Semalam apa yang saya plan semua tak menjadi, cuma apa yg saya tulis dalam list banyak yg dah di lakukan. Saya sepatutnya mop dapur dan vacum rumah seawal pagi, tp last2 saya cuma vacum rumah dan mop lantai yg ada kesan2 taik cicak di ruang tamu dan bilik itupun dekat2 pukul 5 baru mula hehe. Semalam seawal pagi hujan renyai2, mmg rasa malas nak buat apa pun, nak tgk tv pun citer tak best. Tapi saya mengakulah saya update blog dari pagi sampai kul 12, ialah 3 hari nya citer.
Paling best saya beli lauk utk masak pun blah petang, pukul 3, teruk betul! Tapi yg paling saya tension bila internet terlalu slow, saya nak cari bahan utk logo kelab mancing suami saya, saya nak cari bahan utk tolong pah buat poster kualiti dan saya nak cari free download MS Visio (yg ini plak kata free tapi ada letak harga kat software yg nak download tu, tak paham!), tp sebab internet terlalu slow, saya jadi bosan utk download image yg memakan masa berejam dan proses memuat turun yg tak berjaya lansung!!!! Pernah tak anda rasa satu hari yg membosankan, semalam ialah hari bosan saya.....arrrrrh!
Tapi bosan2 pun saya masih lagi boleh menyediakan makan malam utk suami saya. Ntah kenapa dari pagi saya terfikir nak buat kari ayam. Tak sangka pulak, suami saya cerita semalam dia makan mi kari, tapi ayamnya tulang dan leher jer. Dia ternampak kari ayam, ingat nak ambik tapi mesti makcik kantin tu caj mahal punya. Sudahnya suami saya tak jadi amik, mkn jelah mi kari yg tak seberapa tu hehe. Itulah kata org kalau dah sehati sejiwa, walau suami saya tak beritau awal, tp saya dah boleh berfikir bende yg sama, bukan sekali bende ni berlaku, byk kali kami terfikir bende yg sama, terutama pasal makanan.....
Gambar ni saya baru amik pagi tadi, sebab semalam lepas hidang teruja sgt nak makan hehehe. Saya rasa lagi lama saya bekerja di rumah, makin gebu badan saya, xpelah harap2 di Thailand sok saya akan berjaya mengurangkan berat badan. Dulu selepas saya keguguran saya tak makan nasi selama sebulan, suami saya selalu tanya bila saya nak makan bersama dgn dia, sbb dia boring makan sorang. Dah skrg dia tanya saya plak bila nak diet cam hari tu....x paham betul lelaki nih!
Kari ayam saya ni biasa jer, bahan2nya tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api. Tumis bahan2 yg di tumbuk tadi, bersama daun kari. Rumah saya mmg byk daun kari, sbb seingat saya inilah pertama kali saya tgk pokok kari yg sgt besar. Itulah hasil tgn suami saya dgn kesuburan tanah yg penuh dgn taik ayam secara semulajadi. Dulu ustazah cerita kontraktor Indonesia bela ayam, bila projek dah siap, dorang tinggalkan jer ayam tu, pe lagi ayam tu pun bebas ke rumah2 org. Yg paling feveret rumah saya, sbb rumah saya xde rumput, pasir dan tanah dan pokok2 jer, itu yg dorang suka, lepak2 kat bawah pokok sambil membaja tanah. Masa mula2 saya datang rumah ni, adalah pokok ubi yg hampir nak mati, ubi dia besar gila, org panggil ubi gajah. Saya agak mmg betullah tanah kat umah saya ni subur giler, tapi tgk tangan gak, bila saya tanam, pokok2 tu hidup tapi kecik, bila bapak saya tanam barulah pokok tu membesar dgn besar hahaha dan bila suami saya tanam, semua menjadi. Tanam pokok betik, bukan sajer tak berhenti berbuah, tapi buahnya sedap dan manis, siap ada jiran yg tak kenal tebalkan muka mintak sebiji hehehe. Tapi kami mmg selalu bagi org mgkin sbb tu buah tak berhenti. Tapi selepas beberapa ketika suami saya tebang pokok betik tu sbb dia kata dah tua. Dia tanam pokok betik lain, jgnkan nak berbuah, tp tak besar2, bantut! Dulu suami saya tanam apa pun berbuah dan berbunga lebat, seperti pokok cili. Sekarang pokok2 tu membesar tapi tak pernah berbuah dan tak berbunga. Dulu pokok daun pandan rimbun sgt, suka org tgk, lepas suami saya buang, dia tumbuh halus2 jer, pokok limau purut, limau mandarin, buah naga, lengkuas, serai, misai kucing membesar mmg membesar, tapi daun jer, buah lansung takde, bunga plak hidup segan mati tak mau! Pokok kari tadi anak bersepah2, sbb dia tumbuh dari akar tapi daunnnya buruk sbb byk ulat....dan tiba2 bertahun saya tak pernah nampak ayam yg selalu lepak di halaman rumah saya, yg mengganggu ketenteraman sy pagi2 buta, mgkin dah jadi korban, ialah ayam liar. Tapi beberapa mgg lepas tiba2 ada beberapa ekor ayam lepak di rumah saya. Pelik gak selepas beberapa tahun menghilang tiba2 ada balik, ayam siapa nie? Perumahan baru yg berhampiran rumah saya dah setahun org duduk kenapa baru skrg ayam tu di lepaskan, pelik????
Berbalik pada kari ayam saya tadi, selepas tumis bahan2 tumbuk tadi dan daun kari, selepas naik bau, masukkan rempah kari yg sudah di bancuh dgn air. Kacau masukkan garam, gula dan kiub ayam, kentang dan sedikit air, tutup periuk utk mengempukkan kentang. Selepas pasti kentang telah separuh empuk masukkan ayam yg telah di bersihkan, gaul sehingga sebati. Saya tak tau apa yg saya fikirkan, saya tak beli santan padahal dua tiga kali saya lalu di tempat santan diletakkan di pantai selamat dan saya memandang kotak santan sambil berfikir, hari ni saya akan masak sesuatu yg tak pakai santan, mengong! Tapi mujur saya ada beli santan serbuk, yg mmg saya beli hari tu utk contingency plan. Bagus tak plan saya, saya hanya menggunakan separuh jer serbuk santan yg berbau pandan tu, tp kari ayam saya ttp sedap, alhamdulillah.
Selain daripada tu, saya mmg ada simpan 3 ketul ikan keli yg sudah di gaul dgn garam dan kunyit. Goreng ikan keli tu sehingga garing, tp jaga2 sbb dia akan meletup2. Satu padanan yg baik, kari ayam dan goreng ikan keli.....nyam2. Semalam saya masak nasi 1 1/2 pot (pot periuk nasi) selalu saya boleh simpan sikit utk mkn tgh hari saya, tp smlm nasi habis, suami saya mmg bese bertambah, saya pun sama...mmg smlm lapar sgt!

No comments:
Post a Comment