Thursday, 3 March 2011

Asam Pedas

Petang ni masak asam pedas ikan kembung, tp kecik2, org kata kalau besar di panggil ikan kembung, tp kalau kecik di panggil pelalin, ntahlah tengok serupe jer cuma kecik ngan besar hehe....
Dah lama sbnrnya x msk asam pedas ni, satunya sbb mak mertua selalu masak asam pedas guna cili api, duanya sbb kalau x pandai, kdg2 asam pedas terlebih masamlah, cair atau pekatlah, atau pahit!
Tapi sejak setahun dua ni saya rajin plak masak asam pedas, selalunya ikan kembunglah, nnt nak cuba yang lain pulak, ayam ke, udang, ketam atau ikan lain cam pari....
Saya suka masak asam pedas guna periuk tanah liat (beli kat kuala selangor), ada orang ajar klu nak masakkan sedap lagi, tumis bawang merah cikit kat minyak sebelum tumis cili kering blender. Lagi bagus blender sendiri cili kering, kalau beli yang dah siap, masam (pendapat saya lah!)
Lagi satu untuk cili kering blender tu betul2 masak, guna minyak lebih sikit, ada org guna minyak sikit sbb nak jaga badan hehe. Sekarang boleh lah masukkan serai yang dah di tumbuk dgn lesung (di titik), kalau nak letak sayur, bendir paling sesuai (tp hari ni x beli bendir), so xde sayur hehe.....x kesahlah janji ada ikan dengan bunga kantan (atau daun kesum), lebih elok kalau tnm sendiri bg kantan dan daun kesum, sbb x tahan lama tp ada kwn ajar kalau nak sayur tahan lama dlm peti ais, bungkus dlm kertas foil, atau pembungkus 
susu (anlene, horlicks, dll) yang telah dibersihkan...
Semasa tumis cili kering blender tu masukkan terus bunga kantan dan bendir, kalau tidak dy x berapa masak bila masuk sama dengan ikan, ikan kalau masak lama2 hancur (masukkan ikan  bila cili kering blender betul2 garing, gaul dgn ikan baru masukkan air asam jawa+belacan). Selepas mendidih dan secukup rasa baru letakkan potongan tomato (jangan lupa letak gula, garam x letak pun xpe, kalau nak dapatkan rasa yang hebat gula memang perlu, kalau ada org yg masak x letak gula, makna memang asam pedas dy x sedap....serius!) 


Sebelum lupa, guna periuk tanah, api biar sederhana, sbb kalau kita dah tutup api pun, dy masih menggelegak selama seminit (takut nanti bila panas sangat akan hancurkan ikan).



Wallah, boleh hidang (bila makan dengan nasi letak kicap....fuhh sehingga menjilat jari), selain daripada asam pedas saya goreng udang lipan (goreng biasa jer letak garam dan kunyit), org pantai timur x pandai makan, kalau nelayan dpt udang ni selalu dorang buang jer, adalah yang jual tapi x byk...lagipun isi dy x mcm udang biasa, tp bila makan xnak berenti, cubalah!


Apa-apa pun suami suka dengan hidangan malam ni, tambah nasi dua kali, alhamdulillah!



No comments:

Post a Comment