Sebelum ni saya tak berapa suka ayam pencen, sebab kalau tak masak betul, liat....tapi sekarang kan dah ada teknologi, guna pressure cooker, selama 40 minit, orait dah! Mula-mula suka sangat saya masak rendang ayam pencen, suami pun suka, dy kata rendang saya lain, x taulah apa yg lain, main campak-campak jer....tapi smlm saya teringin pulak buat sop ayam pencen, lebih2 lagi lepas suami makan tempoh hari kat warung "ct sop ayam kampung"!
Bahan-bahan dy cam buat sop bese, bwg merah, bwg putih lebih sikit, halia sepotong, lada putih, saya lebih suka menumbuk bahan-bahan utk masak daripada blender, tp kalau byk sgt kenelah blender, tercabut tgn nak menumbuk hehe, dan ini juga cara mak mertua saya menyediakan bahan2 utk memasak....lepas tumis dan naik bau bawang, letaklah ayam pencen yg telah di rebus dgn pressure cooker tadi, nak campur dgn air rebusan boleh, xnak pun boleh, owh lupe masa rebus tadi letak halia sikit. Gaul sehingga sebati, baru masukkan air agak2 semua ayam tadi terendam atau lebih sikit sbb nak reneh lama, bagi ayam tu sebati dgn rempah dan lembut lagi....kalau guna periuk ada tutup kaca yg ada lubang udara, tutup selama 10 minit, dengan api yg sederhana, lepas tu baru masukkan kentang atau karot, untuk memeriahkan lagi sop disamping menambahkan lagi khasiatnya. Biarkan periuk tanpa ditutup selama 10 minit lagi, jangan lupa letak garam secukup rasa dan kiub ayam (seelok2 kiub ayam letak semasa tumis bahan yg ditumbuk tadi, sbb dy akan2 sama2 sebati dgn ayam sebelum letak air....)
Amacam, letak lah daun sop dan bawang goreng dan hidang bersama kicap cili . Kicap cili ni resepi makcik saya, Cik Chah, ketua chef keluarga saya hahaha, dy ajar buat kicap cili, tumbuk cili api, gula, sebijik bwg putih (jgn tumbuk hancur, penyekkan jer), letak kicap dan last sekali perah limau kasturi/nipis/lemon tapi kalau xde letak air asam jawa. Saya modify sikit, semua bahan tadi campur dgn sos tomato, mmg sume rasa dy ada, pedas, masin, manis, masam.......lagi satu kalau sop tu sendiri perah dgn limau pun sedap, ikut citarasa masing2! Sekarang tak payah susah2 beli limau kasturi atau nipis, pastu yg lebih terbuang sbb lama sgt kat peti ais hehe, sama ada tanam sendiri atau beli jer jus dy, 1 liter kot, kalau rasa byk sgt, takut membazir gak, boleh kongsi dgn jiran2....jimat huwa huwa huwa, serius!
Inilah dy kicap cilinya, lagi best kalau cicah tahu goreng atau bakar, masyallah.......


Mantap sambal kicapnya
ReplyDelete