg2 kat rumah mak mertua saya yg dia bedal. Tapi sebenarnya rumah abah pun ada anai2 sebelum ni, sekarang dah takde selepas semua tempat2 yg dia buat sarang sudah dimusnahkan.
Ada juga barang2 saya plan nak bagi aya, adik saya yg nak kawin tu, sebagai hadiah perkahwinan hahaha. OKlah tu, kurang sikit brg dia nak beli walaupun second hand tp semua brg2 tu masih elok. Saya ada berbincang dgn adik saya tentang brg yg saya nak simpan di rumah abah, adik saya kata boleh jer atau kalau tak muat boleh tumpang rumah izam, adik lelaki saya. Rumah dia besar ada 4 bilik, tinggal 3 org jer.....bagus gak idea tu, nnt saya bincang dgn adik ipar saya, Aliya hehe. Lepas saya jumpe Stephan, bos saya tempoh hari, saya plan nak bawak beberapa brg ke sana, jimat pun jimat tak payah beli. Barang2 yg saya nak bawa termasuk TV LCD kesayangan saya, home theater kalau suami saya setuju dan beberapa brg dapur seperti periuk, kuali dan pinggan mangkuk fiuh, berapalah harga courier dia ek....
Kenapa saya kata semalam hari yg membosankan walaupun saya ada aktiviti 5S, semalam selain suami saya pergi memancing, dia juga di tugaskan oleh abg nya utk mengambil mak mertua saya yg baru balik dari KL yg di jangka sampai ke terminal bas kuantan pada pukul 4 ptg. Memandangkan suami saya ada berhampiran Kuantan, jadi bolehlah dia menjalankan tanggungjawabnya. Kebetulan bas lewat bertolak dari KL, jadi mak mertua saya pun sampai dalam pukul 5 lebih. Suami saya bersama Man bawalah mak mertua saya balik ke Lepar. Dan suami saya sampai rumah pukul 9.30 malam........tak kesahlah janji saya dah buat sedikit kerja perpindahan hehe. Tapi ada satu lagi berita yg kurang best, suami saya kata TV di rumah mak mertua saya dah nak rosak, mula2 dia kata remote, tapi lepas tu dia kata TV pun dah nak rosak.......!!!!! Bermakne saya terpaksalah berpisah dgn TV kesayangan saya huhuhu. Takpelah mak mertua saya dah puas susah lebih2 lagi jaga suami saya hehehe, kenelah saya berkorban sikit utk suami tersayang.
Tapi kerja saya belum setel, skrg tugas saya cari kotak, syarikat courier dan lori.....besar tugas ni, mencabar lagi! Semalam jugak saya mkn lauk semalamnya, ikan bakar dan sop sayur, malam pulak saya suh suami beli burger jer!
No comments:
Post a Comment